Monday, 23 January 2012

POLA MAKANAN KEBIASAAN RASULULLAH

Entri kali ni bersambungan tentang baginda rasulullah s.a.w.
Marilah kita kenali cara-cara baginda diet...;-)

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun baginda tetap memakan daging, tetapi baginda hanaya memakannya pada acara-acara yang tertentu dan dalam sukatan yang tidak banyak. (ikut size perut k?) Isteri baginda, Aisyah pernah mengatakan bukan daging dzira'an iaitu bahagian bahu yang paling disukai baginda. Tetapi disebabkan baginda hanya makan daging sekali-sekala, baginda sering memilih bahagian itu bagi dimakan. Dalam hadis yang direkodkan oleh at-Tirmidzi disebutkan makanan kegemaran baginda adalah labu.



Anas bin Malik menceritakan, Rasulullah menggemari buah labu. (Mau kita pakat ramai-ramai p cari labu lepas ni ek? aduhh...) Pada suatu hari beliau bersama baginda ketika dijemput makan makanan labu. Aku pun mengikutinya. Labu itu aku dekatkan dihadapannya, kerana aku tahu baginda menggemarinya.

Jabir pun menceritakan: "Aku berkunjung ke rumah Rasulullah. Aku lihat disampingnya ada labu yang dipotong-potong lalu aku bertanya, "Apakah ini ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kami memperbanyakkan makanan kami dengannya."

No comments:

Post a Comment