Saturday 19 May 2012

BERDUA KE PUTRAJAYA 18-5-12

Ya..berdua aje dengannya...ada appointment jumpa DRACULA..haha..duhaiii...dracula...lokasi : PUTRAJAYA. tutttt.......bertolak dari T.D.B. 7:19am, sampai ke lokasi 8:45am (+-) kelajuan sederhana <80km/j  to 110km/j< misi? tak perlu diceritakan disini......ngeee.......

lepas selesai urusan, konon nak menghala balik tapi terpandang pulak signboard <--- ALAMANDA haaa..kesana kita..suka orang tu..jenjalan...senyum lebar iyea..tengok jam pagi lagi..punyalah awal sampai..no hal laaaa...kita ronda-ronda ek...



takpe, kita lepak kat sini...sejuk lagi sebab memang awal giler...matahari pun belum panas terik


 suka benar snap gambau kaki, tak tau ler kenapa...hehe...


dia godek-godek henpon..cari no adik dia..hehe..:-p (adik aku jugak! hahaha)


haa...dapat! heee.....


ni untuk dia...(aku dah tak boleh telan pedas merah menyala ni lagi)


haa..ni aje yang tekak ku boleh terima buat masa ni..no red kaler..haha..wantan mi mushroom (betul ke nama tu..). sekian trip kali ni, berakhir disini dulu..akan turun ke sana lagi Isnin depan untuk misi lebih besar lagi..huhaaaa...sabar jer la!

Thursday 10 May 2012

DURIAN BELANDA

foto ehsan encik google :-p

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER
 
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 


foto ihsan encik google
 Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

jus durian belanda; foto encik google

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  pohon ajaib dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
 

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
 
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
 
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
 

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
 
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
 
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
 
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!


Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?


Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. 


Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. 

Sunday 6 May 2012

LIHATLAH SESUATU DARI SUDUT YG BERBEZA...


Lama jugak tak update blog ni, tak tau kenapa hari ni rasa terpanggil pulak nak menconteng...SALAM semua..^_^  pasti semua sehat, kan....cuma saya aje yang tak berapa nak sehat...semoga Allah berikan kesihatan yang lebih lagi...mudah-mudahan, doakan saya yea...

Alhamdulillah saya masih ada peluang dan ruang untuk meronda-ronda di lokasi atas tu..tau kat mana? Pantai Puteri.


Best...lepak...perhatikan semua yang ada, manusia...(punyalah ramai dok ready nak mancing siangnya) siap berkemah...yang datang dengan family, kumpulan besar pun ada; kolej ke uni, tak pasti...tak kuasa nak menanya deh! hahaha....after all, full moon kut malam tadi. memang busy la kat pantai tu...


Pandang ke langit bulan penuh...pandang ke bawah....nampak ombak memukul pantai....hurmm...syahdunyaaaaaa.....


Sebenarnya hidup ni bukan setakat apa yang kita nampak didepan mata, it's more than this...and how you look at it, mungkin sekarang kita hanya nampak secara lahiriah tapi sampai masanya..kita akan nampak sesuatu ciptaanNYA tu dengan pandangan yang lebih jauh...halus....dan makna yang berbeza.  Hurmm...dunia ni hanya sementara, persinggahan...berkelip-kelip lampu neon tapi tak menjanjikan apa-apa..yang abadi.


Kami berderet memerhatikan gelagat orang.......berjam-jam disini, rasa sejuk kepala ni...alhamdulillah, memang kesejukan pun yang ku cari...Allahu akbar...

p/s: akan tiba waktunya kamu akan tahu apa yang sebenarnya terjadi pada diri ni, sesuatu yang kusimpan kemas...