Saturday, 17 March 2012

KERANA SATU HADITH


 Kisah ni tentang seseorang yang datang mencari Hazrat Abu Darda (H.A.D.) sebabnya cuma terdengar satu hadith rasululullah s.a.w. Gigih dia mencari H.A.D...gini ceritanya...

Hazrat Kathir b. Qais berkata bahawa pada suatu ketika saya duduk bersama H.A.D. didalam masjid Damsyik. Seseorang telah datang dan berkata, " Saya datang dari Madinah semata-mata kerana satu hadith. Saya dengar bahawa tuan telah mendengar sendiri hadith itu daripada Nabi s.a.w.

H.A.D. bertanya, "Tidakkah kamu ada apa-apa urusan perniagaan yang lain?" Jawabnya, "Tidak, saya datang hanya kerana untuk mempelajari hadith itu sahaja."

H.A.D. menjawab, "Saya telah mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah s.w.t. akan memudahkan untuknya jalan ke syurga dan para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada pelajar agama kerana suka dengan perbuatan mereka. Penduduk langit dan bumi akan beristighfar. Kelebihan seseorang alim keatas seseorang 'Abid ialah seumpama kelebihan bulan keatas semua bintang. Ulama ialah pewaris para nabi. Nabi-nabi a.s. tidak mewariskan dinar dan dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang telah mendapatkan ilmu, sebenarnya dia telah mendapat sesuatu nikmat yang besar." (Ibnu Majah)

p/s: jentayu berkenalan seorang jemaah perempuan, muda lagi...sembang2...dia bagitau, dia follow kemana aje habib diundang..ke setapak indah...ke kepong...ke bangi...yang mengkagumkan menurut cerita dia semalam, di bangi jemaah yang hadir...ramainya manusia, subhanallah...macam kat tanah suci orang buat umrah...dia solat sujud atas kaki jemaah...boleh bayangkan tak? ku kelaskan dia memang gigih cari ilmu! kita sama-sama pegi ke putrajaya 31hb nanti tau..nurul =)

2 comments:

  1. Misalkan saya pergi ke malaysia untuk belajar kepada anda/admin,apakah hal tsb termasuk juga seperti yang dimaksud didlm hadist tsb diatas?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bukan guru yang bertauliah untuk mengajar, sekadar berkongsi dengan teman-teman disini..ya,secara am begitulah pengertiannya..wallahu'alam

      Delete