Monday 30 January 2012

JOM KITA FAHAMI...

Makna bacaan dalam solat, mudah-mudahan kita lebih khusyuk ;-)



Allah Maha Besar
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

Hidupku,


Matiku

Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk 

Allah mendengar pujian orang yang memujinya 

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

Kayakan daku,

Angkatlah darjatku,

Rezekikan daku,

Berilah aku hidayah,

Sihatkanlah daku dan

Maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

UJIAN ALLAH


hiasan aje :-p  
(teringin nak scuba dive tapi...cuak sbb tak tau swimming hehe)

Terkejut? Takde apa yang besar pun..cuma pagi tadi jenguk kat laman sosial tu..terpandang post seorang kawan. Berat benar masalahnya.. Aku duduk termenung...

Bukan masalah dia yang aku nak highlight kt sini tapi sedikit pandangan secara rambang laa..aku bukannya pakar motivasi nor pakar kaunseling pun. Pandangan aku tentang hidup ni...persekitaran, semuanya...serba serbi..berbalik kepada tujuan kita diciptakan olehNYA; untuk mengerjakan suruhanNYA, taat beribadah sehinggalah ke akhir nafas kita. Didalam pengembaraan hidup kita, pasti menempuh ujian dan dugaan; berbentuk kesenangan, kesusahan, kesakitan, kehilangan, dianiaya, ditindas, dan yang sewaktu dengannya..hurmm.

Didalam hidup ni kita perlu lah berusaha mencari rezeki untuk menampung keperluan, kan? Kerja. Ada orang yang sangat bernasib baik (usaha lebih..) mendapat pekerjaan yang bagus dan berpendapatan lumayan tapi ada yang nasib agak kurang baik, pendapatan hanya cukup-cukup makan aje. Betul la, nasib seseorang tu tak kan berubah jika dia tak mengubahnya...Ada orang mengalami permulaan yang sangat indah, semuanya tersusun cantik...tapi ditengah jalan diduga dengan ujian..ada yang awalnya lagi dah diuji, ada pulak ujian datang diakhir usia..yang pasti ujian itu tetap ada untuk kita. Terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapinya, berserah pada takdir? bersabar? bertawakkal? ataupun bersabar disamping berusaha seterusnya bertawakkal kepada Allah s.w.t.? 

Tak kira yang mana-mana pun kesimpulannya kembalilah kita kepada rukun yang 6 tu..Adukanlah kepada Allah s.w.t. DIA lebih mengetahui...didalam kesenangan ada kedukaan, bukan DIA tak sayangkan kita tapi menguji tahap keimanan kita aje, usik-usik manja gitu...jadi bersangka baik kepadaNYA, ok?

Pandanglah jauh-jauh...ingat semula rahmat yang DIA dah bagi selama kita hidup hingga kita diusia ini, diwaktu kita leka, lalai, hanyut dengan keindahan duniawi, time kita jap ingat jap lupa pulak...rahmat DIA tak pernah putus buat kita; udara yang kita hirup untuk hidup tu....? hahaha...semaju mana pun teknologi dunia tak kan boleh nak mencipta udara yang kita hirup semulajadi tu, oksigen yang disokong pada orang kt ICU tu setakat mana la tahannya, ada ke korang nak pikul tong oksigen tu kemana-mana? tak... kan...? haaa...contohnya la!

Carilah punca masalah tu instead of merungut-rungut.... tak kan menyelesaikan apa-apa. Ilmu kerohanian itu penting! Bak kata Prof Dr Muhaya ; belajar ilmu untuk atasi masalah.

Sunday 29 January 2012

NABI KHIDIR A.S. SUPER MISTERI

Entri kali ni tentang Nabi Khidir a.s. Pernah terdengar nabi yang ni masih hidup..ye ke? Wallahu'alam. Tu la yang buat aku mencari-cari bahan bacaan tentang misteri ni. Pelik aku ni..begitu banyak kisah nabi-nabi yang lain tapi nabi yang satu ni buat aku tak jemu-jemu mengintai kedai-kedai buku yang ada dimana-mana aje aku jumpa. Berharap sangat berjumpa...tak kiralah berapa harganya.

Betul kan, bila niat kita baik, Allah akan tunjukkan jalan tu.. =)
Gembiranya hati ni bukan sedikit, rasa macam dapat segunung emas! Subhanaallah..tak pernah lagi dapat segunung emas pun..tapi umpamakan aje..rasa-rasanya gitu la tak?


Istimewa betul sebenarnya nabi yang seorang ni tau...
Yang membuatkan nabi ni istimewa sebab perbezaan dan kelainan yang dia miliki berbanding nabi-nabi yang lain ;-) Kewujudannya disebut dalam surah al-kahfi ayat 65-68. Sedikit sangat kisah dia... tapi yang sedikit tu la yang buat aku teruja sangat-sangat nak selidik..hehehe..harusssssss

Beliau begitu dikenali dalam kajian yang mendalam mengenai ilmu hakikat dan ilmu makrifat, amat terkenal dalam khazanah dan tradisi dunia sufi, sehingga boleh dikatakan Nabi Khidir a.s. adalah `misteri rohani'.

Nabi ni nabi Allah yang nyata bukan semua orang dapat menemuinya. Ini berkaitan dengan hidayah dan kehendak Allah s.w.t., sebab pada asasnya Khidir adalah manusia biasa. Yang membezakannya adalah ilmu dan keistimewaannya sebagai nabi  yang mendapat bimbingan secara langsung dari Allah s.w.t. sehingga hanya orang yang tertentu yang dikehendaki oleh Allah yang dapat berjumpa dengannya untuk mendapat petunjuk dan ajarannya.

Secara ringkasnya, kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Khidir a.s. yang menjadikannya unik dan istimewa :

1. Hidup sepanjang masa sehingga kedatangan Dajjal


2. Mempunyai Ilmu Laduni.


3. Pakaiannya sentiasa baru dan bersih!


4. Bentuk fizikalnya tidak dapat dilihat oleh orang kebanyakan.


5. Dapat berjalan secepat kilat.


6. Memiliki banyak rupa.


7. Tidak bertemu dengan orang yang berhati kotor dan berakhlak buruk.


8.Setiap tempat yang beliau pijak menjadi hijau.


9. Mengenali dan mengetahui nama-nama Waliyullah diseluruh dunia.

Nak tau lebih lagi, kena lah explore buku ni..cari...cari dan cari..jangan putus asa..tau?
Bertahun gak mencari..baru jumpa sebuah...hahaha...insyaallah...lepas ni tentu terbuka lagi jalan untuk menjumpai buku-buku yang sewaktu dengannya =))



Saturday 28 January 2012

BERTEMU SEMULA...

Mula-mula ingat nak hantarkan aje bonda kenduri, pastu tunggu jer la dalam kereta tapi bila dapat tau lokasi kenduri tu..siap...bersiapppp...rapi..jom kita tengok apa yang aku jumpa kali ni ;-))

rapi sungguh ni...tema putih + merah...memang cantek..


ni..cikgu kita...cikgu Patimah Ibrahim..ngajar matematik kt SKJ..muka sama aje..tak berubah pun..

haaa...kenal tak siapa ni...Norazmiah Ishak =)
lama betul tak jumpa...puas peluk cium...hahaha...ada sape2 yang mencari...sila inbox message yea..
sempat la bertukar no telefon.

Alhamdulillah...berjumpa jugak akhirnya kita...best betul cuti kali ni, banyak benda baik berlaku =))

Friday 27 January 2012

JALAN-JALAN...

Semalam off day, still...aku ke Taman Melaka Raya..buat apa...? down grade broadband aku yang tersangat laju ni (hahaha....) Sana sini jalan sesak...ruang parkir pun takde! aahh! panas membahang...subhanallah..sabau jer la! Tapi semua urusan dapat diselesaikan mengikut jadual...

singgah solat zohor kt masjid ni...
Owh..awal lagi..so kami (dgn adik aku) ke Jaya Jusco Ayer Keroh. Target : BOOK STORE!
Sebab ada buku yang dah lama aku cari tak jumpa-jumpa...puas dah riki2...teka buku apa...
Haaa...memang dah takdir kan, dapat....dapattttt...kat sini..alhamduillahhhhh...syukur!

haaa...ni la bukunya. =)
dah baca intro, so interesting! tak sabar nak baca...nanti aku kupas nya isinya...tungguuu...

singgah solat asar kt sini~masjid Al-Azim



Heppi sangat sebab dah dapat apa yang aku nak..so singgah lah kat sini sebab adik aku dah sebut kan...right after the solat, we drove back to Jasin...teringat gulai keladi masak asam...ho ho..laparrrrrrrr

Wednesday 25 January 2012

ORANG IKHLAS, BIASA DITINDAS



Topik yang diradio...aku ralit mendengar..sepanjang perjalanan pulangku kali ni. Dengan kelajuan yang sederhana, aku tak peduli kereta lain memotong di kiri dan kanan ku..sampai satu tahap, Ustaz Pahrol sebut; kita tak boleh nak ukur tahap keikhlasan kita dan juga keikhlasan orang pada kita begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, bila kita lihat pemandu lain memotong dan menggunakan lorong kecemasan, kita berasa sakit hati, marah, rasa tidak selesa dan rasa ketinggalan. Mengapa? JIka kita berada di lorong yang betul, kita tak patut rasa teraniaya, kan?

Dan lagi kata Ustaz; menahan hati, remuk rendam, Allah bersama orang-orang yang patah-patah hatinya.
Maknanya, orang yang berada dalam keadaan ini akan sangat hampir dengan Allah, mengadu keresahan, kesedihan, kekecewaan padaNYA. Tapi orang yang berada dalam kesenangan, leka dan jauh dari Allah.

Formula kerja yang tekun, mendapat kasih sayang Allah!

Aku rasa tertarik pada ungkapan ini..

TANGISAN SEORANG PENDUSTA LEBIH DISUKAI
OLEH ALLAH DARIPADA ORANG YANG BERASA TAKBUR 
SELEPAS MELAKUKAN SESUATU KEBAIKAN!

Perjalanan aku sangat terisi, melihat pada sekeliling....menunjuk-nunjuk apa yang diorang ada, aku jadi takut pulak. Berbalik kepada IKHLAS...rasanya kena rujuk semula pada tajuk entri aku `MAKAM-MAKAM ROH' tu..kena nilaikan diri kita dok di makam yang mana, kan? Wallahu'alam

Monday 23 January 2012

POLA MAKANAN KEBIASAAN RASULULLAH

Entri kali ni bersambungan tentang baginda rasulullah s.a.w.
Marilah kita kenali cara-cara baginda diet...;-)

Rasulullah lebih gemar makan tumbuh-tumbuhan. Walaupun baginda tetap memakan daging, tetapi baginda hanaya memakannya pada acara-acara yang tertentu dan dalam sukatan yang tidak banyak. (ikut size perut k?) Isteri baginda, Aisyah pernah mengatakan bukan daging dzira'an iaitu bahagian bahu yang paling disukai baginda. Tetapi disebabkan baginda hanya makan daging sekali-sekala, baginda sering memilih bahagian itu bagi dimakan. Dalam hadis yang direkodkan oleh at-Tirmidzi disebutkan makanan kegemaran baginda adalah labu.



Anas bin Malik menceritakan, Rasulullah menggemari buah labu. (Mau kita pakat ramai-ramai p cari labu lepas ni ek? aduhh...) Pada suatu hari beliau bersama baginda ketika dijemput makan makanan labu. Aku pun mengikutinya. Labu itu aku dekatkan dihadapannya, kerana aku tahu baginda menggemarinya.

Jabir pun menceritakan: "Aku berkunjung ke rumah Rasulullah. Aku lihat disampingnya ada labu yang dipotong-potong lalu aku bertanya, "Apakah ini ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kami memperbanyakkan makanan kami dengannya."

ANA ADA SATU CERITA ;-)

maafkan kami...maafkan kami...maafkan...maafkan kami.. ;-)

sibuk-sibuk ajak ini budak keluar makan, tapi punggung dah melekat tak bergerak-gerak dah. tengoklah background blog dah bertukau kaler, pening tengok serabut kat belakang..kasi plain jer ek?

nah tengok muka budak yang merajuk tu....?
nahhhhhhhhhhhh..




harap esok masih ada...huhuuuu....

Saturday 21 January 2012

KEKASIH...

Bismillah..selawat keatas nabi Muhammmad s.a.w.
Enti kali ni luahan peribadi aku tentang baginda rasulullah s.a.w. kekasih Allah s.w.t.
Aku bukan ahli bijak pandai; jahil dan so kerdil disisiNYA..hambaNYA yang melakukan dosa didalam sedar dan tanpa disedari...

Ada sahabat yang bagitau, blog u all religious stuffs...this is my blog kan, i'm free to write apa-apa yang i like..selagi tak menyentuh sensitiviti sesiapa, aku rasa tak menjadi kesalahan kan?

Kali ni aku nak kupas sedikit tentang baginda yang aku kenali melalui pembacaan dan jugak sumber dari ustaz-ustaz yang bersiaran di radio pilihaanku www.ikim.fm

Hampir setiap hari disiarkan perbincangan tentang sirah baginda, dengarlah...kamu akan lebih memahami tentang perjuangan baginda yang penuh onak dan duri dari kaum musyrikin.

Aku pernah menangis mendengar seorang ustazah menceritakan perbuatan kaum kafirun menganiaya baginda semasa berdakwah. Betapa kita patut berasa bertuah sebab kita tidak melalui pengalaman itu. Plus kita dilahirkan dalam agama suci ini. And yet kita tak sepenuhnya melakukan suruhan Allah dengan sempurna. Memang kita patut rasa malu kepadaNYA dan baginda.

ingatlah, baginda adalah KEKASIH Allah s.w.t. siapa kita nak mempersoalkan sunnah-sunnahnya. Kita perlukan syafaat baginda untuk masuk ke syurga tau...

Semalam, (jumaat) aku dengar satu slot tentang sunnah-sunnah baginda. Satu caller tu bertanya kepada ustaz tentang kesahihan sunnah baginda, subhanallah...geramnya hati ni. Tapi ustaz tu menjawab dengan bijak; secara berhemah sungguh...katanya; jika kita tidak mampu mengikut mana-mana sunnah baginda, janganlah kita mencaci atau mempertikaikannya. Kerana pernah terjadi dulu seorang memperlekehkan tentang sunnah baginda bersiwak, mempersendakan tentang jibrail yang mempunya sayap yang memenuhi alam ini. Orang tu nak pasang kamera dan paku supaya sayap jibrail tersangkut di paku tu. Dengan takdir Allah, orang tu mendapat balasan yang amat dahsyat dari Allah s.w.t.

Ok, ni aku ada pengakuan sangat ekslusif dari bonda yang mengerjakan ibadah haji beberapa tahun lalu.
Katanya; hari tu hari jumaat. Dia berada didalam masjidil harram, mengaji al-quran. Dia ditingkat 2 masjid, makcikku yang sama-sama dalam rombongan dia ke sana berada ditingkat yang lain.
Sedang dia asyik mengaji, tak semena-mena dia dengar suara yang amat dahsyat...bingit! Sukar dia nak terjemahkan. Apalagi semua orang yang berada ditingkat masjid yang sama dengan dia lari bertempiaran..habis dilanggar orang-orang...tau lah macam-macam bangsa kan, negro, arab yang kita pun tahu saiz diorang tu bukan nya kecik-kecik macam kita ni. Kawan bonda jerit, suruh bonda duduk rapat di tiang masjid untuk elakkan dari dilanggar orang. Dia sempat capai Al-Quran yang sedang dibaca, ketakutan duduk rapat ditiang. Ya Allah dia cakap..Bumi ni dah nak kiamat ke? Bunyi apa tu...

Bila dia balik ke bilik, dia tanya pada makcik ku..ada tak dengar bunyi apa-apa? Makcik ku cakap..TAK ADA PUN. Bonda aku ternganga hairan. Eh! bunyi apa pulak..masjid yang sama. Dia tak dengar. Hurmm...dia simpan pengalaman dia tu. 
Balik ke tanahair, dia kabarkan pada adik dia yang dah berkali-kali mengerjakan umrah dan dah pernah mengerjakan haji jugak. Tahu tak apa dia cakap? Dari apa yang dia pernah dengar dari kelas-kelas agama yang dia pergi belajar, malaikat jibrail tu ada sayap. Kemungkinan dia turun untuk mengerjakan solat jumaat bersama-sama jemaah yang lain. Then makcik cakap; rezeki kau la tu, dah berkali-kali dia pergi buat umrah tapi tak pernah pun dengar macam tu. Gulps!

Bila dia tanya pada ustaz yang dia pegi belajar di masjid, dia dapat jawapan yang sama; malaikat jibrail mempunyai sayap! Aku pun buat lah research dalam tafsiran Al-Quran (spt di link kt blog ni) sebab perkara ni mesti ada dalam Al-Quran kan? Cuma kita ni baca aje..tak tau pun maknanya. Baca buta-buta kata orang tu...hehehe...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap
itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur
kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail!, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau
hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud : "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal…"

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s. selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia
berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan….."

Friday 20 January 2012

AKU, DIA DAN GOAT MILK

status kt whatsapp : where to find goat milk...
beberapa hari lepas tu, kawan ku,nonet.... msg.
sesi berbalas-balas msg ni..

yaayyy.....gedik kan goat ni senyumm...
tapi aku sukaaaa....kata story tentang goat, milk...

nonet : beli goat je...buat pet..

aku : Huhu...nak tambat kat mana....

nonet : buat pet, legar dalam umah je..mana payah tambat...

aku : Ehh...karang dia tabur maajun dia atas sejadah aku..camno...

nonet : namanya pun pet, kan boleh diajar....

aku : hhurmm...aku hantar kat nursery ko dulu la, kasi trainning boleh...?

nonet : aku takde pet dah berpuluh tahun...dah tutup dah nursery aku tu...

tu laa...dua-dua sengal kan...melarat-larat...well, time tu pun agak dah larut malam so..layannn
nak dijadikan cerita beberapa minggu yang lepas, aku jalan-jalan kt carrefour wangsa maju..kan banyak kiosk kat ruang legar dalam tu kan..belek-belek, usha-usha...ternampaklah  ni haaa..

 
nampak cam sedap jer tu kan...nak cari pure fresh goat milk..kena tunggu orang perah susu tiap hari ek? haha..ada ke orang bela goat kat kuala lumpur ni? huhu...melainkan kahwin dengan gembala goat kan...
dipendekkan cerita, aku beli...produk orang kita ni. supportttttttt....rasanya? marvelous! try laa...


Thursday 19 January 2012

BUKTIKAN CINTA...

Bismillah...

Nabi S.A.W Bersabda:
"Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta pada-KU, dan barangsiapa yang cinta pada-KU, maka akan masuk ke SYURGA bersama-KU"

Selawat keatas nabi junjungan kita baginda Rasulullah s.a.w...dan seluruh keluarga baginda. Entri kali ni saya nak bercerita tentang sunnah baginda...yang ni kita mampu, kan kita mengaku cintakan baginda, kita ikut la sunnahnya....selain selawat dan salam, banyak sebenarnya yang kita boleh ikut. Terutamanya bab makan..Cara baginda makan, apa yang baginda makan...carilah, sekarang ni pun dah banyak muslimin saudara kita yang memasarkan produk-produk makanan sunnah ni. Support la ekonomi orang kita.


Hari ni berakhirlah penantian saya...parcel berisi 3 barang yang menjadi kegunaan baginda; wangian kasturi ambar (kegemaran baginda ni...), za'faran; niat saya nak bagi kt bonda =)) & cuka epal.


Saya selalu dengar tentang kebaikan-kebaikannya di corong radio pilihan saya, google la..sekali klik..tu diaaa...berlambak dalam senarai.  Mestilah kena pilih kan...so, alhamdulillah akhirnya saya menemui apa yang saya cari. Banyak khasiatnya...Jenguklah sendiri link ni eh..www.deanjungkiswah.com




Selamat berhijrah...beralih dari menggunakan minyak wangi ntah apa-apa kat pasaran, baiklah kita gunakan wangian yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Istimewanya wangian-wangian ni dan produk yang lain di laman web tu, di ruqyah kan...untuk tujuan rawatan. Ada jugak lain-lain pilihan; rose...(next order la ni..ha ha ha harusssssss)...check it outtttttt ;-)

p/s: tak sabar-sabar nak calit wangian ni...hurmm...aromanya memang merawat jiwa laaa..proven!

MANISNYA SEDANG KU RASAKAN...


Bila kita tak dapat apa yang kita suka
Kita kena suka apa yang kita dapat

Setelah melalui semua pengalaman yang masam manis, pahit payau, aku belajar banyak benda
berhenti bertanya `kenapa' ...`mengapa aku'....buang perkataan `jika'...`kalau'
dari diari hidup SEBAB setiap yang terjadi ada sebab dan musabab.

Walaupun kenyataannya sangat pahit dan kelat pada diri kita, percayalah...pasti ada manisnya.

Cuma waktunya belum tiba untuk kita kecapi.

Sabar adalah pengubat kepada duri ranjau hidup yang kita lalui. Biar pun berat bahu memikul tapi yakinlah pada DIA. Jangan bersangka buruk pada Allah. Dia lebih mengetahui dari kita.

Hanya pengetahuan kita tak kan terjangkau begitu jauh...

Jangan takut pada masa lalu, hentikan resah akan masa depan.
Positif minda, tindakan...pasti BAHAGIA menjadi milik kita.Aku percaya padaNYA, DIA tahu yang terbaik buat hambaNYA. =)

Wednesday 18 January 2012

SEA, SAND, SKY, STAR......


Pernah dulu seseorang bercerita...katanya dia suka laut, pantai, bunyi ombak, berbaring di pasiran pantai sambil merenung bulan...bintang-bintang di langit...

Sungguh aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan...

Pesan dia padaku dulu, bila pandang ke bulan penuh...maknanya dia sedang tersenyum melihat ke arahku tapi jika waktu itu bentuk bulan tidak sempurna bererti dia sedang bersedih....

Lagi lah aku tak faham...tapi aku cuma diam.

Setelah sekian lama detik itu berlalu, baru kini aku faham apa yang dia gambarkan....aku seakan menggantikan dia, bila aku rasa rindu untuk menikmati keindahan yang dia ceritakan padaku dulu.

Aku pasti ke pantai bila ada peluang dan masa, mendengar deburan ombak..merenung jauh ke tengah laut yang seakan tak berpenghujung; mencari bintang yang dinamakannya untuk ku...ya...pernah dia tunjukkan sijil pendaftarannya..tapi dimana ya...oowhh..hampir terlupa. Jangan tanya aku macam mana dia buat...

Kini...

Aku melihat semua ini dari pandangan yang serupa seperti dia, mengkagumi setiap inci ciptaanNYA didepan ku ini. Malangnya dia tiada disini untuk ku kongsikan kekaguman ini,  menyaksikan keindahan  yang Maha Agung ini.
 
Namun...Ada sesuatu yang ditinggalkannya padaku...RASA.



Just drop a line...

 Salam..entri kali ni cuma nak sapa aje siapa2 la yang jenguk blog ni..bila kita rasa gundah gulana jangan 
buat benda bodo2 k..sbb decision drastik hanya kerana kebangangan sementara tak kan menghasilkan apa2 
kebaikan...trust me, u'll feel regret forever.
bila kita sibuk memperbetulkan diri sendiri, kita tak kan ada masa utk membetulkan orang lain

kita tak kan sempat nak rasa iri hati pada orang lain, kita tak kan mengumpat orang lain

sebab kita takut tak cukup waktu untuk mengumpul bekal untuk dibawa

ke sana nanti.


Tuesday 17 January 2012

SABAR....SABAR....

Terdampar ni, menantikan tibanya hujung minggu...apsal plak?
*bisik2* longggggggg holiday....CNY! erkk..cuti aidilfitri pun tak selama ini; 9 days beb! memang gilosss. Apa aku nak buat cuti lama-lama tu? think....think...ermm...

pejam mata...la la la...(humming)

takde idea so far...u ada? kalau menikah...sempat honeymoon ek? huhahahaha...(gelak jahat)

tik...tik...tik...tik...tunggu detik berlalu..

nah kata-kata hikmah buat pegangan hidup.......

TIDAK ADA ORANG YANG LEBIH BAHAGIA DARI ORANG 
YANG BERIMAN KEPADA ALLAH.

ANGGAPLAH SEMUA URUSAN ITU MUDAH, DAN BERSABARLAH
DENGAN KEPAHITANNYA.

wassalam :D 

Monday 16 January 2012

DAN DIJADIKAN KESEJUKAN HATIKU BILA BERADA DALAM SOLATKU

SESUATU YANG SANGAT DIHARAPKAN ITU
JUSTERU AKAN MELAHIRKAN
KEGELISAHAN

Betapa banyak utusan yang berkesudahan 
dengan kegembiraan
padahal permulaannya terasa begitu menyedihkan


Seorang teman akan dapat mempengaruhi tingkah laku dan akhlak sahabatnya. Bila anda
memiliki seorang teman, pasangan hidup, rakan pejabat ~yang mukanya berseri-seri, jiwanya tenang
dan optimis dalam kehidupan, maka dia akan mempengaruhi sifat-sifat mulia itu kepada anda.

Sebaliknya apabila teman anda adalah seorang yang berwajah murung, berwatak bengis, gemar mencela, selalu cemas, lagi sentiasa gundah, maka sesungguhnya ia menebarkan keresahan kepada sahabatnya
dan menularkan penyakit itu kepada anda dan teman-teman yang lain.

Pertemuan itu tidak terbatas hanya pada manusia. Disana terdapat teman-teman yang lain, seperti buku,
program-program di dalam tv, siaran-siaran radio dan lain-lain. Didalamnya terkandung perkara-perkara yang berfaedah dan sebaliknya. Didalamnya ada yang membawa kegelisahan dan ada pula yang membawa ketenangan.


Maka apabila seseorang diberi taufik untuk memilih buku-buku yang mendatangkan sikap yang optimis dan ketenangan dalam hidup, khususnya semangat perjuangan, kejayaan dan keyakinan diri,
maka dia akan membuka banyak kebaikan baginya dan pintu-pintu pun akan meniupkan angin kejayaan dan  kebahagiaan.

Namun apabila seseorang salah dalam memilih bahan bacaannya sehingga dia membaca
buku-buku yang dapat menimbulkan keresahan, menanamkan keraguan terhadap norma-norma kebaikan, memunculkan rasa tidak percaya kepada orang lain dan menumbuhkan sikap tidak acuh terhadap kehidupan dan terhadap orang lain, maka sesungguhnya orang yang bersangkutan akan terpengaruh olehnya bagaikan kulit yang sihat dijangkiti oleh penyakit kurap.

Adakalanya pula sikap itu akan mencemari kehidupannya hingga membuatnya menjadi 
RESAH!

Sunday 15 January 2012

SOLUSI



sebenarnya ada benda yang aku nak kongsikan..cuma tahap kerajinan aku agak
menurun sehari dua ni, plus line internet aku pun mcm nak tak nak aje..
hati pun agak bahang ler..ekeke
bukan merungut tapi gitu la...aaishh..

banyak yang aku fikirkan sebenarnya sepanjang aku berhujung minggu kali ni
tentang kawan yang terlantar di icu (dengar kabar dah sedar, alhamdulillah)
tentang seseorang...ya seseorang..
semakin hampir dia aku rasakan..rasa yang semakin mendalam
ya..buat apa nak menipu diri sendiri :-p

takpe kita tinggalkan dulu bab tu ek..
meh kita tengok apa yang aku jumpa........sangat bagus untuk santapan rohani.
nak tau apa?

tadaaaaaaaaaa......


majalah yang sangat islamik..:-))

nampak tak perkataan STRES tu?

whoaa...macam kena aje kan dengan `orang tu' huhaaa...tak habis-habis ngadu kt aku
masalah tu la, masalah ni laa...aku pun ikut semak sama la (huhu....)
so aku nasihatkan, carilah majalah ni..baca..pasti dapat SOLUSI kepada semua kekusutan
yang bersarang kt kepala otak tu.

kt muka depan tu di highlight kan..

STRES BUKAN UNTUK DIHAPUS, TETAPI UNTUK 
DIURUS. DALAM BEBERAPA KEADAAN MANUSIA MEMERLUKAN 
STRES. SEDIKIT STRES DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN
KERJA YANG BERKUALITI DAN 
PRODUKTIF.

NAMUN JANGAN BERLEBIHAN, IA AKAN MENYEBABKAN
PELBAGAI MASALAH.


Manfaat stres;
  • Stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  •  
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  •  
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  •  
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  •  
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  •  
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  •  
  • Stres kerana di diagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.




kesimpulan disini, perkataan STRES itself bila kita sebut aje dah rasa stres kan?
sbb takde lagi orang yang sebut perkataan tu sambil tersenyum riang, kan....kan? ekspresi muka aje dah serabut...rugi lah muka handsome/ menawan tapi...jiwa stres..hahaha
SMILE....SMILE...smile itu mengubati hati yang rawan :-))

so elakkan sebut perkataan itu..sebab bila kita sebut aje, tubuh, emosi semua jadi stres.
so...jom ban perkataan STRES dalam diri kita...!

smile......dun forget that!



5 PERKARA ANDA PERLU TAHU...

bismillah...
salam, hujung minggu yang tiada aktiviti apa-apa..
hanya lepak-lepak, tidur..ber online...
tadi belek-belek wall, terjumpa la sesuatu yang menarik 
untuk dikongsi dan dijadikan simpanan

nak tau apa?
niii...


5 PERKARA TERPENTING ANDA PERLU TAHU

••► Solat Subuh » Wajah yang cantik
••► Solat Zohor » Duit yang banyak
 ••► Solat Asar » Kesihatan yang baik 
••► Solat Maghrib » Anak2 yg cerdik dan berjaya 
••► Solat Isyak » Tidur yang nyenyak tanpa gangguan 
 
Kata Nabi Muhammad S.A.W : 
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat 
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
so...solat la!