Written By lurim on Saturday, March 12, 2011 | 9:08 AM
Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini.. semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang
mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul
selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk
menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2
mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak
dapatberdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.
Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan
menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya
terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah
banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah
ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan
ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada
Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya
telah pun 'forward message' pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan
surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia
dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada
apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika
tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau
sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau
terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya-tanya, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati
beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan
seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.
Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana
Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah
putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak
dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain
serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan
"Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab,
tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,
dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran
yg enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti
nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya
Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau
dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat
dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah
pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda
tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri
tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan-rakan yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan
kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam
Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat
pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih
lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat
kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah
Alhamdulillah untuk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar
yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima
anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang
lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih
tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit
masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi untuk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yang aku tanggung
ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi
s.a.w.."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga
Sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat
lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina
Uthman yang cantik sekali dan Saidina 'Ali yang agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk
membantu enti.." Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamdulillah.. dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..
Diriwayatkan daripada Anas
r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang
pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku.
Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e
As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih
Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN
SAHIH.
sumber dari suatu perjalanan maya di lurim.blogspot.com