Tuesday, 17 April 2012

BILA ORANG CKP BELUM DAPAT SERU...

nyaman...

Mostly blog yang aku redah....citer food...food...food...seolah-olah hidup ini untuk makan...hurmm...hak masing-masing la kan? Aku bukan expert and experience blogger pun...saja mengisi masa terluang. Jangan kecik ati ye blogger2 lain (yang accidently terbuka blog ku ni...). Mohon maaf....

Tak dinafikan, tengok pic food macam best jer...tapi lama-lama jadi muak pulak...dalam ati ni bercakap *takde keje lain ke diorang ni...masak makan...masak...makan...* Secara peribadi, ni pendapat aku la..hidup ni pengertiannya sangat luas. Seluas laut yang terbentang didepan mata ku tu. 

Banyak lagi perkara yang nak kena didahulukan, buat bekal nanti..bukan seronok kt dunia ni aje. Kawan aku pernah cakap masa aku berkunjung kerumah dia baru-baru ni; `kalau orang kata cantek dunia ni, dunia disana lagi hebat yu...lebih dari yang kita tengok kt atas dunia ni..' nakkkk laa....sape tak nak?

Manusia berlumba-lumba mengumpul hebat nya harta dunia, semua nak yang terbaik...semua benda nak yang hebat...tapi perlekehkan bekal yang nak bawa ke sana...tak mau yang hebat ke? belum sampai seru...klise sungguh ayat ni. Kalau tak dapat seru tu sampai ajal...camne ek? Ayo yo....takutttttt 
Hidup kat dunia `sana' abadi...lama whoaaaa...sampai kiamatttt. Sehari disana = 1000 tahun disini. Cer congak....

Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Umar: "Apabila engkau bangun pagi, janganlah tunggu hingga ke petang, dan apabila engkau berada di waktu petang, janganlah tunggu waktu pagi. Sediakanlah bekal hidupmu dari sekarang untuk matimu kemudian hari dan ambillah kesempatan masa sihatmu sekarang untuk masa sakitmu nanti."

Dalam sepotong hadis lain, sabda baginda: "Dua nikmat yang sering diabaikan oleh orang ramai, iaitu ketika sihat dan ketika lapang." 

p/s: peringatan untuk diri sendiri ni....*sekarang tengah tak sihat...apa macam? huhu...* ya allah, semoga aku diberikan kesihatan semula untuk aku terus sujud kepadamu.........



No comments:

Post a Comment