Salam Ma'al Hijrah
Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari
sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10
kaki) waktunya kira-kira 15 minit selepas waktu syuruk. Solat sunat ini memberi
ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda
Rasulullah saw (maksudnya) :
"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".
Lafaz dan niatnya :
"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".
a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah
al-Kafiruun hingga akhir.
b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas
membaca surah al-Fatihah.
Selepas memberi salam, baca doa berikut :
"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".

SELAMAT BERAMAL
MULAKAN SESUATU YANG BAIK
DIPERMULAAN TAHUN,
HARI PERTAMA..
BULAN MUHARRAM 1434H
No comments:
Post a Comment