by DrJaffry Hassan on Saturday, 23 April 2011 at 23:00
Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi dan yang mengkaji spektrum warna.
Pada
waktu Subuh khususnya, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan
dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan
akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang
dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di
mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia
warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita
Waktu Maghrib
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta
dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan
waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan
kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam
kaedah meditasi dan berbagai cara yang lain daripada penjagaan
solat, untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita
sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan'
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan
kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat
pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya
ini amat-amat memerlukannya.
No comments:
Post a Comment