Bismillah..selawat keatas nabi Muhammmad s.a.w.
Enti kali ni luahan peribadi aku tentang baginda rasulullah s.a.w. kekasih Allah s.w.t.
Aku bukan ahli bijak pandai; jahil dan so kerdil disisiNYA..hambaNYA yang melakukan dosa didalam sedar dan tanpa disedari...
Ada sahabat yang bagitau, blog u all religious stuffs...this is my blog kan, i'm free to write apa-apa yang i like..selagi tak menyentuh sensitiviti sesiapa, aku rasa tak menjadi kesalahan kan?
Kali ni aku nak kupas sedikit tentang baginda yang aku kenali melalui pembacaan dan jugak sumber dari ustaz-ustaz yang bersiaran di radio pilihaanku www.ikim.fm
Hampir setiap hari disiarkan perbincangan tentang sirah baginda, dengarlah...kamu akan lebih memahami tentang perjuangan baginda yang penuh onak dan duri dari kaum musyrikin.
Aku pernah menangis mendengar seorang ustazah menceritakan perbuatan kaum kafirun menganiaya baginda semasa berdakwah. Betapa kita patut berasa bertuah sebab kita tidak melalui pengalaman itu. Plus kita dilahirkan dalam agama suci ini. And yet kita tak sepenuhnya melakukan suruhan Allah dengan sempurna. Memang kita patut rasa malu kepadaNYA dan baginda.
ingatlah, baginda adalah KEKASIH Allah s.w.t. siapa kita nak mempersoalkan sunnah-sunnahnya. Kita perlukan syafaat baginda untuk masuk ke syurga tau...
Semalam, (jumaat) aku dengar satu slot tentang sunnah-sunnah baginda. Satu caller tu bertanya kepada ustaz tentang kesahihan sunnah baginda, subhanallah...geramnya hati ni. Tapi ustaz tu menjawab dengan bijak; secara berhemah sungguh...katanya; jika kita tidak mampu mengikut mana-mana sunnah baginda, janganlah kita mencaci atau mempertikaikannya. Kerana pernah terjadi dulu seorang memperlekehkan tentang sunnah baginda bersiwak, mempersendakan tentang jibrail yang mempunya sayap yang memenuhi alam ini. Orang tu nak pasang kamera dan paku supaya sayap jibrail tersangkut di paku tu. Dengan takdir Allah, orang tu mendapat balasan yang amat dahsyat dari Allah s.w.t.
Ok, ni aku ada pengakuan sangat ekslusif dari bonda yang mengerjakan ibadah haji beberapa tahun lalu.
Katanya; hari tu hari jumaat. Dia berada didalam masjidil harram, mengaji al-quran. Dia ditingkat 2 masjid, makcikku yang sama-sama dalam rombongan dia ke sana berada ditingkat yang lain.
Sedang dia asyik mengaji, tak semena-mena dia dengar suara yang amat dahsyat...bingit! Sukar dia nak terjemahkan. Apalagi semua orang yang berada ditingkat masjid yang sama dengan dia lari bertempiaran..habis dilanggar orang-orang...tau lah macam-macam bangsa kan, negro, arab yang kita pun tahu saiz diorang tu bukan nya kecik-kecik macam kita ni. Kawan bonda jerit, suruh bonda duduk rapat di tiang masjid untuk elakkan dari dilanggar orang. Dia sempat capai Al-Quran yang sedang dibaca, ketakutan duduk rapat ditiang. Ya Allah dia cakap..Bumi ni dah nak kiamat ke? Bunyi apa tu...
Bila dia balik ke bilik, dia tanya pada makcik ku..ada tak dengar bunyi apa-apa? Makcik ku cakap..TAK ADA PUN. Bonda aku ternganga hairan. Eh! bunyi apa pulak..masjid yang sama. Dia tak dengar. Hurmm...dia simpan pengalaman dia tu.
Balik ke tanahair, dia kabarkan pada adik dia yang dah berkali-kali mengerjakan umrah dan dah pernah mengerjakan haji jugak. Tahu tak apa dia cakap? Dari apa yang dia pernah dengar dari kelas-kelas agama yang dia pergi belajar, malaikat jibrail tu ada sayap. Kemungkinan dia turun untuk mengerjakan solat jumaat bersama-sama jemaah yang lain. Then makcik cakap; rezeki kau la tu, dah berkali-kali dia pergi buat umrah tapi tak pernah pun dengar macam tu. Gulps!
Bila dia tanya pada ustaz yang dia pegi belajar di masjid, dia dapat jawapan yang sama; malaikat jibrail mempunyai sayap! Aku pun buat lah research dalam tafsiran Al-Quran (spt di link kt blog ni) sebab perkara ni mesti ada dalam Al-Quran kan? Cuma kita ni baca aje..tak tau pun maknanya. Baca buta-buta kata orang tu...hehehe...
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap
itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail!, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal…"
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan….."

entri ni tergantung2 kan...nantilah disambung..line internet ni terhuyung hayang, nak habiskan entri tu pun ntah bape kali dc...
ReplyDelete