Thursday 26 April 2012

AWAN GEMAWAN

Wahh..apsal pulak citer awan ni...^_^
Tadi keluar, konon nak cari kuih genggang (hahaha...ada yang paham ke?) bahasa kampung..kalau bahasa bandau, apa ek? cer...bagitau...

Berbalik citer awan ni...aku suka pandang awan tak kira lah waktu bila, tadi banyak la peluang sebab aku `dipandu' oleh adikku...dok sebelah jer kan...melingas ler mata ni...cer kita hayati keindahan ciptaan Allah s.w.t. ni...cekidouttttttttt

matahari berselindung disebalik awan........

masa ni cerah...macam gula kapas kan awan tu...eeee geram rasa 
nak pegang aje

cantik kan... bentuk-bentuk awan ni...

seolah-olah satu dunia lain kat atas tu...

tak dapat menahan dari merakamkan kecantikan gumpalan 
awan-awan ni...subhanallah...cantiknyaaaaaaaa
Surah An-Nur ayat 43: " Tidakkah engkau melihat bahawa sanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNYA. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan penglihatan."

Monday 23 April 2012

BUKU TERAWAL KU MILIKI


Buku ni aku masih ingat, buku pertama aku dapat dari Ust. Halimah di Sekolah Agama Rakyat (sekolah petang istilah budak2 sekarang ni...) usang dah buku ni, terjumpa semula di rak buku arwah abah, elok aje tersusun...maknanya aku dah kenal Rasulullah s.a.w. sejak usia aku mudaaaaaaaa sangat lagi..patut pun rasa macam pernah kenal aje..^_^


Aku dah lupa yang aku pernah ada buku ni, hinggalah aku gelidah rak buku kat kampung..eh! beli tahun 2008?? erkk...lamanyaaaaa...tapi aku tinggalkan di kampung..takpe...ada jodoh bertemu jua...hehehe
Himpunan hadis-hadis  Imam al-Tirmidzi (Kumpulan Hadis susuk jasad dan peribadi Agung NABI MUHAMMAD s.a.w.)

Dalam kuliah Habib Ali Zaenal Abidin, pernah diceritakan tentang sunat memakai celak.
(pakai waktu tidur ya sayang...bukan beriya-iya memakai celak sampai orang nampak matamu yang galak tu sejauh 3km...ok?)

"Hendaklah kalian (memakai celak) dengan menggunakan batu celak (al-itsmid) kerana hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." (riwayat Tirmidzi dan Ibn Adi)

Sembang-sembang dengan bonda, tanya lah dia kut dia ada beli masa pergi buat Haji dulu..dia pun gelidah lah almari dia..sambil mulut merungut.."mak beli dulu banyak, tanya korang adik beradik..sorang pun tak mau..habis dah mak bagi kat kengkawan mak. haaa..ni ada 1...ambik lah." Tak ke pelik bonda kan, macam-macam yang aku tanya ni....dulu masa sekolah memang lah pernah pakai celak ni..tapi pakai tanpa ilmu...tak tau untuk apa. Hehe...sekarang bijak sudah...alhamdulillah, dapat jua akhirnya.

p/s: moral of the story; ilmu tu luas...buat sesuatu tanpa ilmu = zero @ zombie , kan? ikut buta-buta aje..orang ruku'... hang ruku'..orang sujud, hang sujud...baca aje yang belajar kat sekolah dulu kan? makna pun tak tau...umpamanya laaaaa....

Wednesday 18 April 2012

SIAPA KATA USIA HANYALAH ANGKA???

Meh baca atikel ni, dipetik dari majalah KELUARGA..ditulis oleh Abd. Jalil Ali <<<kredit goes to him. Aku tergelak, tersenyum...terkekeh-kekeh ketawa...bahasa yang santai...bersahaja...i likeeeeee...so aku nak jadikan sebagai bahan bacaan kita ;-) sebagai panduan dan renungan...ready? let's go......

foto ehsan encik google

 Apa yang hendak dirisaukan sangat tentang usia? Demikian hujah sesetengah wanita. Dengan penuh yakin mereka menambah: usia hanyalah angka!
Saya bersetuju, juga tidak bersetuju. Saya bersetuju bahaawa kita tidak perlu risau mengenai peningkatan usia. Sebab kalau kita risau hingga tidak lalu makan minum pun usia tetap akan bertambah.


Betapa pun kita takut , atau tidak mahu menerima hakikat, usia kita pasti meningkat setiap tahun. Sama ada kita tinggal di apartment mewah, atau bersembunyi dalam hutan, usia tetap memburu kita!


Saya teringat teman wanita, seorang model. Dia risau sangat tentang peningkatan usia. Sebab itu setiap tahun dia mengadakan majlis hari jadi ~ sesetengahnya ditaja oleh syarikat tertentu ~ pada usia yang tidak berubah.


Dua tahun lalu dia menyambut hari jadi ke 32. Tahun sudah dia mengundang teman-teman lain ke majlis hari jadi di sebuah kelab. Sekali lagi ke 32!


Kepada saya dia mengakui takut usianya meningkat. Risau sangat sekiranya usia itu terus tinggi. Maka saya mencadangkan kepadanya, hari jadi tahun depan, buat perubahan angka. Jangan pakai 32 tetapi tukar jadi 31. Tahun berikutnya tukar jadi 30, tahun berikutnya lagi jadi 29. 


Dengan cara itu sepuluh tahun lagi usia model itu menjadi 21 atau `Manis 21'. Sama ada mengekalkan usia pada 32 atau turun umur setiap tahun, dia sebenarnya membohongi dirinya sendiri. Dia boleh kata usianya 29 atau 28, tetapi dalam kad pengenalan kenyataan tidak dapat diubah.


Saya setuju kita tidak perlu bimbang dengan peningkatan usia. Saya sendiri sentiasa menunggu kedatangan hari jadi setiap tahun. Kalau satu hari nanti saya mencecah usia 100 tahun, saya tidak takut malah berasa bangga dan bersyukur.


Tetapi saya tidak setuju sekiranya dikatakan `usia hanyalah angka', seperti yang selalu ditegaskan oleh pejuang-pejuang wanita. Bagi saya usia lebih dari sekadar angka-angka. Sebab setiap angka itu ada erti dan implikasi. Kita kena menerima hakikat ini.


Contoh, pada angka 1, emak menyusukan saya, menukarkan lampin saya. Pada angka 7 saya tidak boleh lagi hisap susu emak, sebab saya sudah bersunat. Pada angka 12, saya tidak boleh lagi berjalan tanpa memakai seluar dalam.


Pada angka 25, saya tidak boleh lagi duduk bawah ketiak emak. Saya sudah menjadi perantau di Kuala Lumpur, menjawat pekerjaan pertama sebagai kerani di sebuah bank. Saya mula menghantar duit ke kampung untuk belanja emak dan abah.

Tuesday 17 April 2012

BUAH CERMAI ~ KHASIATNYA

foto from encik google....heeeee....

Cermai atau nama saintifiknya phyllanthus acidus, dibiak dengan biji benih, keratan batang dan kaedah tut. Pokok boleh mencapai ketinggian hingga 50 kaki. Kebiasaannya tidak berdahan besar. Buahnya lebat berjambak, bertukar dari warna hijau ke warna kuning setelah masak. Buahnya akan gugur dengan sendiri bila telah ranum.

Amalan memakan buahnya boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Jus buah cermai boleh mengubati sakit tekak, batuk dan melangsingkan badan. Tetapi pengambilannya cara berdisiplin ya puan-puan...Daunnya ditumbuk lumat, dipupukkan dimuka yang berjerawat...mujarab tu. Boleh cuba dirumah...jangan risau tak ada bahan terlarang...100% bahan semulajadi ;-)

Air rebusan daun cermai pulak boleh menurunkan panas dalam badan, diminum dicampur dengan gula batu. Daunnya juga boleh mengubati demam campak. Tumbuk @ kisar daunnya dengan kunyit hidup, gaulkan dengan daun semambu, sapu atau kebaskan pada badan pesakit. Rasa miang akan berkurangan, demam campak pun pergi...Daunnya juga ditumbuk lumat campur sikit beras dan kapur sirih; sapu pada parut demam campak tu...pun hilang, insyaallah.

p/s: mana la nak cari buah cermai ni ek...teringin gak...heeeeee

diingatkan jeruk makanan takde khasiat..haha..

BILA ORANG CKP BELUM DAPAT SERU...

nyaman...

Mostly blog yang aku redah....citer food...food...food...seolah-olah hidup ini untuk makan...hurmm...hak masing-masing la kan? Aku bukan expert and experience blogger pun...saja mengisi masa terluang. Jangan kecik ati ye blogger2 lain (yang accidently terbuka blog ku ni...). Mohon maaf....

Tak dinafikan, tengok pic food macam best jer...tapi lama-lama jadi muak pulak...dalam ati ni bercakap *takde keje lain ke diorang ni...masak makan...masak...makan...* Secara peribadi, ni pendapat aku la..hidup ni pengertiannya sangat luas. Seluas laut yang terbentang didepan mata ku tu. 

Banyak lagi perkara yang nak kena didahulukan, buat bekal nanti..bukan seronok kt dunia ni aje. Kawan aku pernah cakap masa aku berkunjung kerumah dia baru-baru ni; `kalau orang kata cantek dunia ni, dunia disana lagi hebat yu...lebih dari yang kita tengok kt atas dunia ni..' nakkkk laa....sape tak nak?

Manusia berlumba-lumba mengumpul hebat nya harta dunia, semua nak yang terbaik...semua benda nak yang hebat...tapi perlekehkan bekal yang nak bawa ke sana...tak mau yang hebat ke? belum sampai seru...klise sungguh ayat ni. Kalau tak dapat seru tu sampai ajal...camne ek? Ayo yo....takutttttt 
Hidup kat dunia `sana' abadi...lama whoaaaa...sampai kiamatttt. Sehari disana = 1000 tahun disini. Cer congak....

Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Umar: "Apabila engkau bangun pagi, janganlah tunggu hingga ke petang, dan apabila engkau berada di waktu petang, janganlah tunggu waktu pagi. Sediakanlah bekal hidupmu dari sekarang untuk matimu kemudian hari dan ambillah kesempatan masa sihatmu sekarang untuk masa sakitmu nanti."

Dalam sepotong hadis lain, sabda baginda: "Dua nikmat yang sering diabaikan oleh orang ramai, iaitu ketika sihat dan ketika lapang." 

p/s: peringatan untuk diri sendiri ni....*sekarang tengah tak sihat...apa macam? huhu...* ya allah, semoga aku diberikan kesihatan semula untuk aku terus sujud kepadamu.........



Monday 16 April 2012

MELAKA BERSEJARAH ^_^



Patrick: Hello semua :-))

Tadi bawak Mr. P ni jalan-jalan ke pantai....ngeeeeee.....best sebab tak panas..huhaa..memang la malam tak panas *sekarang takut matahari; nanti cair*

Siang nanti cadang nak pegi lagi, kutip remis...lama tak buat aktiviti tu..sape nak itut? Kena keluar awal laaa selepas subuh. Okay?

Monday cuti ler, so happy holidayyyyy....oops! Melaka aje la :-p ......huhaaaa....dan dan nak keje kat melaka ek?





Saturday 14 April 2012

TERAPI MINDA, TERAPI JIWA

Akhirnya aku dipantai ni lagi...lama...lama betul tak datang...kat mana? Pantai Kemunting. Tau ke? Hehe..tak tau takpe! :-p best tempat ni. Korang suka yang moden, canggih....aku suka yang kampung kampung ni...chalet pun ada nama aku...tak percaya? meh tengok ni....

caya? haaa...kan dah bgtau tadi...jgn jeles! hihi

admin pantang jumpa laut ni....kan dah den kobar eh...

bosar ehh...kabarnya ni baby udang...erkk...gulps

jenjalan nampak plak rojak buah yg maveles ni! perghhh...


best dok renung laut ni...tenanggggggggggg jer

tengok tu kt hujung nun...tau apa? kupu-kupu putih kt tgh laut haha

So apa plan kamu hujung minggu ni? nak datang sini...boleh aje. Malam ni nak pegi lagi laa...ramai orang tau..macam-macam adaaaa....ada yang camp fire, ada yang BBQ.....yang mancing pun  adaaaa...eh! mmg best la sini...

Tuesday 10 April 2012

MAWLID PERDANA 8-4-12 @ MASJID BESI, PUTRAJAYA

Salam...

Keadaan kesihatan yang agak terjejas lately jadi lewat la mengupdate blog ni ye..mabuk laut beb! Erkk...Tengoklah gambar-gambar sempena majlis yang dah berlangsung ahad lepas...layannnnnn

View dari luar

jom masuk dalam pulak...

cakkk...! hahaha

ni group mengalunkan qasidah malam tu..

ye..ramaiii

sapu minyak wangi...yang wangi semerbak..hurmm..

tuu..nampak sudah...hehhe..

haaa...nampak pulak dia, kita snap pic tu..:-p

owhh..ni la yg dipandangnya...hihi

debar tunggu deitk umur beranjak lagi..tik..tik..

yesss...9 April hari lahir ku..smileeee

Syukur kepada Allah, telah tertulis detik umur ku meningkat di Putrajaya..bersama kawan-kawan...terima kasih Nurul, Fakrul...semoga hubungan ukhwah ni akan berpanjangan selama-lamanya...aamiin :D

Thursday 5 April 2012

BILA KITA POSITIF~MINDA



Kita akan berjumpa orang-orang yang juga positif minda, celik hati...aku terlupa pada sikit kesakitan kerana dikelilingi orang-orang yang hebat, aku jadi kuat kerana orang-orang yang ceria...ikhlas pada senyuman. so S.M.I.L.E. !!

Monday 2 April 2012

INTRO THE BOOK OF `THE STORY OF ADAM and THE CREATION'

by YUSUF ISLAM



The purpose of this book is to reawaken the inert sense of faith and certainty within us. By looking back at the beginning of Creation and the story of humanity, we discover the purpose of existence. All explained through the life of Adam and Eve. In this amazing narrative, passed down to us through the nobble Books of Divine Wisdom, we find the solution to all our problems. The daily battles of good and evil we have with ourselves and with others can be won only with Divine help and knowledge. Maybe the chance of peace on this earth will be possible if we understand how all this began. If God wills.

The story of Adam and the Creation is a concise account of the life of the first Man and Prophet, Adam written by Yusuf Islam formerly known as Cat Stevens. Based on the verses of the Qur'an and authentic sayings of the Last Prophet Muhammad, this book includes a spoken word CD read by Yusuf Islam and the song. There Is Peace.

p/s: visit his blog http://www.yusufislam.com/redroom/

Sunday 1 April 2012

MAWLID RASULULLAH (S.A.W.) MASJID PUTRA, 31-3-12

Salam semua, seperti yang saya war-warkan disini dan juga dilaman muka buku saya sebelum ni, saya ke majlis bersama sahabat; Nurul dan juga ahli keluarganya...layan la gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang majlis berlangsung...

door gift buat semua yang hadir

berjalan menuju ke masjid

di gate utama, ramainya mnusia

alhamdulillah...dah sampai hehe

ramai kan?

menunggu ketibaan para tetamu VIP; ulama-ulama yang dijemput

dah macam jemaah umrah ni ramainya...ni time menjamu selera ya ;-)



nurul & daniel makan tak toleh kiri kanan dah...lapar ler tu..haha

admin & nurul, finally ada jugak pic ku appear disini ;-)

nurul & fakrul

scenery sempat captured waktu majlis berhenti rehat
So, that's all for now..am looking forward for the next MAWLID RASUL PERDANA di Masjid Tunku Mizan Zainal, Putrajaya (Masjid Besi) on 8th of April ~Sunday, 5pm to 10pm. All muslimin & muslimat are invited, OK? Don't miss it...oh! ya those guests will be there as follows;

Prof. Dr. Faruq Hamadah (Penasihat Diraja Abu Dhabi), Habib Ali Zain Al 'Abidin ibn Abdul Rahman Al Jufri (Pengerusi Yayasan Tabah Abu Dhabi), Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki (Ulama' Makkah Al Mukarramah), Prof. Dr. Isa ibn Abdullah Mani' Al Himyari (Rektor Kulliyyah Imam Malik Dubai), Prof. Dr. Usamah Muhammad Al 'Abd (Rektor Universiti Al Azhar), Dr. Sayyid Abdul Mun'im ibn Abdul Aziz Al Ghumari (Pakar Hadith Institusi Al Ghumari), Dr. Abdal Hakim Murad @ Timothy J. Winter (Pensyarah Pengajian Islam Universiti Cambridge, United Kingdom & Dekan Cambridge Muslim College), Prof. Dr. Abdul Razak Al Sa'di (Prof Universiti Al Ulum Al Islamiyyah Al Alamiah, Jordan) & Dr. Abdul Qadir Al Rifa'i (Ahli Majlis & Pengarah Akademik Kulliyyah Imam Malik Dubai).