Monday, 24 September 2012

LAGI ISU HINA ISLAM

Salam semua..

Dah terlepas rupanya tarikh 11 September, tak perasan langsung. Mungkin tidak ketara laungan dunia memperingati tarikh tu kut..tu yang lupa. Entri ni bukan nak ulas pasal tarikh tu tapi isu yang sedang hangat di serata pelosok dunia. Isu filem yang menghina Rasulullah s.a.w. nabi kesayangan umat Islam seluruhnya.

pic kredit to berita.plasa.msn.com
Kutukan, protes dijalanan, tambah ada yang create page,  mengutip sokongan join cause ~kata laman buku tu haa...bab email tak tahu lagi berapa banyak pulak yang terkumpul...J joined...semuanya J support..giler tak sayang nabi! Kan nabi kita tu kekasih Allah s.w.t....uishhh.

Cer kita positifkan isu ni...bak kata guru Habib Ali Zaenal dalam satu kelas yang J hadiri dulu, kita umat Islam patut ambil peluang ini untuk menerangkan APA ITU ISLAM. Dekati golongan kafir ni untuk berdakwah. Itu isu 11/9. Dalam isu baru dan sedang bergolak ni, J fikir benda yang sama yang pernah Habib suarakan. Betul kan? Ini  peluang untuk kita berdakwah,..dari seringkas maklumat walaupun hanya sebaris ayat, sampaikanlah...

Jika kita tengok kesan dari peristiwa 11 September tu, berapa ribu orang kafir kembali kepada fitrah; agama ISLAM? Berposak diorang cari Al-Quran, nak tau isi kandungannya. Kenapa umat Islam sanggup berbunuh mempertahankan kesucian kitab ini. Akhirnya semua terdedah...KEBENARAN agama suci ini.

Kesimpulannya, kita tak perlu untuk jadi Dai' @ ustaz @ ustazah untuk berdakwah...

No comments:

Post a Comment