Thursday, 15 March 2012

TIDUR SATU RAHMAT ALLAH

 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Daripada rahmatNYA (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang, untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah Al-Qasas :73)

Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya:

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum Isyak."

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat."

3. Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. kepada al-Barra' : "Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan."

4. Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya cara tidur meniarap adalaha tidur ahli neraka." (erkk....nasib baik tak gemar)


5. Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

POSISI TIDUR YANG BETUL
Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung., bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. Tidur secara menelangkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau mengadap kanan.

Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu terdapat sesuatu keinginan dan niat di dalam fikiran sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam tanpa disedari, dam akan mempengaruhi fikiran serta tindakan kita. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun, dia akan menangis lagi. Jadi, emosi sebelum tidur akan mempengaruhi apa yang kita akan alami di dalam mimpi.

Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat Al-Qur'an, iaitu ayat Kursi, surah tiga Qhul sebelum tidur. Mungkin ada yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa ayat-ayat itu sebagai jampi atau mentera, tetapi sebenarnya dibaca untuk kita mengingati Maha Pencipta. Ayat-ayat tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan keindahan sifat Tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu kita dalam proses pembersihan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.

p/s: semlm try posisi kiri, napped during lunch time kt ofis...mmg betullllll...mimpi menakutkan. errkkk...

2 comments:

  1. Saya selalu susah tidur, padahal siang juga ngak tidur, meskipun sdh membaca bermacam2 ayat. Kira2 apakah ada sesuatu Tips biar bisa tidur?.

    ReplyDelete