Salam...
Marilah kita berdoa sempena meninggalkan tahun hijrah ini
doa akhir tahun hijrah ini dibaca
beberapa minit sebelum masuk waktu Mahgrib
(akhir waktu asar)
Maksudnya:
beberapa minit sebelum masuk waktu Mahgrib
(akhir waktu asar)
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang; segala pujian bagi Allah
seru sekalian alam; selawat dan salaam ke atas
junjungan Rasulullah s.a.w. dan
kepada keluarga serta sahabat baginda
sekalian.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini dari apa
yang Engkau larang kami daripadanya,
dan tidak sempat kami bertaubat darinya
dan Engkau tidak meredhainya
dan tidak Engkau melupainya dan Engkau
berlemah lembut kepada kami
walaupun Engkau berkuasa
menyiksa kami; malah Engkau
memberi peluang supaya
kami bertaubat setelah kami
melakukan maksiat kepada Engkau;
maka sesungguhnya kami memohon
keampunan Engkau;
ampunilah kami dan apa yang kami
lakukan padanya dari apa yang
Engkau redhainya dan Engkau
telah menjanjikan kami
ganjaran pahala ke atasnya;
maka kami memohon akan DIKAU wahai
Tuhan Yang Maha Mulia yang
mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga
Engkau menerima kami
dan janganlah Engkau memutuskan
harapan kami dari Kurnia Engkau wahai
Tuhan Yang Mulia.
Dan cucurilah rahmat kepada
penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.
dan kepada keluarganya dan para
sahabatnya; dan salaam dengan kemurahan;
Maha Suci Engkau Tuhan ynag Tinggi dan Mulia
daripada sesuatu yang disifatkan;
dan kesejahteraan kepada
sekalian Rasul; dan segala pujian bagi Allah
Tuhan sekalian alam.
Doa Awal Tahun ni
dibaca selepas menunaikan solat
maghrib awal tahun Hijrah
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang; segala
pujian bagi Allah Penguasa sekalian
alam. Selawat dan salaam ke atas junjungan Nabi
dan Rasul iaitu Penghulu kami Nabi
Muhammad s.a.w. kepada
keluarganya dan para sahabat sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim
lagi azali dan diatas kelebihan
Engkau yang besar; dan kemurahan Engkau
yang melimpah; dan ini adalah
tahun baru yang sesungguhnya
telah mendatangi kami, kami memohon
kepada Engkau pemeliharaan padanya
daripada syaitan yang dierejam,
pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan kami
memohon pertolongan dari nafsu yang
banyak mendorong kepada
kejahatan dan kami memohon
kepada Engkau untuk melakukan
sebarang pekerjaan yang boleh
mendekatkan diri kami
kepada Engkau.
Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan,
ubahlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dengan
kekuasaan dan kurniaan Engkau,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
dan Penyayang.
Wahai Tuhan kami, Kurniailah kepada
kami kebahagiaan disunia dan kebahagiaan di
akhirat dan peliharalah kami
dari azab api neraka.
Dan cucurilah rahmat dan salaam
kepada penghulu kami Nabi Muhammad
s.a.w. dan kepada keluarganya dan
para sahabat baginda sekalian.
Segala pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.
istimewanya Islam..kita berdoa
kepada Allah tanpa melalui
perantaraan; kan doa tu senjata kaum
mukmin ;)
No comments:
Post a Comment