Sunday 28 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam..
Masih lagi dalam mood raya korban..
Pagi semalam berkenduri daging korban,
petang nanti ada jemputan baca yassin
sambil beraya korban..

Dah masuk hari raya ke 3..
baru ada mood nak update blog..
Ahli keluarga yang balik pun
sehari aje, masing-masing ada 
majlis korban di tempat sendiri
so...saya aje lah yang masih lagi
di siniiii...

Antara pic yang saya pilih
untuk dimuat turun disini... :D


SELAMAT HARI RAYA KORBAN
BUAT SEMUA

Wednesday 24 October 2012

Lantern


Saya kirimkan gambar ni kepada seorang kawan..
sajer la..nak pancing minat dia..~so-called! :p
He replied : Why so many lanterns you're malay not chinese
Apsal pulakkkk...tak boleh ke malay ada lantern?

Meh..meh...sape minat lantern..boleh pilih..
exclusive & limited.
Setiap satu-satu design yang dikeluarkan,
hanya dalam kuantiti yang kecil
supaya sentiasa `exclusive' 
dan tidak akan dikeluarkan lagi
di masa akan datang so..if minat, cepat ler grab.

boleh juga jadi `prop' @ hiasan mcm pasu ceramic tuuu...

aroma therapy lanterns

what do u say?

cute?
Koleksi yang dikeluarkan ni boleh juga
dijadikan hadiah untuk pengantin..harijadi...ulangtahun perkahwinan
or any occasion..doesn't matter.

Kalau nak, tinggalkan komen ya...

Friday 19 October 2012

Sembang Pagi

Salam...

Macam topik di radio pulak ya..tajuk tu. Tak apa...pinjam jap.
Salam Jumaat buat semuaaa....
Diam tak diam, kita bertemu kembali dengan
hari Jumaat yang aaaamat
saya gemari, sayangi...
WHY?

1. hari jumaat bnyak sangat peluang untuk
kita dapat pahala sunat; bermula dengan
mandi niatkan sunat Jumaat.

2. Potong kuku pun dapat pahala

3. Lebih merapikan diri; semua sudut 
dan tiap anggota kita (faham2 sendiri la ye..) pun
dapat pahala sunat.

4.Mungkin sebab saya lahir hari Jumaat...

Walau apa pun, bukan..(ishh..lupa sudah 
nak tulis apa..ni laa menulis sambil 
menonton NASI LEMAK KOPI `O'
di tv9..hilang sudah benda yang 
nak diceritakan. 

mana tak hilang fokus bila nampak Farah ni di kaca TV! HAHA

First appearance Farah selepas cuti melahirkan baby
yang comel...Welcome Back Farah!
Let me watch this show dulu ya..
later sambung update ni. :D

Sunday 14 October 2012

Cruise time ;)

Jom selusuri sungai Melaka dengan kami...
Sebaiknya waktu malam sebab lagi cantik dan
sejuk.......


Dapatkan dulu tiket di kaunter, ya. $10 for local..pelancung luar 
harganya berbeza.


Jom...masuk


Tiket dah dapat...tunggu jap ya






Muka terpegun...`wahh..canteknya wakkk'


we're ready to cruise...


Pelancung saya sibuk merakamkan fenomena berwarna
warni...fuhhh


Ni lah puncanya kami meronda ke Kg Morten 
disiang nya. 


Bila la nak dapat dine disini ek


Tak tau belah mana nak tengok
kiri dan kanan semua cantik......


Pengalaman yang indah di Melaka, tentunya kan?
Bila-bila nak cruise lagi..roger la ya :D

Elia di Kg Morten

Menemani Elia dan maknya menguruskan urusan peribadi,
kami pusing-pusing then ternampak la
papan tanda ke Kg Morten..
apalagi...zupppppppp

wahh...kami di sini akhirnya...layanlah gambar-gambar
ni yea...















Ok...kami nak naik cruise pulak, jom!

Sunday 7 October 2012

My Visit to Uncle Yik Poh Farm

Seawal jam 8 pagi, kami (mak, adik & suami dan myself)
bertolak ke Seremban. Senawang sebenarnya...
sebab kami keluar tol Senawang/ Seremban
Lepas tu hala nak ke Jelebu.

Iyaaa...YIK POH FARM. Nak sangat tengok farm yang 
diperkatakan orang ni..DAUN BELALAI GAJAH.  
Seeing for my own eyes..

Tak payah pun cari farm ni sebenarnya.
akhirnya sampai...

besar signboard ni, sure nampak laa

Kami disambut oleh uncle ni...(bukan owner farm ni ya)
saya diberitahu Uncle Yik berada diluar
sebab masa saya call bunyi macam dia di kedai minum...
breakfast kut.

Pesannya; serdak pun kena kasi minum habis! Jgn buang.

Oh! ya..apa guna daun belalai gajah ni eh?
Menurunkan suhu panas badan, meredakan sakit radang paru-paru, 
sakit jaundis (tak tau sakit apa ni..dun ask me please..heeee). hepatitis,
tulang patah dan ciri-ciri anti kanser.

Nama lain bagi pokok ni Drooping Clinacanthus, 
Sabah Snake Grass.

Berkongsi pengalaman Uncle ni tadi, mana-mana pesakit
yang tahap 4..yang dah tak boleh jalan dengan ubat
hospital, doktor hantarkan aje ke farm ni,
disarankan untuk mencuba herba ni.

Setakat ni, rata-rata yang pernah mencuba,
walaupun dah tahap 4..mengalami perubahan dan sembuh
akhirnya. Kuasa Allah yang mencipta setiap
tumbuh-tumbuhan melata dimuka bumi
pasti ada sebab dan kegunaannya.

Tugas kita untuk mencari...

Pokok belalai gajah

Dulu....dulu-dulu pokok ni melampoh kat tepi dapur 
rumah mak saya...takde sape pun nak kesah! 
1. Tak tahu nak guna untuk apa.
2. Tak tahu pun daun tu daun apa.

Akhirnya kena tebas, racun! Sebab pokok ni senang nak 
membiak. Tumbuh melata...
Bila mak tengok pokok ni, dia rasa daunnya...sah! 
Memang dulu kita pernah tanam, arwah abah bawak
balik..kata dia, orang bagi.

Teh campuran daun belalai gajah memang dihidangkan kpd plawat



Ok, cara-cara makan daun ni..

Kanser tahap 1

Cara 1 : kunyah 30-50 helai daun sehari; 10 helai atau lebih
daun sekali makan untuk 3X sehari.

Cara 2 : masukkan 30 - 50 helai daun, sebiji epal hijau,
1/2 gelas air dan kisar halus.
Terus minum, ulang lagi sebelum @ selepas makan malam.

Kanser tahap 4

Masukkan 75 - 100 hekai daun, 1 biji epal dan 1/2 gelas air
dan kisar halus. 
Minum 2X sehari, sebelum @ selepas makan

Anak-pokok belalai gajah sedia untuk dijual RM10 / poly bag

Membaca info dari blog-blog lain tanpa tahu
apa-apa pun tak guna jugak, kan...
Bila saya berada di tempat ni...
haaa..baru kenal, daun...kegunaan.
.

Banyak herba lain ditanam kt farm ni

Melilau-lilau tengok sekeliling saya ternampak pokok ni...

Pokok Mahkota Dewa!

Pokok Mahkota Dewa ni tengah berbuah..dari dahan hingga
 ke pangkal pokok, penuh buah...geram!
Info yang saya dapat tadi, buah ni memang sedap dicampur 
dalam kopi TAPI....bijinya tak boleh dimakan, sebab?
BERACUN! Kesahnya..Ho ho ho...so jangan pandai-pandai
 nak blend buat kopi tau?

Antara produk yang dijual..teh uncang

Berbalik pada daun belalai gajah tadi, selain dari dimakan segar 
(kunyah or kisar), daun SSG ni jugak diproses
dan dicampur dengan daun herba lain untuk dijadikan
TEH UNCANG yang sedap...saya dah rasa tadi. ;)

Baik untuk pesakit batu karang, darah tinggi, kencing manis & etc.

Nak pergi lagi, lain kali...nak beli teh uncang pulak..

Semoga entri kali ni dapat membantu sesiapa 
yang memerlukan daun ni, insyaallah.


Ready to drink..boleh juga perahkan limau :D

Kabar-kabarkan...

Uncle Yik Poh boleh dihubungi di talian +6012677 3693
Farm ni dibuka tiap-tiap hari from 9am to 5pm

Bukan setakat pelawat tempatan aje yang datang
tapi pelawat dari negara-negara luar pun ada.

Saya pasti pergi lagi, soon :D

Saturday 6 October 2012

Untuk 3 hari..jer

Malam minggu lepas saya buat janji dengan sepupu; jom tengok wayang! 
Dah lama tak ke panggung...lagipun tengok montaj kat TV macam best jer, kan.

Well...

2 teman; sepupu dan anak saudara

Laluan ke pintu 6; cantek kan?

Uikk..gelap! haha..sempat dia layan SMS..kuttt

Okay...okay...syyyhhh...start dah movie...


Jom kita masuk kursus kahwin....

Heroinnya Vanidah Imran

Mak pengantin ya..siap pesan2..anak tu buat poyo jer

Kahwin sudah...dibilik bulan madu huhu...
Nak tau kisahnya, kena tengok sendiri lor...


Bye..bye...nak balik dah.

Buah Adam

Dipanggil juga dengan nama Doum @ buah zuriat, berasal dari TAnah Arab. Mengikut sejarah buah ni digelar juga buah Adam Dan Hawa sebab mampu memulihkan dan mengembalikan kestabilan hormon pasangan suami isteri yang mahu menimang cahaya mata.

Sejarah buah zuriat dikatakan berasal dari pokok kokka yang sering digunakan dalam pembuatan barangan hiasan seperti gelang dan juga tasbih.

Antara khasiatnya:
melegakan lenguh2 badan, angin ahmar, mengurangkan risiko serangan jantung, lumpuh dan lemah anggota

dijadikan ramuan spa dan kecantikan

seks dan kebahagiaan rumahtangga

gemuk, perut buncit dan boroi

untuk merawat tulang patah, tulang reput, sakit tulang

merawat penyakit kulit seperti kayap, panau, jeragat, sopak, kulit kasar

dan baaaanyak lagi.


Ni la ghupe buahnya... 


Kulitnya jadi keras yang amat bila dibawa masuk ke Malaysia ni, mungkin sebab faktor cuaca. Wallahu'alam. 

Cara nak guna buah ni...rebusssss, ya rebus macam rebus akar kayu tu. Buh 3 gelas air, biarkan menggelegak hingga air tu jadi segelas. 

Ada orang rebus dengan kulitnya sekali, ada yang belah dua...ambil isinya dan rebus. Mana-manalah...pun ada yang cuma kikis aje kulitnya tu, masukkan dalam air minum. Buah ni takde kat sini..jangan tanya macam mana nak dapatkan, kirim la kat jemaah haji/ umrah...:D