Sunday, 23 September 2012

J JUMPA Z

Salam semua...

3 hari yang lepas J bertemu semula dengan adik angkat, selepas bertahun-tahun...kami sama-sama dah berhijrah (jahilliah --> hijrah) alhamdulillah...syukur :D

Sebenarnya J masih lagi teringat-ingat perbualan kami, semua yang disembangkan. Tak tahu kenapa...macam mimpi yang sentiasa kita ingati walaupun kita dah sedar dari tidur. Dah 3 hari tapi J masih ingat semua...terima kasih Allah menemukan kami semula. Bak kata dia, muka buku ni berguna untuk mengeratkan tali silaturrahim (kalau betul caranya la) tapi jugak jadi medan mencaci dan melepas geram..Allahu Akbar...betul, J setuju tu dik.

Sejujurnya, pertemuan kita meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada J. Pun tak tahu macam mana nak di ungkapkan dengan kata-kata. Rasa syahdu...(secara peribadinya)

Memang Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Dia berikan satu-satu ujian mengikut pada kemampuan hambaNya...kan? Yang akhirnya dapat ganjaran yang besauuuuuuu (erkk..melake be... :p)

Secara umumnya, hubungan sesama manusia ni nampak berbeza bergantung pada mata yang memandang, hati yang menilai. Jadi berharga pada yang rendah hati, insaf dan mengakui hanya Allah yang Maha Kaya, Maha Berkuasa...siapalah kita dipandangan Allah, kita tak punya apa-apa sebenar2nya. Semuanya milik Allah s.w.t.

J dapat kekuatan jugak, memang pun tengah kumpul semangat ni...berbekalkan cerita pengalaman dia, J rasa lebih yakin dan kuat. Semoga J cepat membuat keputusan......huuuuuu...berpoloh deyan ni haaa...uishhh

Apa-apa pun semoga pertalian ni akan kekal sampai bila-bila..insyaallah. Aamiin ^_^

P/S: masih menanti jawapan dari dia, mintak izin nak pinjam pic dari simpanan dia...if bagi, tq, kalau tak pun..tak apa, let's the readers keep guessing who I'm talking about, :P

No comments:

Post a Comment