Friday, 23 March 2012

ADAB-ADAB HARI JUMAAT


Hari ni, Jumaat..apa ada pada hari JUMAAT?
Hari Raya bagi kita muslimin, muslimat sekalian..tau ke? meh kita ambik tau..Hari ni dikhususkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. Hari ni ada satu saat..SATU SAAT yang mustajab doa.
Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang mukmin dengan doanya kecuali Allah akan memberi apa saja...APA SAJA YANG DIA MINTA. So, minta ok? Bersiap kita menghadapi hari Jumaat tu mulai dari petang Khamis lagi, sebenarnya.

Pada hari Khamis tu hendaklah kita membersihkan pakaian kita (lebih berganda bersih, hari lain pun memang bersih ngeeeee), membanyakkan tasbih & istighfar mulai dari petang khamis sebab waktu tu dah menyamai kelebihan hari Jumaat. Sunat berpuasa pada hari Jumaat TAPI puasa tu sama ada disertakan hari Khamis sebelumnya atau Sabtu esoknya. HAri Jumaat dilarang berpuasa ok? Nak berpuasa kena kembarkan.

Hari Jumaat pagi, mandi tu niatkan mandi sunat Jumaat sebab satu kepastian (hukumnya Sunat Muakkad) pada setiap orang yang baligh (orang yang wajib sembahyang Jumaat) dan bersungguh-sungguh menyucikan badan kamu dengan mencukur (bulu ari-ari, misalnya) dan merapikan (misai, misalannya), memotong kuku dan menggunakan sugi (bersiwak) & segala cara-cara bersuci yang lainnya.

Pakailah perhiasan dengan pakaian yang putih, sebab itu lebih disukai oleh Allah s.w.t. Pakai minyak wangi, sebaik-baik minyak wangi; minyak kasturi kegemaran baginda s.a.w. tau. Lepas tu bersegeralah ke masjid dan berjalanlah perlahan-lahan dan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ni baginda s.a.w. ada bersabda, ertinya:


"Siapa yang pergi (ke masjid pada hari Jumaat) pada jam yang pertama maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam yang kedua maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam yang ketiga maka seakan-akan ia berkorban seekor kibasy. Dan siapa yang pergi pada jam yang keempat maka seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam yang kelima maka seakan-akan ia berkorban sebiji telor dan apabila Imam sudah keluar (naik ke atas mimbar) maka dilipatlah buku catitan dan diangkat segala qadam dan para malaikat (yang bertugas sebagai pencatit) pergi duduk ditepi mimbar untuk mendengar khutbah."

Ada riwayat yang mengatakan bahawa kadar hampir hamba ketika melihat Allah (pada hari kiamat nanti) adalah berdasarkan kepada kadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

p/s: bertuah pada negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat, kan?

2 comments:

  1. Kalau dimalaysia ada ngak perempuan yg shalat jum'at, kalau ada...kira2 mrk aliran apa ya?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seingat saya, tiada...tak pernah dengar lagi.

      Delete