Monday, 27 August 2012

Doakan saya...


Setelah lama beristirehat..berbulan-bulan..akhirnya tiba lah masanya untuk saya menyerah diri (haha..) apa-apapun inilah yang terbaik..saya tak pernah mengeluh, merungut ataupun marah-marah...takdir saya tidak kan sama untuk semua orang, kan? Saya anggapkan ini ujian dari Allah, Allah tidak akan timpakan ujian melebihi tahap kesanggupan hambaNya..kan? saya percaya ada hikmah disebaliknya =)

Kita kena bersangka baik padaNYA...DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. Kesakitan, kekayaan, kemiskinan, kesusahan dan etc tu lah bentuk-bentuk ujian Allah..diberi kaya..bersyukur ke kita? diberi sakit..insaf ke? Muhasabah...semoga saya menjadi manusia yang lebih baik, anak yang solehah, kawan yang lebih baik...muslimat yang lebih baik juga..

Disebabkan saya akan berehat dikatil hospital, mungkin saya tak kan berkesempatan untuk berONline seperti selalu..jadi saya tinggalkan entri ni untuk yang rajin menjenguk blog saya..mengharapkan ada entri baru..minta maaf bebanyak, minda jadi tumpul, tandus sejak dua menjak ni. Al maklum banyak betul sel2 saya yang kena tembak...haha...

Sepeninggalan saya ni, harap ada berita baik-baik menanti kepulangan saya nanti ya... ;-) Saya pasti akan dapat Koala bear & Macadamia nuts honey coated from Australia...wahahahaha....(ordered ok!) dan bday present tak dapat lagi ni...galaxy tab..owhh lumayan ni. 

p/s: nak datang visit boleh aje...tapi pastikan bawak fruits ok? (amboiiii...demand!)


Tuesday, 21 August 2012

SELAMAT HARI RAYA



Salam Aidil ffitri buat semua, yang rajin singgah ke blog ni..semoga anda beroleh kesejahteraan dan kebahagian..diharapkan aidilfitri kali ni menjadi medan merapatkan lagi tali silaturrahim sesama insan..kita kan semua bersaudara walaupun bukan melalui pertalian darah tapi sesama agama; ISLAM.

Dok diam-diam ni terasa nak menambah pulak gambar-gambar masa beraya...layan jer la yo?





Sekian...kami nak pegi beraya....nak ikut? jom la.... :D

Wednesday, 15 August 2012

JUS DELIMA


 Merata-rata orang mempromosikan Jus Delima, yang paling havoc di muka buku lah! Kekadang sampai naik marah lah pulak sebab seolah-olah memaksa diorang ni...peuh mesej dalam inbox, tak cukup tu di hantar `private message' duhaiiii...

Macam-macam brand kan Jus Delima ni, saya tak tahu yang mana satu yang bagus. Kat depan pasaraya Jasin tu pun ada orang jual jus delima ni, cuma letak meja kerusi ~ ala-ala booth promosi produk sementara tu, tak berapa yakin la saya. 


 Kelebihan & khasiat jus delima Al -Rumman..
Awet muda

Mencegah rasa mual

Membersihkan salur darah

Menguatkan imunisasi badan

Menstabilkan degupan jantung

Melawan dan membunuh sel kanser

Menyingkirkan lemak yang berlebihan

Membantu memulihkan penyakit diabetis

Memberi tenaga dan mencegah keletihan

Meningkatkan tenaga seksual suami isteri

Membersihkan hati dan saluran perkumuhan

Mempercepatkan pembinaan sel darah merah

Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat

Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid.

Kenapa jus delima Al-Rumman?????
Jus delima brand ni dibuat daripada perahan delima organik terpilih dan BUKAN DARIPADA PATI
seperti kebanyakan produk di pasaran ya.
tiada bahan pengawet so lepas buka..kena simpan dalam fridge, ok? tak ada bahan tambahan, tak ada gula, tiada penambahan air, no color tambahan, perisa dan penstabil.
Minum ikut sukatan (twice a day before meal)
 
But this one, the link i enclosed here...i have tried and taste purely pomegranate juice. 100% ORGANIC JUICE. sedapp..try la :)) http://www.ymr2u.com/sejuta-khasiat-delima/  Stokis saya tak berapa pasti, tu kena cari sendiri ek? Di Jasin ni ada. Ada pengguna yang cerewet, konon nak blend sendiri la buah..nak buat jus..lebih murah ler, hampehh..tau pulak dia rasa pahit..haha..sekali minum Jus Delima Al-Rumman..tu diaaaa seminggu tak nampak kelibat. Ingatkan dah tak berjalan, rupa-rupanya dia dah jadi stokis! Wah...apa kes???!!!

NOTE : HIGHLY RECOMMENDED

Tuesday, 14 August 2012

Dah dekat raya weiii....

ni rempah ratus `sun bathing' ~ persediaan untuk masak rendang raya nanti
Bila tengok bonda jemur rempah ratus ni..maknanya memang sah lah dah dekat nak raya. Bonda memang tak mau guna rempah ready made, tak sedap katanya. Tak kan sama dengan rempah ditumbuk sendiri. Hurmm..orang lama memang pentingkan kualiti kan? `Jaman' (zaman) sekarang ni semua nak cepat, kalau boleh semua dah tersedia, apa nama brand yang jual `secukup rasa' tu? haaa...cepat aje, main campak dalam kuali, kacau-kacau...siappp! Tak de seni langsung kan? hahaha..

Tu la dulu dan sekarang. Hilangnya seni sebab kita nak cepat, pantas. Hasilnya ala-ala jer la...kan? Kalau nak tau bezanya; kena lah buat. Baunya...ya ampunnnnn...harummm tak usah cerita lah! Rasanya...makkkk aiiii...meh datang rumah beraya!

p/s: $$$ raya tak dapat tukar la..dah terlewat, all bank here finished the change. Camne ek?