Monday 18 June 2012

PART 1


 Salam...

Terfikir di kepala ku ni, `pernah tak kamu disalahkan, tapi kamu tak tahu apa kesalahan kamu.' Dia larikan diri tanpa memberi kamu peluang untuk membela diri? Pernah.....??? So sadis kan?

Peristiwa tu berlaku bertahun-tahun sudah....waktu tu aku tak memperdulikan, tak kesah nak minta penjelasan, sebab dan alasan....kesian aku.Sejak akhir-akhir ni, aku menyoal diri sendiri...kenapa lah aku ni lurus bendul....ya kan aje apa pun yang dia cakap.Baru sekarang nak tahu...takde pekdah nyer...they have gone...gone with the wind...huhu...sedey ke aku? (tak pasti) terkilan aje...sebab...kelurusan aku ni. Aaishh...

Sebenarnya aku terjumpa sesuatu @ somewhere...puas hati, akhirnya Allah tunjukkan jugak apa yang aku nak tengok. Buat masa ni, aku intip dendiam dulu...slowly....and steady...allah murka orang yang gelojoh :-p
Banyak benda lagi yang aku nak tau...sabar...itu 1/2 daripada IMAN. ^_*

Sunday 17 June 2012

Coret coret...


Salam.
Lama betul tak menulis kan...lebih sebulan? Hampir-hampir la tu...Banyak betul perkara yang berlaku, tapi keras betul jari ni nak menaip...tak tau mana satu nak diceritakan. Sifat memerhati ni makin menjadi-jadi pulak...perhati dan diam. Hurmm....buat penilaian sendiri. *sighs*

Oh! ya..Selamat Menyambut Israk Mikraj buat semua...rindunya untuk bersama kawan di majlis majlis yang biasa dihadiri..pasti hebat sambutan di situ...*taking a deep breath*

Sejak akhir-akhir ni, banyak betul perkara lepas yang aku fikirkan....tak salah mengenang perkara yang lalu, untuk membetulkan kesilapan yang dah terjadi..ye la, untuk menjadi manusia yang lebih baik..ye tak? Muhasabah diri. Itu yang betulnya. Subhanallah...dimana diri ini selepas 5 tahun lagi, ditarikh ini, diwaktu ini; 3:25pm / 17/6/2017 hurm....bukan tugas kita untuk memmikirkan perkara yang belum berlaku..sebab masa depan itu urusan Allah s.w.t.Tugas kita cuma berusaha....baiki mana-mana yang `cedera', betulkan...walaupun tak sempurna tapi jadi lebih baik....(apa yang aku merepek ni? aaahh....) Cuaca yang sejak kebelakangan ni hangat bangat...otak pun jadi menggelegak...mendidih....allahu akbar...sejukkanlah bumi ini, Ya Allah...kan best kalau turun salji...huhu aaishhh....