Thursday, 28 February 2013

Masa bertenang

http://instagr.am/p/WQ397Fy9wd/

Hai...hai...salaam...
Tadi singgah rumah kawan....saje nak lupakan kerisauan hati yang gundah gulana. Bunyinya macam berat bebenor ek...hmm tak tau la berat mana tapi rasa senget gak lah bahu ni...rebehhh. So kenalah berjimba...bukan poya2 tauuu...bual bual kosong. Aku memang macam ni selalunya kalau runsing..tak call teman ajak sembang...keluar ambik angin. Tu yang sampai kat tepi laut ni.

Termenung kosong kat tepi laut pun dapat pahala...mengkagumi keindahan alam kan..
U know what...hasil sembang sembang tadi..melegakan jugaklah hati ku yang tetiba sumbing ni..bukan apa...tu lah akibat dari kesah yang menyesakkan dada..huhaaa..

Terima kasih sahabat...walaupun tak selesai kemelut tapi aku tinggalkan rumah kau dengan dada yang lapang...redha dan smileeee...

Tak sangka banyak betul yang kau tau...malunyerrrrr duhai sayang...kita diintip tanpa kita sedar! Dia jejak kita...huhu tak payah sebut kat mana dan bila...nanti kita cerita later, ok?

Chowww.....winks winks

Luv u too :)))

Aku...dia...malam

Just believe one thing...the sweet moment will never happens twice so cherish the memory u ever had in your life...

It's a beginning for a new chapter in my....hmm...here...


View Muzium kapal

Wednesday, 27 February 2013

Disini..biasanya


Tempat ni tak bermakna kepada siapa siapa tapi aku tak kan lupa...


Disempadan antara dua negeri

Monday, 25 February 2013

Aku...cuma aku...sendiri

Salaam....
Entri kali agak peribadi dan emosional...
Bukan tujuan untuk menjadikan tatapan sesiapa
tapi sekadar mencatatkan disini betapa
aku sangat menyayanginya.

Dia bukanlah sehebat T.I.P. yang pernah 
singgah dalam hidupku dahulu...dia hanya biasa-biasa aje.
Sifat bersahaja dia membuatkan aku
sangat selesa dan menarik perhatian aku
selepas kesekian kalinya kubiarkannya...kosong.

Aahh...
Jangan suka mengeluh..(kata dia siang tadi)
apa lagi yang mampu aku buat?
Seharian ni belum masuk ke perut aku walau
sebiji pun nasi. Aku tak rasa lapar...
Fikiran aku tak stabil.
Aku hilang fokus.

|

|

|

corat coret : ohh bulan....ohh bintang kabarkan
kepadanya....aku rindu dia :(

Wednesday, 20 February 2013

Apa tu GUASA?

Salaam...selamat pagi! Kenapa pulak pagi...?
Dah hampir pukul 3 pagi sekarang ye dik non!

Merujuk kepada tajuk entri kali ni..GUASA. yang baru pertama kali
aku dengar sebenarnya. Ye la..sebab aku baru keluar 
mencari ilmu. Setelah berlama lama bertapa
didalam gua papan..(ha ha ha..rumah kg ku ya)
aku berjumpa lah tok guru yang bercerita tentang GUASA terapi

Dari sumber pak google yang aku sempat search sekejap tadi, ni lah hasilnya..

Guasa is a 3,000 year old Chinese technique that promotes well being by getting rid of toxins in the body. Guasa means scraping in Chinese. Traditionally, coins or spoons are scraped across the body releasinge blockages of bad energy and improving circulation and strengthening immunity and therefore improving skin color.

Kalau korang tak berapa faham bahasa Jawa ni, sila pergi ke google 
translate ya? ha ha jimat masa aku nak meng explain kannyaaa..

Kat sini aku bagi korang tengok gambarajah..(wahh ingat la time skool dulu sebut gambarajah ni, kan?)


Ni minyak yang digunakan tadi

Peralatan yang diguna untuk terapi Guasa

tanduk kerbau?

Penceritaan apa itu minyak Aro Guasa..


Cara merawat...urut dari atas ke bawah..ONE WAY ya


kalau tak nampak nak baca, sila guna kanta pembesar ya..


Boleh buat di kepala, badan depan dan belakang juga........


Ni carta bahagian yang berpenyakit..sebagai rujukan

Macam mana nak dapatkan tanduk kerbau dan minyak Aro Guasa?
Contact la admin blog ni...tak reti reti ke...
Dan yang paling best sekali, menarik perhatian aku, kan...yang kat bawah ni haa

Siapa tak suka part ni, sila tinggalkan komen di ruang komentar!

Jimat jugak kan masa mengupdate entri ni sebab pics speaks by itself.. ^_*
Harap ilmu ni beri manfaat kepada kengkawan yang rajin
singgah ke sini..TQVM.

Sekian dulu...sampai jumpa lagi..wassalam.

corat coret : sibuk jugak lah hari ni..gali ilmu memanglah kena rajin kan?
aaaisshhh...miss u!

Monday, 18 February 2013

Jom kita pilih yang terbaik

Salaam...
Entri kali ni saya nak cerita tentang AIR.
Ya, air yang hari-hari kita minum..8 gelas sehari
kata pakar.

Dah kerap kita baca dalam akbar betapa tercemarnya
AIR yang kita minum..jernih akhirnya selepas dirawat dan dibubuh
KLORIN.

Kita pun tak pernah ambil tahu macam mana
proses tu dibuat...janji sampa ke pili dalam rumah
airnya JERNIH dah, kan?

Cer kita tengok gambar ujian
3 air yang diambil dari paip dalam rumah
seorang jiran saya, air dari penapis dirumahnya
(jenama dirahsiakan) dan air tulin dari 
penapis jenama kita promosikan.


Ni rupa air kat rumah kita...

Rupa air pun dah tak berapa nak lalu minum, kan?
Pun masih berpikir pikir lagi tu...nak ke tak nak...
Ayoyo...sian nyer diri sendiri, minum air sakit.

Jom kita dapatkan KUALITI AIR YANG TERBAIK 
untuk diri kita sebab kita berhak untuk mendapatkannya.
Kenapa kita berkira kira sedangkan kita
mampu untuk beli barang berjenama sekadar nak impress orang?
Tapi hakikatnya kita cuma terdaya minum AIR SAKIT?

Apa pun keputusan terletak di tangan anda...
Kepada yang berminat dan berhasrat untuk menguji air kat rumah..
tinggalkan mesej @ email no tel dan alamat
ke edayu09@yahoo.com

corat coret : oohh bulan...oohh bintang...ha ha ha

Sunday, 17 February 2013

Majlis Sambut Menantu

Salaam...
Siang tadi aku ke kenduri...again? Ha ha ha...Ya..sambut menantunya,
Janna...Dah sesak wall laman sosial aku upload pic via 
instagram kan? Tapi takde story mory..tertanya-tanya jugak
korang kan...siapa kahwin...anak DAR ke? 
(anak melaka jer kenal siapa tu DAR...)
Al maklum ada pulak pic DAR sekeluarga bergambau 
dengan mempelai..

Sebenarnya the groom ni anak kedua kepada pasangan
Zalina Datuk Abu Zahar
&
Mohd Ali

Kebetulan nama kedua dua besan ni sama (Mohd Ali)
tu yang kita keliru..tu lah, bagus kan..Tuhan punya kuasaaaa..
Jadi yang berkahwin ni cucu kepada Datuk Seri Abu Zahar.
Datin SEri Khalijah bt Mohd Jiddi.

Wahhh...siap lengkap explaination aku...

Entri kalau takde gambau...tak menarik ek?
Let's enjoyyyy detik-detik yang dirakamkan melalui 
Samsung Galaxy Tab 2 ku..(iklan free pulakkkk)

Jommm...

Dipintu masuk Dewan Mini Stadium Bistari


Pelamin yang cantek...


Mama Abah pengantin Kak Lina & Abg Ali


Tengok Edin, ingat mak dia..kawan sekolah aku..we were so close!


Janna the bride


Oh Goshhh..i swear the cake soooo gorgeous!!!


Damn it! Syg nak cederakan kek ni....ha ha ha


Kiri kanan tu anak menantu pertama, anak DAR :))


Makin besar keluarga ni...Tahniah!

Sekian saje lapuran dari wartawan tak bertauliah ni yea...

Payah bebenor nak upload gambau..line network huru hara...jap jap
ke laut...dah la putera katak ku jadi lipan...sempat buat silat kuntau tadi tu,,
till next entry....bye for now.


corat coret : jadi tak pasti dengan apa yg aku rasa...makan masa lama untuk pulih ni



Friday, 15 February 2013

Preparation for another wedding...

Salaammm...
What a cold day uh? It's been `snowing' here...all day!
Pergh speaks London pulakkkk...oops! 

Mana lah aku berjimba sampai ke tengah malam baru
sampai rumah niii...(puzzled sehhh)

Sebenarnya kesah menghulurkan sepuluh jari
membantu persediaan wedding...siapa?
Nantikan aje next entri gue yah...peaceeee

my feveret ~ telur pindang!

Oh yea...gara-gara gambar yang aku upload, terjadinya
 perang senyap sunyi di suatu tempat yang tak boleh diwar-warkan
disini...power kan, kuasa sekeping gambar?

Bila disalah ertikan...jadilah huru hara melanda negeri pasir berdengung..
wahaha...apa yang aku merepek ni haaaa...
*jeling jam kat corner lappy ni..* wahh jam 3 pagi sehhhh
tidur....tidur....gnite...kiss...kiss...

note: bulan....bintang...tak nampak kamoo

Thursday, 14 February 2013

TERINGAT...TAK SALAH KAN?

Salam semua...
Pagi ni saya buka laman sosial dan ternampak macam-macam
cerita di dinding..dan yang menarik hati saya tentang TUN M, tentunya.

Saya copy paste kat sini ya...

Saya baru sahaja berbual dengan rakan saya di Amerika Syarikat yang agak 'bahaya' dalam bidang politik dan urusan negara. Soalan saya mudah saja, 'do you know Anwar Ibrahim?', dan harapan saya untuk membaca, 'yes' atau 'yeah', hancur apabila dia berkata, 'nope'. Jadi apa yang saya nak tahu, apa sebenarnya Anwar Ibrahim ni? USA kenal Dr. Mahathir. Ramai economists pun kenal. Tapi Anwar? Sedih la dengan hidup kau ni. Ampu sana sini tapi in the end, kau still a nobody compared to Tun Dr Mahathir, the Great. -- AFDS


Saya tidaklah mengenali Tun M secara peribadi seperti admin
 Saya Sayang Tun Mahathir Mohammad
tapi, saya kenali dia melalui seseorang yang begitu rapat dengan beliau.
Dia bukan pemandu teksi, bukan cikgu sekolah, bukan ustaz,
bukan pesara tentera, bukan akitek...bukan....bukan...tapi dia seorang
ahli perniagaan, bukan juga bertapak di Malaysia tapi
di luar negara. ( tak perlu saya sebut namanya disini sebab kami
ada perjanjian untuk tidak menyebut tentang dirinya dimana-mana pun)

Dari kaca mana dia seorang businessman...
Tun M seorang yang brilliant!
Setiap kali dia datang ke sini (saya pelik 
kenapa dia sebut datang, sebab dia Malaysian tapi jawab dia : i live in XXX XXXX sayang..
so i datang la sebab rumah i disana) dia pasti berjumpa
dengan Tun M untuk mendapatkan pandangannya tentang banyak perkara.
Mana saya tahu? 
Dia bagitau saya, pernah dia sms saya bagitau nak pergi
 BREAKFAST MEETING dengan Tun M. Tanya dia: "...u nak pesan apa-apa ke?" 
i said : "kirim salam pada Tun ya...i wish i could be there with u two."
he just laughed away and said;  "ok i sampaikan salam u tu, k."

Kami selalu bersembang tentang Tun M, dia amat mengkagumi Tun M.
Setiap kali Tun M ke luar negara, mereka pasti berjumpa.
Dia kata Tun M banyak buka peluang kepada orang kita cuma 
kita aje tak pandai rebut. Kita ada pemimpin yang hebat,
bijak dan pandangan dia amat jauh...beyond our expectations.
Itu kata seorang businessman yang berjaya...
Selama saya mengenali dia, boleh lah saya katakan pemikiran dia,
cara dan gaya berfikir tu duplicate Tun M dah. Sebab dia bukan buat
business dalam satu bidang sahaja tapi berCABANG. Dia pandai rebut peluang
dimana aje, pun saya tak boleh sebut apa... dan apa...maaf.
Entri kali ni saya tulis sebab meluat baca komen yang keterlaluan
mencemuh Tun M.

Ceteknya pemikiran mereka...*sighs*


notes : rindu nak sembang dengan dia lagi...tak tau masih ada ke peluang tu..

Monday, 11 February 2013

Sana sini Tab...

Salam...kita masih dalam mode PUBLIC HOLIDAY kan...
Dari awal pagi tadi dok melayan laman sosial..pastu blog walking..
jengah blog kawan-kawan, terbaca la pasal entri Galaxy Tab..kebetulan
aku pun baru jer sebulan kut gunakan gadget ni.

Sebut pasal menatang ni `hang' teringat aku satu hari tu jadi kat aku,
tak tau nak buat apa...sudahnya off jer skrin. Tapi kan 
jadi panas la dia, sebab tak OFF properly.
Kebetulan aku bertandang kerumah Kak Lynaza,
ceritalah pada dia...dia cakap apa ko tau...

haha...belum cerita aku dah ketawa nih! Jadi jugak kat dia, kesahnya.
Tau dia buat apa? Sebab panik tak tau nak buat apa, dia buh
Tab dia dalam fridge! HA HA HA ketawa beso aku...
sebab dia kata, takut jadi panas kan.

Akhirnya dia ajar aku, `ko tekan lelama kat button power tu, nanti dia 
OFF. Wahh...ye laa...lega sangat-sangat. Tq kak...
Korang ada tak pengalaman lain...let's share kat sini.


ko nampak apa yang aku nampak ke? huhu..syhhhhh tgh chat dgn tutttt 

Semalam try update blog guna gadget ni...mulanya OK jer
tapi mungkin sebab connection network too slow..akhirnya balik guna laptop.
Takpe nanti lain kali try lagi...belum boleh condemn kaw kaw..kena
kenal lebih mendalam lagi ek? he he he..till the next entry..bye.

Sunday, 10 February 2013

Majlis Kenduri Kahwin lagi...

Gong xi fat chai..heppi chinese new yearrrr
Wahhh aku attend lagi kenduri kahwin...sedara jugak ni tapi kata 
mak jauh sket laaaa tp still sedara kann...

Lupa plak nak beri salam ek....Assalamu'alaikum semua...
Tetiba plak jadi rajin nak tulis entri...(aku sedang memujuk hati sendiri
sebenarnya ni sob...sob)

Takpe kita tinggalkan kesah ku yang mengusik jiwa raga ni, let's
talk about story mory wedding yang aku attend mlm semalam majlis akad
nikahnya: Siti Diana bt Mohd Ranni & Faiz.

Banyak dah majlis nikah yang aku pergi, tapi yang satu ni
buat hati aku amat amat tersentuh...tau kenapa? Tak tau
takpe...meh aku kasi tau.
Tengok pic ni....

Doa...

Selesai akad nikah, Faiz duduk-duduk bersembang dengan
isteri yang baru dinikahi...aku perhatikan jer dari jauh..then
faiz pegang tangan Diana..(tak dengar la apa yang diorang sembangkan)
bila faiz letak tangan dia ke ubun2 Diana..
aku tau dia tengah baca doa untuk isteri dia..diana menangis...aku pun pun menangis sama..
tak tau kenapa tapi hati ni sangat tersentuh..dalam hati aku berkata, in shaa allah
rumahtangga yang dibina akan bahagia dan berkekalan hingga
ke akhir hayat..aamiin

Comel betul depa ni kan...

Permulaan yang baik pasti berkesudahan yang baik jugak..

Persandingan disiang esoknya tema kaler merah dan putih..cantek youuuu
Snap gambau pun seronok...mood ceria gituuuu


Sambut suami datang...

Laju groom berjalan ke arah the bride..ha ha sabo dik

tadaaa...gotcha! Smiling...bahagianya

Buat Faiz dan Siti Diana, semoga sabar dalam alam rumahtangga..

Wednesday, 6 February 2013

Aku Ok Jer

Salam..
Hai semua..lama betul tak mengupdate blog ni..
tak tau la kenapa, banyak benda nak diceritakan tapi
tertelan sendiri..ha ha ha

Hilang kata-kata,..apa yang jadi, aku hanya bermonolog sendiri. 
Wah! tetiba keluar perkataan MONOLOG la pulakkk..

U know what..banyak benda yang berlaku
lately, nak dicerita satu persatu
mungkin tak termampu tapi cukup lah aku katakan..
ianya meninggalkan kesan yang 
amat mendalam didalam hati ni.

Foto ehsan dari instagram lynaza Ali ~pinjam kak ya :p

Foto ni diambil waktu aku leka bercakap di telefon,
Waktu ni seorang sahabat lama di zaman sekolah sedang bercerita
tentang sakit dia..kanser usus.
Dalam terkejut aku tu, sempatlah berkongsi sikit
apa yang patut dan tak patut untuk dia
yang baru mengalami sessi kimono...soon.

Aku harapkan dia yang kumaksudkan akan diberikan kekuatan
yang optimum, sabar...dan banyak ingatkan Allah.

Kenang-kenangan di hari pernikahan dedek..SMILE!
Ok..kita jump to another story pulak.
Berbesar hati la sangat-sangat (walaupun hakikatnya hati aku ni kecik jer..haha)
 dijemput bersama rombongan keluarga
Kak Lina (Zalina DAtuk Seri Abu Zahar)  & Abg Ali
ke majlis pernikahan anaknya yang kedua di Seremban.

SELAMAT PENGANTIN BARU
MOHD RIDZUAN & NORJANARIAH

 Dari lubuk hati yang paling dalam..aku harapkan hubungan
silaturrahim yang lama terjalin antara kita
akan kekal sampai bila-bila..in shaa Allah.

AKU BERSANGKA BAIK DENGAN SESIAPA
AJE, WALAUPUN HAKIKATNYA TAK SEPERTI
YANG AKU SANGKAKAN..AKU TAK KECEWA SEBAB
ALLAH LEBIH TAHU YANG TERBAIK BUAT HAMBA~NYA.
apa yang penting....BERSYUKUR. cheerssssssss