CERITA ORANG BERAKAL
- Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dengan dirinya. Andai
mahu melakukan kejahatan ia akan merugikan dan membahayakan diri
sendiri. Andai mahu berbuat baik, nescaya kebaikan itu akan
menguntungkan dan membahagiakannya.
- Orang yang berakal tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak
kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima
dengan tenang dan tabah. Jika rugi dia tidaklah cemas, jika untung dia
tidak berbangga. Kerana cemas meringankan hikmah dan bangga
menghilangkan timbangan.
- Orang yang berakal sentiasa berdampingan dengan orang yang
berakal kerana berbuat demikian akan melemahkan dirinya. Keengganan
untuk bersama akan dapat membandingkan kelemahan dan kelebihan diri.
Perasaan benci dapat menutupi mata dari segala kebaikan. Yang kelihatan
hanya cacat san buruk sahaja. Sebab itulah perasaan jangan mengalahkan
akal.
- Orang yang berakal merindui tiga perkara : menyediakan untuk pulang, menjadi kelazatan buat jiwa dan menyelidiki erti hidup.
- Orang yang berakal insaf bahawa diantara akal dan nafsu, atau
diantara fikiran dan hawa tidak ada persefahaman. Kehendak nafsu
biasanya manis dipangkal dan hambar dihujung, manakala kehendak akal
pahit tetapi manis akhirnya.
- Orang yang berakal tidak akan berduka kerana kedukaan tiada
faedahnya. Duka sering kali mengaburi akal. Orang yang berakal tidak
akan bersedih kereana kesedihan tidak dapat memperbaiki keterlanjuran.
Dan banyak bersedih akan mengurangkan akal.
- Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan
payung sebelum hujan. Andainya dia tetap ditimpa hujan atau menghidap
penyakit, sedangkan persediaan awal telah dibuat, dia tetap tidak akan
menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya sabar dan redha serta berusaha
untuk mengatasi masalah itu. (Prof. Dr. Hamka)
No comments:
Post a Comment