Tuesday 9 April 2013

9 April

Tarikh sama
Setahun yang lalu

Salaam....

Pada tarikh ni...aku dilahirkan....hari Jumaat...sibuk orang nak solat subuh...time tu la aku nak keluar....hmmm...
Setahun yang lalu, diwaktu ni....aku berbaring disofa bed (now harta ku tu store kat umah adik ku di kuala linggi).....aku berdebar2 menunggu siang nyer sebab...aku akan dimasukkan ke 'day care' untuk menjalani rawatan kimoterapi sesi pertama (berjumlah 6 sesi semuanya). Itu kisah aku setahun yang lalu...jangan lah panik. Tahun lepas, ok? 

Siang tu aku terbaring dikatil wad...tertanya2...macam mana lah rawatan kimo ni...tak dapat bayangan.....kat dalam otak aku ni, terdetik...Allah dah jadualkan aku sambut harijadi di hospital, redha jer la. Dalam masa sama kecut jugak perut ni sebab tak tau apa yang nurse dan doktor nak buat kat aku ni.
Takut? Tak jugak...cuma gerun...sama ke makna dengan takut? Kena bukak kamus dean bahasa ni...hehe

Sebaris katil di wad tu, seingat aku ada 5. Aah...tak banyak. Katil no 1, seorang apek...relaks jer dia...mudah senyum. Katil no 2 pulak, Kak Mai...umur 52 tahun...seorang yang happy go lucky...peramah...ceria wad tu...dan aku di katil no 3. Nervous! Sebelah katil aku seorang pensyarah UiTM, muka nampak kusut jer. Tak banyak cakap. Aku cuba jugak bersembang tapi dia tak berapa nak bercakap...ok, fine.

Oh ya...dipisahkan low wall depan katil2 kami semua...ada barisan sofa...kat hujung tu, duduk seorang pesakit..indian..2 orang lelaki temankan dia. Yang pasti teman dia tu snooring...haha..sabo jer la.

Aku tak tau kenapa aku ceritakan semua ni...

Selepas aku balik dari sesi kimono tu...(drive sendiri, ok?) Aku sampai rumah...sembang2 dengan housemate...paler pun mula weng...weng...aku ON laman sosial aku...makkkk aaaaiiiii....penuh dinding dengan ucapan selamat....lenguh jari membalas....almost 200 kesemuanya. Terima kasih. Walaupun takde sesiapa pun yang tau apa yang berlaku pada aku siang tu...aku sangat tersentuh, terharu...ramaiiii sangat yang ingatkan tarikh tu. Aku senyum...andai korang tau apa yang aku rasa saat tu...hmmm....

Saat ni, aku semakin beransur pulih...syukurrrr...selagi ada hayat, usaha dan ikhtiar tu wajib, kan? Kuasa menyembuh hanya pada Allah. Doa kan aku ya kawan-kawan. Terima kasih semua. Doa yang sama buat semua...

No comments:

Post a Comment