Wednesday 21 November 2012

BANTU PALESTIN

Salam semua saudara ku..
Kita dikejutkan dengan serangan zionis ke atas 
bumi Palestin sejak beberapa hari lalu,
rata-rata laman sosial mengupdate
status..mengeluarkan rasa 
sedih...kecewa..berapi-api
kepada yahudi laknattullah
TAPI
apa tindakan kita?
setakat update status di laman muka buku?
di twitter? untuk memohon kawan-kawan kita
LIKE status kita?
ATAU 
bertindak melalui DOA sahaja?
MARILAH
KITA salurkan sedikit BANTUAN
kepada saudara-saudara kita
yang sedang mempertahankan
diri dan tanah bumi Palestin
dari serangan zionis
dengan mendermakan 
sedikit dari wang yang 
kita ada..mudah-mudahan
menjadi benteng buat mereka,
in syaa Allah..
Aamiin.


link yang menganjurkan tabung Palestin sila klik

Sunday 18 November 2012

ISTANBUL~ AKU DATANG!

Yayyy...salaam..finally saya berada 
dalam panggung...menonton filem Istanbul ~ Aku datang!
Ditemankan adik dan2 anak buah..
Ni la antara shot yang
sempat saya ambil..tak banyak..
sebab teruja dengan cerita ni..
let's seeeeeeee..

Whoaa! tak sabar jumpa Azad


Azad : U dah cari rumah sewa? Dian: ??


Plan A gagal...cuba plan B pulak..hurmm


Dian : kenapa pulak tak boleh peluk? Kat M'sia OK jer.


Dian : Erkk...syuhhh....go go...
P/S: lagu shila amzah `PATAH SERIBU' menghiasi scene
Dian dikecewakan oleh.......?

KEPADA KAKI WAYANG
DINASIHATKAN...GO!
SEBELUM TAMAT TEMPOH WAJIB
TAYANG, YA? 
I LIKE THIS MOVIE..BETO ON THE SCREEN ;)

Thursday 15 November 2012

SOLAT SUNAT ISYRAQ

Salam Ma'al Hijrah

Solat sunat Isyraq ialah solat dua rakaat yang dikerjakan pada pagi hari sebaik sahaja terbit matahari di mana tingginya kira-kira 3 meter (10 kaki) waktunya kira-kira 15 minit selepas waktu syuruk. Solat sunat ini memberi ganjaran pahala yang besar bagi seseiapa yang menunaikannya. Sabda Rasulullah saw (maksudnya) :

"Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga naik matahari dan mengerjakan soalt dua rakaat, adalah baginya pahala seperti pahala haji dan umrah yang sempurna".

Lafaz dan niatnya :

"Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Taala".

a) Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah disunatkan membaca surah
al-Kafiruun hingga akhir.

b) Pada rakaat kedua pula, disunatkan membaca surah al-Ikhlas hingga akhir selepas
membaca surah al-Fatihah.

Selepas memberi salam, baca doa berikut :

"Segala puji bagi Allah yang menjadikan hari dengan sejahtera dan menjalankannya dengan matahari daripada laluannya. Ya Allah, kurniakan aku rezeki yang baik pada hari ini dan jauhkan daripada aku keburukan. Ya Allah, kurniakan cahaya pada hati aku dengan nur hidayah, sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang".
 
  
SELAMAT BERAMAL
MULAKAN SESUATU YANG BAIK
DIPERMULAAN TAHUN,
HARI PERTAMA..
BULAN MUHARRAM 1434H

Wednesday 14 November 2012

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

Salam...
Marilah kita berdoa sempena meninggalkan tahun hijrah ini
doa akhir tahun hijrah ini dibaca
beberapa minit sebelum masuk waktu Mahgrib
(akhir waktu asar)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang; segala pujian bagi Allah
seru sekalian alam; selawat dan salaam ke atas
junjungan Rasulullah s.a.w. dan
kepada keluarga serta sahabat baginda
sekalian.

Ya Allah, apa yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini dari apa
yang Engkau larang kami daripadanya, 
dan tidak sempat kami bertaubat darinya 
dan Engkau tidak meredhainya
dan tidak Engkau melupainya dan Engkau
berlemah lembut kepada kami
walaupun Engkau berkuasa
menyiksa kami; malah Engkau
memberi peluang supaya
kami bertaubat setelah kami
melakukan maksiat kepada Engkau;
maka sesungguhnya kami memohon
keampunan Engkau;
ampunilah kami dan apa yang kami
lakukan padanya dari apa yang
Engkau redhainya dan Engkau 
telah menjanjikan kami
ganjaran pahala ke atasnya; 
maka kami memohon akan DIKAU wahai
Tuhan Yang Maha Mulia yang
mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga
Engkau menerima kami
dan janganlah Engkau memutuskan
harapan kami dari Kurnia Engkau wahai
Tuhan Yang Mulia.

Dan cucurilah rahmat kepada
penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w.
 dan kepada keluarganya dan para
sahabatnya; dan salaam dengan kemurahan; 
Maha Suci Engkau Tuhan ynag Tinggi dan Mulia
daripada sesuatu yang disifatkan;
dan kesejahteraan kepada
sekalian Rasul; dan segala pujian bagi Allah
Tuhan sekalian alam.

Doa Awal Tahun  ni
dibaca selepas menunaikan solat
maghrib awal tahun Hijrah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang; segala
pujian bagi Allah Penguasa sekalian
alam. Selawat dan salaam ke atas junjungan Nabi
dan Rasul iaitu Penghulu kami Nabi
Muhammad s.a.w. kepada
keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim
lagi azali dan diatas kelebihan
Engkau yang besar; dan kemurahan Engkau
yang melimpah; dan ini adalah
tahun baru yang sesungguhnya
telah mendatangi kami, kami memohon
kepada Engkau pemeliharaan padanya
daripada syaitan yang dierejam,
pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan kami
memohon  pertolongan dari nafsu yang 
banyak mendorong kepada
kejahatan dan kami memohon
kepada Engkau untuk melakukan
sebarang pekerjaan yang boleh
mendekatkan diri kami
kepada Engkau.

Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan,
ubahlah keadaan kami kepada
sebaik-baik keadaan dengan 
kekuasaan dan kurniaan Engkau,
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
dan Penyayang.

Wahai Tuhan kami, Kurniailah kepada
kami kebahagiaan disunia dan kebahagiaan di
akhirat dan peliharalah kami
dari azab api neraka.
Dan cucurilah rahmat dan salaam
kepada penghulu kami Nabi Muhammad
s.a.w. dan kepada keluarganya dan
para sahabat baginda sekalian.
Segala pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.


istimewanya Islam..kita berdoa
kepada Allah tanpa melalui
perantaraan; kan doa tu senjata kaum
mukmin ;)

Salam Ma'al Hijrah

Salam
Bagai baru semalam saya baca doa
akhir tahun dan awal tahun hijrah
*saya tetap sebut hijrah walaupun
media sebut hijri; saya tak
faham kenapa sebutan 
berubah dari awal persekolahan 
saya dulu..ada sesiapa boleh jelaskan?*

Awal Muharram datang lagi
menjengah..subhanallah
cepat sungguh masa berlalu, kan?
Marilah kita muhasabah diri
sendiri..apa pencapaian
peribadi yang dah kita gapai..
Tak banyak yang saya dapat
buat..mentelah saya masih dalam
tempoh cuti yang panjang
dan tempoh memulihkan 
kesihatan, semoga 
Allah kembalikan semula,
insya Allah..

Penting untuk kita bersangka baik
kepada Allah..sebab Allah
itu Maha Penyayang.
DIA tak kan duga hambaNYA
melebihi dari kemampuan
hamba itu..PERCAYALAH!



SALAM MA'AL HIJRAH (1434H)
buat SEMUA muslimin dan muslimat
sekalian. SEMOGA KITA
MENJADI UMAT NABI
MUHAMMAD s.a.w. YANG
LEBIH BAIK, aamiin!


Wednesday 7 November 2012

Kesan..Kau yang Terindah

Salam...
Hari ni dan beberapa hari yang lepas
saya asyik terdengar kawan sebelah ni `play'
lagu Alyah ~ Kau yang Terindah

foto ehsan encik Google

Pastu sorang menyampuk..
'bila dengar lagu ni, terbayang
Neelofa baring kat pantai..'
Saya pulak sambung..
'...pastu terbayang syamil menari dengan
alisya...pusing-pusing..'

Haha..hebat kesan drama ni pada saya
sebenarnya. Sweet..sopan...cara
Eirma Fatima adunkan
pembawakan watak pelakunnya.
Didalam kepala saya ni
timbul pertanyaan
~ ada ke lagi lelaki yang macam syamil tu?


Maksud saya karakter / sifat penyabar,
bertimbang rasa, penuh rasa kasih sayang  and etc.
Saya jatuh cinta dengan Syamiel di
dalam drama ini, 
ulang ya...watak syamiel tu.

Akhir cerita yang sangat indah,
tidak keterlaluan...tapi sangat
bermakna...perghhhh saya rindukan
kedua watak utama drama ni.

FARID & DIANA

Salam...
Saya tak pernah tulis tentang artis, sebab bukan bidang
saya plus saya tak minat nak tulis tentang artis..
hehe...saya bukan wartawan!

But since 3/11, saya terpandang banyak
berita tentang artis yang baru aje 
memeterai ikatan sebagai 
suami & isteri ini saya saya
heppi for both of them...rasa seronok...
dalam hati mendoakan semoga
ikatan tu berkekalan bahagia
hingga ke akhir hayat.

Dalam komen-komen yang ditulis peminat/
pengikut Farid, ada juga yang 
mendoakan /mengharapkan yang
sebaliknya, hati saya jadi panas!
Tak tau kenapa...

Biarpun kedua-dua artis ini tidak saya
kenali secara peribadi, melainkan
melalui media cetak dan filem, drama 
lakunan di tv..tapi apa salahnya
kita mendoakan yang baik-baik
buat keduanya, kan?

Saya pinjam dua gambar ni dari fb Farid Kamil.
Harap dia tak saman saya m(*_*)m

they're so sweet, aren't they?


Ouch! loving couple...

SELAMAT PENGANTIN BARU
TO FARID <3 DIANA
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA
FIRDAUSI..AAMIIN!