Thursday 29 March 2012

APA ADA PADA TARIKH 29.03.2012


Tidak memberi makna pada sesiapa, cuma aku.. Entri ni sangat memberi erti; tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku tidak bersendiri disini kerana Pencipta ku sentiasa dekat..Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peringatan yang sangat halus...penuh berhemah. Ku syukuri segala nikmat-nikmatMU selama ini. Akan ku jaga dan terus mensyukurinya...

Diwaktu manusia tidak memperdulikan diri ini, Engkau sentiasa ada...Diwaktu aku mengharapkan sokongan manusia yang cuma mementingkan dirinya, Engkau pasti ada...Benarlah kata-kata yang ku dengar; Jika engkau mencari redha Allah akan marahnya manusia, akan Allah cukupkan rezekinya...tapi jika manusia cari suka manusia akan marahnya Allah, Allah serahkan dia sepenuhnya kepada manusia.

Terima kasih pada yang prihatin...meluangkan waktu menemaniku menyusuri liku-liku jalan yang aku lalui...

Wednesday 28 March 2012

[RENUNGAN] Bagi MUSLIMAH yang ‘BELUM’ bertudung



Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.
Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan hukum-Mu”.
Pada satu hari, ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

JOM MAULID!

ni copy frm darulmurtadza.com

Salam semua..jom kita maulid..dunia..dunia jugak...akhirat mesti cari...majlis ilmu ni..ramai ulama dunia datang ..rugi tak pergi. Sekarang bersiaran diradio ikim.fm. Sedang diwar-warkan motif program ni...so interesting!

ni copy dari daruljailani.net

p/s: yang pasti ianya adalah 1 majlis yang sama, tempat yang sama, tetamu-tetamu yang sama..jom..jom....*rasa excited macam nak tunggu raya aidilfitri pulak..iskk*

Tuesday 27 March 2012

JINTAN HITAM

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatus Sauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.




Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus Sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
 3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.



Sunday 25 March 2012

NABI BERCAKAP DENGAN PUTERINYA

 Kecintaan Nabi Muhammad s.a.w. kepada salah seorang anaknya yang masih hidup adalah salah satu bukti luhur daripada perasaan manusia. Tidak pernah baginda s.a.w. melakukan perjalanan sebelum mengucapkan selamat berpisah kepada puterinya ketika kembali, puterinya pula yang pertama sekali baginda temui. Baginda s.a.w. memberikan penghormatan besar kepadanya, lebih daripada kepada isteri-isterinya.

Baginda s.a.w. biasa mengatakan kepada para sahabatnya, "Fatimah adalah bahagian dari diri saya. Kesenangannya adalah kesenangan saya dan kemarahannya adalah kemarahan saya." (Sahih Bukhari)

Bila baginda s.a.w. melihat Fatimah az-Zahra', baginda teringat kepada Khadijah, wanita paling bertaqwa dan mulia didunia, yang telah menanggung kesukaran luar biasa dan menafkahkan kekayaannya yang besar ke jalan suci suaminya.

Sepanjang masa sakit Nabi s.a.w., Fatimah tetap disisi baginda s.a.w. dan tidak pernah jauh daripadanya. Tiba-tiba Nabi s.a.w. memberi isyarat kepadanya untuk bercakap dengan baginda s.a.w. Puteri Nabi s.a.w. membongkok sedikit, mendekatkan kepalanya kepada baginda s.a.w. lalu bercakap-cakap dengan suara perlahan. Orang-orang yang hadir disekeliling Nabi s.a.w. tidak tahu apa yang mereka cakapkan itu.

Ketika Nabi s.a.w. berhenti berkata, Fatimah menangis dengan sedih. Namun setelah itu, Nabi s.a.w. mengisyaratkannya lagi, lalu dia pun kembali bercakap dengan suara perlahan. Kali ini Fatimah mengangkat kepala dengan rasa bahagia dan bibir tersenyum. Orang yang hadir terkejut melihat dua keadaan yang berlawanan pada saat yang bersamaan itu, dan mereka meminta agar Fatimah memberitahu percakapannya dengan Nabi itu, Fatimah berkata, "Saya tidak akan membuka rahsia Nabi Allah."

Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., Fatimah memberitahu kepada mereka tentang percakapannya dengan Nabi atas desakan Aisyah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. Dia mengatakan, "Pertama, ayah saya memberitahu kematiannya dan mengatakan bahawa baginda rasanya tidak akan sembuh daripada penyakitnya. Kerana itulah saya menangis. Namun pada kali kedua, baginda s.a.w. mengatakan bahawa sayalah orang pertama diantara ahli baitnya yang akan menyertai baginda s.a.w. disyurga. Ini membuat saya bahagia dan saya sedar akan segera bergabung dengan ayah saya yang tercinta."

p/s: bertuahnya wahai Fatimah az-Zahra...

Saturday 24 March 2012

MAJLIS ILMU DI MASJID MU'ADZ B JABAL 23/3/12

Assalamualaikum w.b.t.
Kali ni, dijamukan dengan gambar-gambar yang sempat captured during the majlis ilmu, di tempat sama, hari Jumaat seperti biasa dipimpin oleh Habib Ali Zaenal..berlangsung dengan jayanya.

Sempat berbual dengan tamu baru, hasil mendengar slot di ikim fm, selalu dengar Habib Ali Zaenal di radio..penyudahnya bertamu di masjid Mu'adz. Alhamdulillah. Mungkin ada tamu baru yang lain akan datang? Insyaallah..sesiapa yang belum lagi datang..minggu depan ada lagi..boleh dengar majlis ilmu ni ya ;-)

Jom layan gambar pulak...

tetamu cilik ni tiap minggu datang..tu dia melawan ngantuk..hehe

dan akhirnya, kecundang jua...heee...

dapat kawan baru.. =)

juadah malam ni lebih istimewa..makan bersama,  dalam talam ya!

buku-buku agama dijual di luar pintu masjid


disini barulah rasa berada dalam lingkungan muslimin & muslimat
isi kandungan kuliah boleh rujuk di www.darulmurtadza.com ok? na'ammm =) dilaman sesawang tu ada jadual majlis ditempat-tempat lain juga..esok di bangi! Shanaaaa...usahalah datang ke majlis tu tau? dah dekat sangat tu..

Friday 23 March 2012

ADAB-ADAB HARI JUMAAT


Hari ni, Jumaat..apa ada pada hari JUMAAT?
Hari Raya bagi kita muslimin, muslimat sekalian..tau ke? meh kita ambik tau..Hari ni dikhususkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. Hari ni ada satu saat..SATU SAAT yang mustajab doa.
Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang mukmin dengan doanya kecuali Allah akan memberi apa saja...APA SAJA YANG DIA MINTA. So, minta ok? Bersiap kita menghadapi hari Jumaat tu mulai dari petang Khamis lagi, sebenarnya.

Pada hari Khamis tu hendaklah kita membersihkan pakaian kita (lebih berganda bersih, hari lain pun memang bersih ngeeeee), membanyakkan tasbih & istighfar mulai dari petang khamis sebab waktu tu dah menyamai kelebihan hari Jumaat. Sunat berpuasa pada hari Jumaat TAPI puasa tu sama ada disertakan hari Khamis sebelumnya atau Sabtu esoknya. HAri Jumaat dilarang berpuasa ok? Nak berpuasa kena kembarkan.

Hari Jumaat pagi, mandi tu niatkan mandi sunat Jumaat sebab satu kepastian (hukumnya Sunat Muakkad) pada setiap orang yang baligh (orang yang wajib sembahyang Jumaat) dan bersungguh-sungguh menyucikan badan kamu dengan mencukur (bulu ari-ari, misalnya) dan merapikan (misai, misalannya), memotong kuku dan menggunakan sugi (bersiwak) & segala cara-cara bersuci yang lainnya.

Pakailah perhiasan dengan pakaian yang putih, sebab itu lebih disukai oleh Allah s.w.t. Pakai minyak wangi, sebaik-baik minyak wangi; minyak kasturi kegemaran baginda s.a.w. tau. Lepas tu bersegeralah ke masjid dan berjalanlah perlahan-lahan dan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ni baginda s.a.w. ada bersabda, ertinya:


"Siapa yang pergi (ke masjid pada hari Jumaat) pada jam yang pertama maka seakan-akan ia berkorban seekor unta. Dan siapa yang pergi pada jam yang kedua maka seakan-akan ia berkorban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam yang ketiga maka seakan-akan ia berkorban seekor kibasy. Dan siapa yang pergi pada jam yang keempat maka seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam yang kelima maka seakan-akan ia berkorban sebiji telor dan apabila Imam sudah keluar (naik ke atas mimbar) maka dilipatlah buku catitan dan diangkat segala qadam dan para malaikat (yang bertugas sebagai pencatit) pergi duduk ditepi mimbar untuk mendengar khutbah."

Ada riwayat yang mengatakan bahawa kadar hampir hamba ketika melihat Allah (pada hari kiamat nanti) adalah berdasarkan kepada kadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

p/s: bertuah pada negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat, kan?

TUKAR SKIN @ BAJU


Salam Jumaat buat penduduk alam semesta ni..macam la ramai kan? ngeeee.....sejak malam tadi, dengan line internet yang jap ado, jap ghaib...entah berapa kali ku mencuba tukar `skin' blog ni..macam-macam rupa..sekali try merah, eh! garang sangat la plak..pastu try dot dot black & white..ermm doesn't look cheerful..ada yang intai ke time tengah kat changing room? erkk...heeee....akhirnya kaler ni la kut, yang sangkut.

Kalau ikut pada color scheme dalam list plotting plotter kat sini, namanya CYAN tapi ikut istilah biasa ni TURQUOISE kan? Ada satu nama lagi...apa ek..aaisshhh...aduhh...time ni plak tak ingat..sape ingat? Jap..jap..tengah upload picture tu teringat dah...LEMBAYUNG, kan?

eh! cantek plak kan...hurmm


p/s: tengah mengupdate blog, Nurul call...erkk..lupa store no u ler..haha..ok..ok jumpa di tempat biasa ya :D

HIJAB

I found this just now...sama tak?










Kita kena kesah tau, benda-benda ni..jangan sebab nak berfesyen..ambil mudah aje.


Depa ni memang cuba masukkan ciri-ciri depa kat kita ni, tak kira lah cara mana pun..kita pulak ikut aje membabi buta..babi pun tak buta mcam kita tau! haha..celik hati, re-set minda...

Pastu ayat biasa pun keluar la, nak pertahankan diri kan?; `ala..yang penting niat kita tu' cewahh..! info dah bagi, akibatnya sendirian berhad tau...no merge, no associate, no JV. ngeeee.....

LIDAH

MENJAGA LIDAH

Lidah dicipta oleh Allah s.w.t. gunanya untuk berzikir, dapat membaca al-Qur'an, bimbing manusia ke jalan lurussss & dapat melahirkan perasaan dan kehendak; urusan dunia @ urusan akhirat.

Bila lidah digunakan untuk tujuan yang bertentangan dari tu, maknanya kita tidak bersyukur akan nikmat yang diberikan itu..kan? Lidah ni anggota yang paling berkesan pada diri kita dan pada orang lain juga. Ramai manusia nanti dihumban dalam kawah neraka jahanam sebab jenayah yang dibuat oleh LIDAH. Jadi..kawal lah lidah kita supaya tidak menyebabkan kita terhumban dalam neraka...

Hadis yang maksudnya:
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa percakapannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama 70 tahun."
(Riwayat At Tirmizi dpd Abu Hurairah R.A.)
>>>lamanyaaa...sehari diakhirat = 1000 tahun didunia kan? cer kira...*kerut dahi*

p/s: today you said one thing, day after u asked..when did i say that to you? this person very dangerous!!
ada sesiapa pernah jumpa manusia jenis ni? i did! sengal jer..haha

Thursday 22 March 2012

TAK SANGKA

Lama sudah nak ada header blog sendiri, akhirnya berjaya jugak..fuhhh...saya budak baru belajar..amacam..ok ka? background dah jadi cerah..malas dah nak put any kaler..biar je la ek..

Tapi kt footer tu kan, tak berjaya nak tukar ke kaler white..how eh? please help....anyone?

p/s: rasulullah `cakap' (sabda) warna putih itu amat baik untuk kita..hurmm

KAYA DI DUNIA, MUFLIS DI AKHIRAT



Janganlah kita jadi macam tu kan.. Penat beramal ibadah, rupa-rupanya muflis di alam sana. Harta dunia bertimbun-timbun, ujubnya...bercerita...aaahh...(sighs) Banyak mana pun rumah yang kita ada, kita cuma boleh tinggal salam satu rumah aje pada satu masa, sama lah kereta...walau pun kita ada kereta lebih banyak dari bilangan kereta di showroom jual kereta tu tapi kita cuma boleh pandu satu kereta aje dalam satu masa. Jadi apa bezanya kita dengan orang lain? Belum ada dalam sejarah orang pandu dua kereta dalam satu-satu masa. Betul?

Apabila kita sibuk membetulkan diri sendiri, kita tak kan punya masa untuk mencari kesalahan orang lain. Memang betul kata-kata Prof. Dr. Muhaya ni. Setuju sangat-sangat. Orang yang bahagia, pasti membahagiakan orang lain, orang sekeliling kita. Kita cari redha Allah, manusia akan senang dengan kita tapi jika kita cari marah manusia, Allah lebih..lebih murka pada kita.



Sekarang pilihlah, yang mana kita nak. Kita boleh pilih apa yang kita suka, tapi kita tak boleh pilih akibatnya. Muhasabah diri adalah jalan terbaik, berkhalwat (menyendiri), bersunyi, mengingatkan dosa-dosa yang kita buat dulu-dulu secara sengaja atau pun tak kita sedari, mengingati mati, menangis kerana dosa-dosa yang kita buat..alpanya kita dari mengingati DIA, tak mencintai DIA sepenuh hati, mengutamakan duniawi dari ibadah asas (kewajipan) atas alasan sibuk, tak sempat...dan etc.

Banyak faktor sebenarnya menyebabkan kita diuji..besar atau kecil tak harus dipertikaikan, solusi tu yang lebih penting. Jika hati kita tak tenang, jangan kusutkan hidup orang lain. Carilah punca kenapa kita kusut. Jawapan kepada kusut ialah ILMU. Carilah ilmu untuk menyelesaikan kekusutan. Mana nak cari ilmu? Tu kamu fikirkanlah sendiri...(hehe......)


p/s: cheers..

Wednesday 21 March 2012

TAHYUL MAHYUL THINGS

hobi suka renung awan di langit; rupa yang terbentuk..buatku leka

Sabtu petang yang lepas, my 2nd cousin sapa kat laman muka buku tu..intro dia, kau nak dengar cerita antu? (hantu). My replied : tv citer antu, movie citer antu..eeee malas la dengar, bosan! tak habis-habis citer antu ni...aaiishh. Then she said: eh! ni citer dalam keluarga kita! I was ...aaaaaa??????

Ok, enuff for the mukadimah. Kennot tell the whole story, ada plak yang tersentap nanti..meroyan..ke kes saman menyaman plak. Eh! zaman sekarang ni bukan kira, kau adik aku ke..kakak aku ke..bak sepatah dia menjaja citer ; adik beradik pun sekarang tak boleh percaya! wahhh...sedap mulut tu bercakap iye...mulut tu la nanti kat akhirat yang jadi bukti kau buat fitnah tau...haaaa...tak ingat mati ler tu. oops!

Jentayu sedang dengar slot di ikim.fm, Prof. Dr Muhaya tetamunya. Bak kata Prof.; kalau jadi apa-apa pada kita, jangan tuding jari pada orang lain sebabkan kita jadi begitu TAPI kenangkanlah apa yang kita mungkin dah buat, muhasabah diri. Kalau kita pernah sakitkan hati orang lain, satu hari nanti orang lain pulak sakitkan hati kita. KARMA. Wallahu'alam.

Isu yang panas dalam abad ini (huhu...) jadi bahan ketawa kami, jentayu tak pasti sama ada nak marah ke...memang tak masuk akal...dinasihatkan kepada si story teller tu, karang lah story board yang lebih relevan..zaman IT ni, majukan minda anda tu...
sepatah kata Prof., kita harus lebih banyak ingat MATI...memang iyea kan?

Penyakit hati yang dialaminya memang dah tahap kronik, sentiasa tak puas hati pada hidup orang lain..orang dok tenang-tenang pun dia jadi kusut! Tak ke...sakit tu? Buat macam-macam, tak dapat response..kami diamkan, perhati aje...tu yang dia jadi makin kusut! Subhanaallah...semoga Allah tunjukkan sesuatu pada KAMU..KAMU...KAMU DAN KAMU SEMUA...

p/s: tq for the saham akhirat yang kamu...kamu...kamu semua bagi tu, kami tak curiiiiiiii...kan...kan?


Tuesday 20 March 2012

RAHSIA AMAL BERSIWAK


Mulut dan gigi adalah kurniaan Allah yang diciptakan khusus bagi kemudahan hamba-Nya dalam sistem pencernaan. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani).


TerbuktiI sunnah Rasulullah s.a.w jika diamalkan pasti membawa manfaat dalam kehidupan seharian.
Antara amalan yang terbukti hasil kajian saintifik moden ialah kebaikan bersiwak. 
Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri.

Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.

Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung. 

Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siwak dapat membersihkan mulut dan membuat Tuhan senang.” (Hadis riwayat Bukhari dari Aisyah).

Begitulah hebatnya Rasulullah sehingga isu pemeliharaan dan penjagaan kesihatan diambil berat terhadap umatnya.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)”.

Malah, semasa menjalani ibadah puasa Rasulullah sering bersiwak. Ini adalah sunnah yang bukan saja mendapat pahala, malah mendatangkan manfaat besar untuk kesihatan.

Imam Ahmad melaporkan berkenaan kerapnya Rasulullah bersiwak walaupun dalam keadaan berpuasa. Daripada Ibnu Amir bin Rabi’ah, “Saya melihat Rasulullah berkali-kali bersiwak dalam keadaan berpuasa tidak dapat saya hitung dan kesan.”

Ketika berpuasa, mikrobakteria cepat membiak di dalam mulut seseorang.
Sebenarnya dalam mulut manusia terdapat cecair ludah melekat di bahagian lelangit dan gigi.

Keadaan itu akan menghasilkan satu lapisan yang sangat halus sehingga mikrobakteria melekat dengan cepat sekali. Oleh itu, lelangit dan gigi sangat perlu kepada penjagaan sempurna setiap hari.


p/s: mana nak dapat kayu siwak ni..selain mydin..tokoh2 buku agama, ada tak?

Saturday 17 March 2012

KERANA SATU HADITH


 Kisah ni tentang seseorang yang datang mencari Hazrat Abu Darda (H.A.D.) sebabnya cuma terdengar satu hadith rasululullah s.a.w. Gigih dia mencari H.A.D...gini ceritanya...

Hazrat Kathir b. Qais berkata bahawa pada suatu ketika saya duduk bersama H.A.D. didalam masjid Damsyik. Seseorang telah datang dan berkata, " Saya datang dari Madinah semata-mata kerana satu hadith. Saya dengar bahawa tuan telah mendengar sendiri hadith itu daripada Nabi s.a.w.

H.A.D. bertanya, "Tidakkah kamu ada apa-apa urusan perniagaan yang lain?" Jawabnya, "Tidak, saya datang hanya kerana untuk mempelajari hadith itu sahaja."

H.A.D. menjawab, "Saya telah mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah s.w.t. akan memudahkan untuknya jalan ke syurga dan para malaikat akan menghamparkan sayap-sayapnya kepada pelajar agama kerana suka dengan perbuatan mereka. Penduduk langit dan bumi akan beristighfar. Kelebihan seseorang alim keatas seseorang 'Abid ialah seumpama kelebihan bulan keatas semua bintang. Ulama ialah pewaris para nabi. Nabi-nabi a.s. tidak mewariskan dinar dan dirham tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang telah mendapatkan ilmu, sebenarnya dia telah mendapat sesuatu nikmat yang besar." (Ibnu Majah)

p/s: jentayu berkenalan seorang jemaah perempuan, muda lagi...sembang2...dia bagitau, dia follow kemana aje habib diundang..ke setapak indah...ke kepong...ke bangi...yang mengkagumkan menurut cerita dia semalam, di bangi jemaah yang hadir...ramainya manusia, subhanallah...macam kat tanah suci orang buat umrah...dia solat sujud atas kaki jemaah...boleh bayangkan tak? ku kelaskan dia memang gigih cari ilmu! kita sama-sama pegi ke putrajaya 31hb nanti tau..nurul =)

Thursday 15 March 2012

DOA DARI SURAH AL-BAQARAH



"Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Al-Baqarah : 286

Doa ini adalah doa terakhir dari surah Al-Baqarah, dan dibaca oleh orang mukmin yang siddiqin. Mereka adalah yang benar-benar beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab dan para rasulNYA.

Didalam tafsirnya Ibnu Kathir membawa beberapa potongan hadis mengenai keistimewaannya ayat terakhir surah Al-Baqarah ini, yang termasuk doa diatas.

Antaranya." Aku telah dikurniakan ayat terakhir surah al-Baqarah dari bawah Arasy Allah Ta'ala yang tidak pernah diberikannya kepada seorang nabi pun sebelumku."

"Allah telah menulis suatu kitab sebelum menjadikan langit dan bumi 2000 tahun. Diturunkan dua ayat daripadanya, iaitu dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah. Sesiapa yang membacanya didalam rumah, nescaya syaitan tidak akan masuk selama tiga malam."
(cop...cop...kalau baca tiap hari...?!! lama gak syaitan tak jumpa jalan ke rumah kita ek? best...best...)

p/s: salin doa ni, baca tiap kali lepas solat...ingat..orang tak berdoa tu bongkak, sombong!...selamat beramal =)

TIDUR SATU RAHMAT ALLAH

 Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Daripada rahmatNYA (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang, untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah Al-Qasas :73)

Rasulullah s.a.w. memberikan contoh yang baik untuk tidur dengan doa-doa yang lengkap. Tidur itu sendiri sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya:

1. Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. membenci untuk tidur sebelum Isyak."

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat."

3. Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. kepada al-Barra' : "Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan."

4. Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya cara tidur meniarap adalaha tidur ahli neraka." (erkk....nasib baik tak gemar)


5. Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun dari tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

POSISI TIDUR YANG BETUL
Dari segi posisi tidur, cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung., bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas. Tidur secara menelangkup pula tidak praktis untuk pernafasan. Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah terganggu dan mengurangi aliran darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan atau mengadap kanan.

Perlu kita ketahui dan ingat, sehubungan dengan fenomena tidur ini, iaitu terdapat sesuatu keinginan dan niat di dalam fikiran sebelum tidur, maka hal-hal tersebut akan meresap di dalam alam bawah sedar kita sepanjang malam tanpa disedari, dam akan mempengaruhi fikiran serta tindakan kita. Sebagai contoh, jika seorang anak kecil tertidur dalam keadaan menangis, maka pada umumnya ketika anak itu bangun, dia akan menangis lagi. Jadi, emosi sebelum tidur akan mempengaruhi apa yang kita akan alami di dalam mimpi.

Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat Al-Qur'an, iaitu ayat Kursi, surah tiga Qhul sebelum tidur. Mungkin ada yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa ayat-ayat itu sebagai jampi atau mentera, tetapi sebenarnya dibaca untuk kita mengingati Maha Pencipta. Ayat-ayat tersebut lebih kepada bicara mengenai keagungan dan keindahan sifat Tuhan. Merenungi sifat-sifat ini akan membantu kita dalam proses pembersihan rohani serta mendapat perlindungan Allah s.w.t. terhadap segala godaan syaitan dan hal-hal yang merugikan.

p/s: semlm try posisi kiri, napped during lunch time kt ofis...mmg betullllll...mimpi menakutkan. errkkk...

7 PERKARA AJAIB TAPI TAK SAMA

 MUKJIZAT
 Keistimewaan yang diberikan kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kepada orang kafir tentang kebenaran seruan yang dibawanya datang dari Allah s.w.t. Ia tidak dapat ditandingi oleh manusia. Misalnya tongkat Nabi Musa a.s. menjadi ular yang membaham ualr-ular ahli sihir Firaun. Mukjizat paling besar ialah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

KARAMAH
 Kemurahan atau kemuliaan yang diberikan kepada mereka yang memiliki darjat ketakwaan yang tinggi dan teguh pegangannya kepada Tuhan. Apa yang berlaku kepada mereka adalah diluar kebiasaan, tanpa diduga, tanpa usaha dan tanpa logik. Lazimnya mereka yang diberi karamah hidup hanya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Karamah terbahagi kepada 2:

KARAMAH ZAHIRIAH
Boleh dilihat dengan mata kasar. Misalnya beribadat dalam tempoh lama tanpa makan dan minum. Kisah Allah memberikan buah-buahan yang turun dari langit kepada Maryam, ibu Nabi Isa a.s. sedangkan buah tersebut bukan musimnya juga sebahagian daripada karamah. Surah Al-Imran ayat 37 juga ada menerangkan bahawa ketika Nabi Zakaria a.s. menemui puterinya, Maryam di mihrabnya, dia melihat makanan berada disisinya. Apabila ditanya bagaimana Maryam memperolehnya? Maryam menjawab, ia datang dari Allah.

KARAMAH MAKNAWIAH
Tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasai dengan mata hati. Contohnya memerangi hawa nafsu tanpa perlu bermujahadah, musuh berasa gerun apabila melihatnya dan pelbagai lagi.

MAUNAH
Menurut perspektif Islam, maunah bermaksud pertolongan atau bantuan daripada Allah s.w.t. Ia berupa keajaiban yang diperolehi oleh seseorang mukmin tanpa diusahakan atau dipelajari melalui latihan tertentu. Contohnya; berada dalam keadaan selamat tanpa mengalami kecederaan walaupun terjatuh dari bangunan tinggi.

IRHAS
Sesuatu yang luar biasa yang diberikan kepada seseorang yang bakal dilantik untuk menjadi Rasul. Contohnya, Nabi Isa a.s. boleh bercakap ketika usianya masih bayi, dan Nabi Muhammad s.a.w. dipayungi awan ketika baginda berada di kawasan padang pasir yang panas terik dalam perjalanan dari Mekah menuju ke Syam.

ISTIDRAJ
Tipu daya yang dilakukan oleh mereka yang mendustai Allah s.w.t. atau orang-orang kafir. Ia akan menambahkan kebodohan dan kejahilan sehingga Allah s.w.t. menimpakan bala keatasnya.
Contohnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seseorang hambaNYA apa yang dihajati, sedangkan hambaNYA itu tetap dalam kemaksiatan."

IHANAH
Keajaiban yang berlaku pada seseorang yang mendakwa dirinya Nabi. Kejadian seperti ini pernah berlaku setelah kewafaran Rasulullah s.a.w. Sewaktu pemerintahan Saiyidina Abu Bakar, apabila Musailamatul Kazzab dari kaum Bani Hanifah di daerah Yamamah yang mengakui dirinya Nabi.
Dia yang sebelum ini mempelajari ilmu sihir cuba mengubati orang yang buta sebelah mata. Malangnya orang itu buta kedua-dua belah mata setelah diubati olehnya.


SIHIR
Keajaiban yang berlaku pada mereka yang melakukan maksiat dan menyekutukan Allah. Dari segi istilah ia adalah perbuatan yang menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal yang disihir secara tersembunyi. Di alam Melayu, ia merujuk kepada ilmu hitam.

Sihir boleh diperolehi melalui pembelajaran menggunakan kuasa jin atau syaitan dan berlaku sejak zaman Firaun hingga kini. Dalam Al-Qur'an juga ada menjelaskan tentang sihir ini. Contohnya dalam surah al-Baqarah, ayat 102, yang menceritakan tentang malaikat Harut dan Marut yang diturunkan untuk menentang ahli sihir.

Tujuan kedatangan malaikat tersebut untuk menunjukkan bahawa sihir adalah perbuatan yang boleh membawa manusia ke arah kekufuran.

Ibnu Khaldun dalam bukunya Muqqadimah antara lain menyebut, "Ilmu sihir dan tilik adalah ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mendapatkan sesuatu sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Kedua-duanya tidak diterima oleh Allah kerana ia membahayakan manusia. Ada di antara syarat-syaratnya yang menyekutukan Allah s.w.t."


Wednesday 14 March 2012

CERITA ORANG BERAKAL



  • Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dengan dirinya. Andai mahu melakukan kejahatan ia akan merugikan dan membahayakan diri sendiri. Andai mahu berbuat baik, nescaya kebaikan itu akan menguntungkan dan membahagiakannya.

  • Orang yang berakal tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima dengan tenang dan tabah. Jika rugi dia tidaklah cemas, jika untung dia tidak berbangga. Kerana cemas meringankan hikmah dan bangga menghilangkan timbangan.

  • Orang yang berakal sentiasa berdampingan dengan orang yang berakal kerana berbuat demikian akan melemahkan dirinya. Keengganan untuk bersama akan dapat membandingkan kelemahan dan kelebihan diri. Perasaan benci dapat menutupi mata dari segala kebaikan. Yang kelihatan hanya cacat san buruk sahaja. Sebab itulah perasaan jangan mengalahkan akal.

  • Orang yang berakal merindui tiga perkara : menyediakan untuk pulang, menjadi kelazatan buat jiwa dan menyelidiki erti hidup.

  • Orang yang berakal insaf bahawa diantara akal dan nafsu, atau diantara fikiran dan hawa tidak ada persefahaman. Kehendak nafsu biasanya manis dipangkal dan hambar dihujung, manakala kehendak akal pahit tetapi manis akhirnya.

  • Orang yang berakal tidak akan berduka kerana kedukaan tiada faedahnya. Duka sering kali mengaburi akal. Orang yang berakal tidak akan bersedih kereana kesedihan tidak dapat memperbaiki keterlanjuran. Dan banyak bersedih akan mengurangkan akal.

  • Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Andainya dia tetap ditimpa hujan atau menghidap penyakit, sedangkan persediaan awal telah dibuat, dia tetap tidak akan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya sabar dan redha serta berusaha untuk mengatasi masalah itu. (Prof. Dr. Hamka)