Meh baca atikel ni, dipetik dari majalah KELUARGA..ditulis oleh Abd. Jalil Ali <<<kredit goes to him. Aku tergelak, tersenyum...terkekeh-kekeh ketawa...bahasa yang santai...bersahaja...i likeeeeee...so aku nak jadikan sebagai bahan bacaan kita ;-) sebagai panduan dan renungan...ready? let's go......
Apa yang hendak dirisaukan sangat tentang usia? Demikian hujah sesetengah wanita. Dengan penuh yakin mereka menambah: usia hanyalah angka!
Saya bersetuju, juga tidak bersetuju. Saya bersetuju bahaawa kita tidak perlu risau mengenai peningkatan usia. Sebab kalau kita risau hingga tidak lalu makan minum pun usia tetap akan bertambah.
Betapa pun kita takut , atau tidak mahu menerima hakikat, usia kita pasti meningkat setiap tahun. Sama ada kita tinggal di apartment mewah, atau bersembunyi dalam hutan, usia tetap memburu kita!
Saya teringat teman wanita, seorang model. Dia risau sangat tentang peningkatan usia. Sebab itu setiap tahun dia mengadakan majlis hari jadi ~ sesetengahnya ditaja oleh syarikat tertentu ~ pada usia yang tidak berubah.
Dua tahun lalu dia menyambut hari jadi ke 32. Tahun sudah dia mengundang teman-teman lain ke majlis hari jadi di sebuah kelab. Sekali lagi ke 32!
Kepada saya dia mengakui takut usianya meningkat. Risau sangat sekiranya usia itu terus tinggi. Maka saya mencadangkan kepadanya, hari jadi tahun depan, buat perubahan angka. Jangan pakai 32 tetapi tukar jadi 31. Tahun berikutnya tukar jadi 30, tahun berikutnya lagi jadi 29.
Dengan cara itu sepuluh tahun lagi usia model itu menjadi 21 atau `Manis 21'. Sama ada mengekalkan usia pada 32 atau turun umur setiap tahun, dia sebenarnya membohongi dirinya sendiri. Dia boleh kata usianya 29 atau 28, tetapi dalam kad pengenalan kenyataan tidak dapat diubah.
Saya setuju kita tidak perlu bimbang dengan peningkatan usia. Saya sendiri sentiasa menunggu kedatangan hari jadi setiap tahun. Kalau satu hari nanti saya mencecah usia 100 tahun, saya tidak takut malah berasa bangga dan bersyukur.
Tetapi saya tidak setuju sekiranya dikatakan `usia hanyalah angka', seperti yang selalu ditegaskan oleh pejuang-pejuang wanita. Bagi saya usia lebih dari sekadar angka-angka. Sebab setiap angka itu ada erti dan implikasi. Kita kena menerima hakikat ini.
Contoh, pada angka 1, emak menyusukan saya, menukarkan lampin saya. Pada angka 7 saya tidak boleh lagi hisap susu emak, sebab saya sudah bersunat. Pada angka 12, saya tidak boleh lagi berjalan tanpa memakai seluar dalam.
Pada angka 25, saya tidak boleh lagi duduk bawah ketiak emak. Saya sudah menjadi perantau di Kuala Lumpur, menjawat pekerjaan pertama sebagai kerani di sebuah bank. Saya mula menghantar duit ke kampung untuk belanja emak dan abah.
Tentulah janggal kalau pada angka itu saya meminta emak memandikan saya sesekali balik kampung. Sesayang-sayang emak pun tidak tergamak dia memandikan anaknya yang sudah besar lagi panjang. Jadi ada beza erti antara 1 dengan 25, bukan sekadar angka.
Selain berbeza erti, angka-angka itu juga membawa implikasi tersendiri. Setiap orang lain implikasinya. Bulan Februari lalu saya genap 57, dan saya merasakan sendiri betapa angka mendatangkan implikasi tersendiri.
Dari segi fizikal saya merasakan beberapa perubahan. paling ketara `hard disk' sudah mula dimasuki virus. Saya mula lupa. Rasanya cermin kereta semua sudah tutup. Pagi esok bila hendak ke pejabat baru disedari cermin depan terdedah. Nasib baik semalam tidak hujan.
Saya selalu hilang telefon bimbit dan cermin mata, sebab terlupa letak di mana. Sekerat hari hujung minggu tidak dapat baca surat khabar sebab hilang cermin mata. Isteri, anak-anak dan pembantu rumah semua kena kerah cari benda tu.
Ketika hendak mengambil biskut lepas makan tengahari, baru saya temui cermin mata tu, dalam tin biskut. Baru saya ingat sebelum tidur semalam saya ada buka tin biskut untuk mengunyah biskut..
Satu hari ketika ke pasar bersama isteri, saya minum di gerai sebelah pasar sementara isteri masuk membeli keperluan harian untuk seminggu. Saya minum teh tarik gelas besar, makan nasi lemak dan lepat pisang. Lepas sendawa dan membayar, saya masuk kereta, menyetat enjin dan pergi. Separuh jalan baru saya sedar isteri saya tertinggal di pasar! Dia pun tidak percaya macam mana saya boleh tertinggal sahabat paling akrab.
Mana masuk akal cermin mata yang selalu berada dibawah dahi boleh masuk dalam tin biskut lemak? Mana boleh terlupa isteri di pasar? Tetapi itulah hakikatnya, dan itulah bukti sahih bahawa 57 lebih dari sekadar angka!
Usia bergerak dan memerlukan penyelarasan dan pengubahsuaian. Pada usia 30an saya boleh lagi ke taman memakai seluar pendek nampak lutut. Boleh juga saya mencuci kereta di halaman rumah dengan seluar katuk, tidak berbaju hingga nampak bulu ketiak.
Tetapi pada usia 57, seluar katuk hanya boleh dipakai dalam bilik tidur, itu pun kalau isteri tidak komplen. Selalu juga dia menegur: "Awak pakai seluar tu betul-betul macam tarzan perut buncit, kalau budak-budak masuk kan susah."
Tentulah tidakk berapa sesuai juga sekiranya sekarang saya ke surau untuk berjemaah dengan memakai jeans lusuh dan kemeja T tanpa kolar yang ada gambar dn tulisan entah apa-apa. Usia dekat 60, paling tidak pun kerumah ibadat mesti dalam pakaian yang lebih sopan.
Masalah sesetengah kita ~ baik lelaki, lebih-lebih lagi wanita ~ ialah tidak dapat menyesuaikan diri dengan usia. Oleh sebab menganggap usia hanyalah angka, mereka tidak dapat membezakan antara 17, 25, 30an, 40an, 50 `plus-plus'.
Sepatutnya apabila usia sudah memasuki usia 40an, cakap tidak boleh lepas macam hidup dalam hutan. Itu usia matang, mana boleh mengumpat hingga bibir terjuih-juih. Bercakap hanyalah sekiranya betul-betul perlu, dengan fakta, bukan gosip liar.
Kalau ketawa pun kena kontrol, kena tunduk-tunduk malu. Janggal benar sekiranya usia sudah masuk 50, wanita masih tidak dapat mengawal perasaan dan ketawa kuat macam enjin kapal dan mengilai macam pontianak.
Selalu saya ke majlis-majlis rasmi dan mendapati sesetengah wanita melayu kita yang sudah melewati usia, masih berpakaian seperti gadis belasan tahun. Paling jelas tidak menutup kepala. Mungkin bagi mereka tutup kepala hanya untuk majlis-majlis tertentu seperti kematian, majlis tahlil dan sebagainya.
Sudalah mendedahkan rambut, mereka juga dengan rela mendedahkan aurat lain. Lengan, betis, peha, bahagian atas dada semua terbuka. Ada yang memakai mini skirt atau kain belah hingga terserlah peha.
Kalau ada yang menegur dengan ikhlas, wanita seperti ini akan menjawab dengan nada sinis: "Hendak apa tutup aurat kalau dalam hati hitam kotor? Tutup kepala pun belum tentu masuk syurga!"
Maaf cakap, bukan semua wanita kita macam itu, hanya sebilangan kecil. Inilah parahnya sekiranya menganggap usia hanyalah angka. Mereka tidak dapat membezakan antara 25 dengan 52!
Sebenarnya keanggunan seorang wanita semakin terserlah dengan cara dia berpakaian dan menampilan diri. Kalau usia sudah senja, tidak perlu lagi membangkitlan keceriaan dengan fesyen yang mendedahkan. Lagi pun apa yang hendak ditunjukkan sekiranya semua sudah kendur?
Sebaliknya dengan pakaian bersopan dan perangai tidak lepas laku, dia akan lebih menawan, lebih dihormati dan pasti sekali lebih diyakini. Biarlah yang buka-bukaan itu hanya untuk gadis remaja. Opah biarlah macam opah.
Bagi saya semakin berusia seseorang wanita itu, semakin bernilailah mereka untuk masyarakat. Sama ada berijazah bergulung-gulung atau tidak berijazah, wanita berusia pasti penuh dengan pengalaman dan kematangan.
foto ehsan encik google |

No comments:
Post a Comment