Monday 27 February 2012

LAW KANA BAINANA ~ maknanya

foto hiasan google

 Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita
 : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat
 : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib
 : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih
 : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang
 : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya
 : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam
 : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab
 : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih
 : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing
 : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang
 : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam
 : يا رحمة للعالمين

Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, 
please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Sunday 26 February 2012

SELINGAN~ASSAM LAKSA..hurmm... :-p

Sedapnya...assam laksa ni...kecur ler...tengok gambar pun rasa nak g makan lagi ni..gulps
slurppp...

kes lapar macam seminggu tak jumpa food dah aku ni....hehehe

alhamdulillah....

PEMBEDAHAN DADA NABI MUHAMMAD s.a.w. OLEH JIBRAIL a.s.

Telah menjadi masyhur suatu kisah yang menceritakan bahawa Jibrail a.s. telah membelah dada Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuci hatinya. Mungkin cerita sebegini pada awalnya suatu perkara yang ganjil. Namun kini dengan segala perkembangan kedoktoran yang sudah maju dengan pesatnya maka anggapan manusia bahawa perkara itu adalah suatu hal yang logik.

Jika manusia sahaja dengan segala kekuatan ilmunya mampu untuk memindahkan organ tubuh dan pembedahan jantung, kandungan dan lain-lain maka apatah lagi kekuasaan Allah s.w.t., tentulah hal itu akan sangat mudah bagi Allah s.w.t.

Adalah Halimah, seorang yang menjaga Nabi Muhammad s.a.w. di zaman kanak-kanak menceritakan bahawa suatu hari ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengan kanak-kanak lain mengembala kambing, tiba-tiba datang tiga orang lelaki dengan membawa pisau yang berkilat dibuat daripada emas dan juga air. Mereka membawa Muhammad s.a.w. pergi dan kanak-kanak yang lain lari kerana ketakutan.

foto hiasan jer..google ;-p
Kemudian kanak-kanak tersebut kembali kepada mereka dan bertanya, "Apakah yang engkau mahukan daripada kanak-kanak ini? Sesungguhnya dia bukan milik kami, dia adalah anak kepada Abdul Mutalib seorang tuan dan penghulu Makkah." Tidak seorang pun daripada mereka yang memberikan apa-apa jawapan. Kemudian semua kanak-kanak itu lari ketakutan. Tetapi salah seorang diantara mereka mengintai tiga orang lelaki tersebut. Dia melihat salah seorang daripada ketiganya itu membedah dada Muhammad s.a.w. dan mengeluarkan isinya serta mencucinya dengan air. Kemudian dikembalikan pada tempatnya lagi. Lalu orang yang kedua memasukkan tangannya kedalam dada Muhammad s.a.w. dan mengambil hati baginda s.a.w. dan membersihkannya dengan membuang noda-noda hitam yang ada didalamnya. 

Kemudian hati itu dikilatkan dengan cincin yang bercahaya bagaikan bintang dilangit dan kemudian meletakkan pada tempatnya semula. Kemudian orang yang ketiga pula membasuh tangannya dan meletakkan pada dada Muhammad s.a.w. yang terluka akibat pembedahan tersebut dan pulihlah seperti semula. Setelah sempurna maka mereka berkata kepada Muhammad s.a.w., "Janganlah engkau takut!" Setelah itu mereka meninggalkan Muhammad s.a.w. begitu sahaja dan hilanglah mereka daripada pandangan mata.*242

______________________________________________
242. Lihat Dr. Ahmad al-Taji, Sirah al-Nabi al-`Arabi Muhammad Rasulullah, juzuk 1, hlm 73. Lihat Ibnu Kathir, Sirah al-Nabawiyah, juzuk 1, hlm 228-229.

KHADIJAH WANITA PERTAMA MEMELUK ISLAM

Menjelang perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. keadaan kewangan dan ekonomi baginda s.a.w. sememangnya belum stabil. Baginda s.a.w. masih memerlukan bantuan kewangan daripada bapa saudaranya, Abu Talib. Urusan perniagaannya belum mantap untuk memilih pasangan dan mendirikan rumahtangga.

Perjalanan terakhirnya ke Syria, sebagai wakil dagang wanita kaya yang terkenal iaitu Khadijah, akhirnya baginda berjaya memulihkan kewangan dan ekonominya. Keberanian dan kecekapannya menimbulkan penghormatan Khadijah. Khadijah menyatakan kesediaannya untuk membayar upah lebih tinggi daripada apa yang dijanjikan semula. Namun, Nabi s.a.w. hanya mahu menerima upah yang sudah disepakati sebelumnya. Baginda s.a.w. pulang kerumah Abu Talib dan menyerahkan semua upah yang diperolehi untuk membantu bapa saudaranya itu.

Abu Talib menunggu anak saudaranya itu dengan rasa gelisah. Matanya digenangi air mata melihat usaha gigih Nabi s.a.w.. Bagaimanapun beliau sangat gembira apabila mengetahui kegiatan usaha Muhammad s.a.w. dan keuntungan yang diperolehinya. Abu Talib memberitahu keinginannya untuk menyerahkan dua ekor unta kepada baginda s.a.w. supaya dia dapat meneruskan usahanya. Mengenai wang yang telah nabi s.a.w. perolehi dan telah diserahkan kepadanya, Abu Talib memutuskan untuk memanfaatkannya dalam memilih isteri untuk Muhammad s.a.w. akan datang.

Persoalannya bagaimana pilihannya boleh jatuh pada Khadijah, padahal sebelumnya wanita itu telah menolak lamaran orang-orang Quraisy paling kaya dan berpengaruh, seperti 'Uqbah bin Abi Mu'ith, Abu Jahal dan Abu Sufyan?

Apakah yang menyatukan dua orang insan yang hidupnya sangat berbeza dan pada akhirnya membuahkan hubungan mesra, cinta dan kebahagiaan sehingga Khadijah menyerahkan seluruh hartanya kepada Muhammad s.a.w. untuk digunakan pada jalan tauhid dan menjunjung kebenaran? Bagaimana mungkin, rumah yang penuh perabut yang bertahtakan gading dan mutiara serta berhiaskan sutera indah dan tirai emas buatan Iran akhirnya menjadi tempat berlindung kaum muslimin?

Sejarah membenarkan bahawa perkahwinan ini adalah hasil keinginan Khadijah dari satu pihak dan di pihak lain disebabkan kesolehan, kejujuran, kebaikan serta kisah kejayaan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh kerana kesucian dan kebijaksanaan Khadijah, dia ingin berkahwin dengan lelaki soleh dan baik. Berdasarkan inilah Nabi Muhammad s.a.w. berkata tentangnya. "Khadijah adalah salah seorang wanita yang paling mulia didalam syurga."

Dia wanita pertama yang beriman kepada Muhammad s.a.w. Ali bin Abi Talib mengatakan. "Tidak ada keluarga muslim lain kecuali keluarga yang terdiri daripada Muhammad s.a.w., isterinya iaitu Khadijah dan saya sebagai ahli keluarga yang mula-mula memeluk Islam.

foto from google
Ibnu al-Athir menceritakan, seorang pedagang bernama `Afif datang ke masjidil Haram. Dia sangat terkejut melihat solat jemaah oleh satu kelompok yang terdiri daripada tiga orang. Dia melihat Nabi Muhammad s.a.w. solat bersama Khadijah dan Ali r.a. Sekembalinya dari Masjidil Haram dia bertemu `Abbas, bapa saudara Nabi s.a.w. `Afif menceritakan apa yang dilihatnya dan menanyakan perkara yang sebenarnya yang terjadi. `Abbas menjawab, : "Pemimpin ketiga-tiga orang itu adalah orang yang mengaku dirinya sebagai pengikut Nabi s.a.w., yang perempuan adalah isterinya, Khadijah, sedangkan yang ketiga adalah Ali, sepupunya.

Saturday 25 February 2012

TETAMU ISTIMEWA HABIB

Alhamdulillah..dengan izinNYA aku dapat bersama jemaah lain dalam majlis ilmu Habib Ali Zainal Al Hamid sekali lagi. Acaranya dijadualkan selepas solat isyak, sementara menunggu ketibaan Habib, kakitangan masjid Mu'adz Al Jabal mengetuai selawat dan salam kepada nabi s.a.w. 

Beberapa ketika kemudian...Habib sampai dan terus menunaikan solat sunat tahyatul masjid di sudut masjid.
tu dia...sampai sudah Habib nya
Kali ni, habib menerangkan tafsir surah Al-Baqarah ayat 234-235. Isinya berkenaan EDAH.
Tempoh edah bagi seorang isteri yang suaminya meninggal dunia ialah 4 bulan 10 hari. Edah ini adalah untuk memastikan rahim isteri yang diceraikan bersih dari benih suami yang menceraikannya. Selama tempoh edah, bekas suami wajib menyediakan keperluan bekas isteri. Jika kematian suami, wajib nafkahnya diberi oleh keluarga suami. (banyak kes kt mahkamah syariah kan...menuntut nafkah dari bekas suami, bila diceraikan dihalau keluar dari rumah..)
Diceritakan, pada awal permulaan Islam, tempoh edah balu ialah selama setahun! Balu tidak boleh keluar dari rumah selama setahun. Gulps! Errkk...itu dulu. (bayangkan jika diamalkan zaman sekarang ni...ada miss soru kan? ;-) )

Bekas isteri WAJIB tinggal dalam rumah bekas suami selama tempoh edah & berhias untuk bekas suami, sebab apa??? Supaya dalam tempoh edah ni, ada kemungkinan pasangan yang bercerai tu boleh rujuk semula...=) 
Selain edah, ada juga larangan (EHDAD) <<betul ke spelling tu?<<<bagi isteri selepas kematian suami.
1. tidak boleh berhias (pakaian dan perhiasan)
2.tidak boleh memakai wangi-wangian
3. tidak boleh bercelak.

Ini adalah untuk mengingati ehsan suami selama hidupnya! Ehsan maksud disini iaitu hak suami kepada isteri yang ditinggalkan (sebab kematiannya tu) supaya tidak keluar rumah selama 4 bulan 10 hari.

Bagi perempuan tidak dibenarkan menghantar jenazah ke kubur! Duduk dirumah dapat pahala, hantar ke kubur dapat dosa. Mana yang kamu mau? (ulang semula kata2 habib ;-) ) Ini adalah hukum Allah. Zaman ni perempaun ramai aje hantar jenazah ke kubur kan? Hurmm...

Selama tempoh edah balu mestilah mematuhi larangan supaya dia tidak keluar rumah. MELAINKAN jika berlaku FAISYAH (tak pasti betul ke ejaan ni...) iaitu terganggu oleh perbuatan dikalangan keluarga suami yang mendorong kepada perbuatan zina, ini dibenarkan keluar dari rumah tu.

Kemudian pelajaran bersambung ke bab hadis yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari.
(aku takde buku yang digunakan oleh pelajar2 habib...hari ni nak g beli!)
Telinga ni menangkap kata-kata habib; bila Jibrail tidak mendatangi baginda Rasulullah s.a.w. sekerap yang biasa, (Jibrail datang menemui baginda adalah dengan keizinan dari Allah s.w.t.) baginda bertanya kepada Jibrail. Disuarakan kepada Jibrail betapa gembiranya baginda setiap kali dikunjungi Jibrail. Baginda luahkan rasa rindu kepada Jibrail, dijawab Jibrail; "Aku lebih rindu kepada engkau ya Rasulullah." (masyaallah...penghulu segala malaikat yang sgt dekat dengan Allah s.w.t rindu kepada rasulullah! )

*hubungan malaikat dan para rasul amat rapat
Jibrail mengimamkan solat baginda rasulullah s.a.w. (wow...!) Sebab untuk mengajarkan kepada baginda cara-cara solat sepeti yang diajarkan Allah s.w.t. kepada malaikat Jibrail! Kata nabi...solatlah, bagaimana aku solat. (bukan solatlah mengikut cara-cara aku solat! tak termampu kita nak mengikutnya kata Habib)

Okay lagi, adab berziarah..JANGAN mencela hidangan yang disediakan oleh tuan rumah yang kita kunjungi ya! Bermanis mulut la...tak sedap pun diam aje tau!!!
Kelas bersambung minggu depan....ditamatkan awal dari biasa SEBAB? ada tamu istimewa...siapa?

Habib Umar Shahab (tak tau betul ke ejaannya ni, sila betulkan saya) dari Palembang.
Habib Umar Al Shahab diberi peluang menyampaikan ilmunya

 Terdengar dua habib ni bercakap sebelum majlis diserahkan kepada tamu, bestnya dengar dia bercakap dalam bahasa arab...bila lah aku nak mulakan pembelajaran ku ni.Hurmm...
Majlis tamat sekitar 11++ mlm. Jamuan disediakan selepas majlis.
capai air mineral aje..yang comel tu!
*sebaik-baik kamu ialah orang-orang yang mempelajari Al-Qur'an dan kamu mahu mengajarkannya*

tonton video lengkap majlis ini di  http://www.darulmurtadza.com/

p/s: kepada yang mencintai duniawi lebih, tidak akan tertarik kepada entri ku ini yang lebih menjurus kepada keagamaan..harap maaf.

Thursday 23 February 2012

AYAT RUQYAH UTK MENGECILKAN SESUATU YG MEMBESAR

foto google
 
 Sebelum memulakan apa-apa, istighfar la dulu...kemudian dituruti dengan selawat keatas baginda rasulullah s.a.w...kemudian;

 1. Al-Fatihah
2.Ayatul Kursi

3. Yaa Baari'
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit

Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof

5. Selawat syifaa
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 
6. Selawat Tafrijiyah
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu. 

 7.Surah Al-Hasyr :21-24
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
 

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
 

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

 p/s: untuk sakit kanser, bisul dan yg sewaktu dengannya 

AYAT RUQYAH UTK PENGLIHATAN

foto google jer
SURAH AL-KAHF : 22

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

(baca lah ayat ini, boleh gunakan daun sirih untuk dimakan)

p/s: jom kita amalkan... ;-) 

Wednesday 22 February 2012

DOA BAGINDA s.a.w.

foto hiasan google
Bagi memastikan kita tetap kekal berada di jalan lurus dan diredhai Allah, kita wajar membaca doa Nabi SAW bermaksud:
 “Wahai Tuhan kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan kesejahteraan, selamatkan kami daripada kegelapan kepada cahaya, hindarilah kami daripada perkara keji sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi. Berkatilah kami pada pendengaran, penglihatan, hati, pasangan dan zuriat kami. Terimalah taubat kami kerana Engkaulah Yang Maha Penerima taubat dan Maha Mengasihani. Jadikanlah kami mensyukuri nikmat-nikmat-Mu, memuji dan menyebutnya, serta sempurnakanlah nikmat-nikmatMu ke atas kami.”

Tuesday 21 February 2012

RASA


Dia diam
Aku diam
Bila aku bercakap
dia lagiii..banyak cakap
Aku tau dia
Dia pun tau aku

Aku tak pernah lupa
Kata-kata akhir dia..dulu
Tapi..
Zaman dah berubah
Suratkhabar dah kecik
Cuma rasa yang tak berubah
...ya, rasa..

Bila...
Lamanya...aku tanya
Tiada jawapan!
Sibuk?
Terlepas pandang, mungkin.
Pun aku diam, sebab dia diam.
Ermm...
..siapa??? biar aku jer yang tau..
Kita.. matang bersama masa
Ya..masa..
Puas ku cuba mencari ruang
Tapi ruang itu semakin sempit...

Keterbatasan...ketidakadaan...ketidaksungguhan..
biar apa pun perkataan yang terlintas,
ku ungkap..sama aje ertinya..
CUMA satu yang aku pegang..
kata-kata itu!

Kau faham?
Tidak...? Tak apa..
Sebab kau bukan orang yang ku maksudkan.
Dia tau..sebab hanya dia yang ungkapkan
kata-kata tu..UNTUK AKU.
RASA..dia.

Monday 20 February 2012

PERISTIWA MIKRAJ

foto hiasan aje

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu.
Ia sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).

Perjalanan ini memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah.
Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran: Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda
kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar
(Surah Najm ayat 18).

Meskipun terdapat jurang perbezaan pendapat yang agak luas mengenai sejarah peristiwa Israk dan Mikraj, terutama yang berkaitan dengan ketepatan hari dan bulan serta tahun terjadinya peristiwa agung itu, namun dunia Islam keseluruhannya memperingati tarikh 26 Rejab (malam 27 Rejab) setiap tahun sebagai tarikh penuh bermakna.

Banyaknya pendapat yang membahaskan perihal Israk dan Mikraj ini telah mencipta ruang polemik tersendiri dalam periwayatan ‘perjalanan agung’ tersebut. Di antaranya yang berkaitan dengan hakikat dan latar belakang Israk dan Mikraj, perjalanan fizikal dan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, buraq yang dinaiki Nabi SAW, pertemuan Rasulullah dengan para nabi, misteri pintu-pintu langit, rahsia Sidratul Muntaha, perintah solat, dan hikmah-hikmah besar Israk Mikraj.

Sebagai contohnya tentang hakikat buraq dimana sifat-sifatnya menjadi perbincangan menarik sepanjang masa. Timbul pertanyaan pada setiap Muslim kenapa dalam perjalanan Israk dan mikraj nabi harus ada perantara (wasilah) Buraq dan bukan binatang lainnya. Walhal tanpa media Buraq pun Allah SWT berkuasa untuk menperjalankan Nabi SAW dalam perjalanan yang agung ini.
Dalam hal itu maka pendapat yang diyakini jumhur ulama adalah pendapat yang paling baik untuk diikuti. Kita harus menolak dalil-dalil yang sesat dan sebaliknya mengunakan dalil yang sahih sebagai dasar pegangan bagi menunjukkan nilai-nilai keislaman dan sikap keberagamaan.

Saturday 18 February 2012

HABIB ALI ZAENAL ABIDIN in da house =)

Semalam, Jumaat petang..keadaan traffic sesak..keluar ofis, aku berkira-kira sendiri..sempat ke aku sampai sebelum waktu maghrib ni, cuak gak hati. Tapi pantas berfikir..ikut AKLEH laa..turun ke jalan jelatik, boleh tahan la sesaknya..tapi terus jugak drive..sampai depan Kg Warisan tu, radio ikim.fm dah dengar mengaji quran, maknanya jap lagi masuk lah waktu solat. Cepat2 aku belok ke Setiawangsa..ke Masjid Mu'adz Al Jabal.Aku teringat kisah yg Ustazah Norhafizah kongsi kat radio ikim siang tu sebenarnya. Aku akan ingat sampai bila-bila kata-kata dia `kita jaga Allah, Allah jaga kita' maknanya bila sampai waktu solat, segerakanlah bersolat, tinggalkan kerja yg sedang kita buat; jgn tangguh-tangguhkan kewajipan kita tu.

Sampai ke kawasan masjid, terpandang tape disekeliling ruang letak kereta yang biasa..ada tertulis `sila kosongkan ruang ini sebelum pukul 3pm. 17/2' ermm..apa kes? mana nak park ni? terus pandu ke depan lagi..banyak gak keta. Ok fine, tak la ingat apa2. 

Masuk aje ke dalam masjid, wahh..ramai gak ni lelaki..di ruang solat perempuan ok laa..ada lah dalam 10 orang ku kira. Selesai solat sunat tahyatul masjid. Aku duduk tunggu jemaah betulkan saf..rapat...rapat...hehehe.
Usai solat maghrib, semua orang bukak buku..eh! acara apa plak ni? Kakak sebelah aku bagitau..kita ada maulid hari ni..aaaa...terkebil-kebil mata aku. Bermarhaban la...sambil berselawat, sebak hati ni sebenarnya bila sebut nama Muhammad s.a.w. tak tau nape. Pastu ada tazkirah pendek. Suara ustaz tu macam pernah dengar aje...kat radio ikim.fm. riki2 kakak sebelah aku, `a'ah..ustaz habib ali zainal abidin..dia memang tiap jumaat kat masjid ni, lepas isyak nanti ada tafsir al-qur'an. wahh..bestnya...rasa macam dengar radio la weiii..hahaha
ku selak tirai, skodeng ni hehe
ditengah waktu, diedarkan minuman utk jemaah kopi halia..harum baunya
anak-anak kecil ni tugasnya kutip cawan yg diedarkan tadi, sgt tertib!
So pada sesiapa yang nak dengar kuliah habib, datang lah ke Masjid Mu'adz Al Jabal, Setiawangsa.
Timba ilmu..ilimu kena cari, kan?

Just found out some infos about this habib..
so interesting ;-)

http://www.darulmurtadza.com/p/biografi-guru.html
 p/s: owh...*tutup mulut* 

HAZRAT ABU BAKAR ~sahabat nabi s.a.w.

 MEMUNTAHKAN MAKANAN SEORANG TUKANG TILIK

Hazrat Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian pendapatannya sebagai *ghulah kepada beliau. Pada suatu hari hamba itu telah membawa sedikit makanan lalu diberikan kepada Hazrat Abu Bakar. Beliau memakan sesuap daripada makanan itu.

Hamba itu berkata, "Setiap hari biasanya tuan bertanyakan cara-cara saya memperolehi pendapatan. Sebaliknya hari ini tuan tidak bertanya pun."

Beliau menjawab : "Oleh kerana tersangat lapar saya tidak sempat bertanya. Sekarang, beritahulah."

Jawab hamba itu, "Pada masa jahiliah dahulu, saya telah lalu berhampiran suatu kaum dan saya telah membaca jampi mentera untuk mereka dan mereka telah menjanjikan bayaran kepada saya. Hari ini, sekali lagi saya lalu disana dan mereka sedang mengadakan kenduri kahwin. Mereka lah yang telah memberikan makanan ini kepada saya."

Hazrat Abu Bakar terus berkata, "Kamu hampir-hampir membinasakan daku."

Setelah itu, beliau memasukkan jarinya ke dalam halkum, berusaha untuk muntah. Namun demikian, sesuap makanan yang dimakan dalam keadaan tersangat lapar itu tidak juga keluar. Seseorang telah mencadangkan agar beliau minum air kerana akan memudahkan beliau muntah. Beliau telah meminta satu bekas besar yang berisi air dan terus meminum air itu serta berusaha untuk muntah sehingga makanan yang sesuap itu berjaya dikeluarkan.

Ada orang mengatakan, "Semoga Allah merahmati tuan. Tuan telah menanggung segala kesusahan kerana sesuap makanan itu. 

Beliau menjawab, "Saya tetap akan mengeluarkan makanan itu walaupun nyawa saya akan melayang. Saya dengar Rasulullah bersabda bahawa api neraka lebih layak untuk daging yang subur dengan harta yang haram. Saya takut mana-mana bahagian anggota badan saya akan subur dengan sesuap makanan itu." (MUNTAKHAB KANZUL-'UMMAL)

Friday 17 February 2012

SOLAT SUNAT

foto hiasan
 Solat Tahajjud
21. Dari Ibnu Abbas r.a : Apabila Rasulullah saw bangun tengah malam hendak solat tahajjud, Nabi saw membaca :

(Wahai Allah.. Untuk-Mulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Untuk-Mulah segala puji ; Cahaya langit dan bumi.

Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu Maha Benar, menemui Engkau (di akhirat) Maha Benar, syurga Maha Benar, neraka Maha Benar, para Nabi Maha Benar dan Muhammad sollallaahu ‘alaihi wassalam Maha Benar dan hari kiamat Maha Benar.

Wahai Allah.. Saya pasrah kepada-Mu dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah dan kepada Engkau aku kembali; dan kerana (mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan dan kepada Engkau aku meminta hukum.

Kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakan mahupun yang ku nyatakan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan, tidak ada tuhan melainkan hanya Engkau dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau
).
[0581]

22. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.

Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas.” [0599]

23. Dari Samurah r.a : Diceritakannya dari Nabi saw perihal mimpi. Nabi saw bersabda, “Barangsiapa bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari Al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.” [0600]

24. Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah tabaaraka wa ta’aala (Allah yang Maha Suci lagi Tinggi) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam.(Notakaki)

Dia (Allah) berfirman : ‘Barangsiapa berdoa kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuni dia.” [0602]

(Tambahan oleh Koleksi Hadis : Notakaki : Turunnya Allah ke langit dunia – Hendaklah kita biarkan seperti mana adanya, iaitu tanpa:

(1). Takyif (mempersoalkan kaifiatnya/hakikatnya)

(2). Tasybih (penyerupaan)

(3). Ta’thil (penolakan)

Wajar saya tambahkan kata-kata Na’im bin Hammad al-Khuza’i (guru Imam al-Bukhari). Beliau mengatakan, ‘Barangsiapa menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia kafir. Dan barangsiapa mengingkari sifat yang telah Allah berikan untuk diri-Nya sendiri, bererti ia juga telah kafir.”

Barangsiapa yang menetapkan bagi Allah Ta’ala setiap apa yang disebutkan oleh Al-Quran yang jelas dan hadis-hadis sahih dengan pengertian yang sesuai dengan kebesaran Allah, serta menafikan kekurangan-Nya, bererti ia telah menempuh jalan petunjuk
. (RUJUKAN : Tafsir Ibn Katsir – Tafsir Surah Al-A’raaf [7] : Ayat 54 pada mukasurat : 392)

Solat Istikharah
25. Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surah Al-Quran.

Sabda Beliau (Nabi saw), “Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah solat dua rakaat yang bukan fardhu (solat sunat), kemudian membaca doa:

Terjemahan : Wahai Allah. Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak (ber)kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib.

Wahai Allah. Jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikan berkat bagiku padanya.

Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku daripadanya serta tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku
.”
[0612]

26. Dari Abu Qatadah bin Rib’i Al- Anshari r.a : Nabi saw bersabda, “Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk lebih dahulu sebelum solat dua rakaat.” [0613]

27. Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda ketika Beliau sedang berkhutbah, katanya “Apabila seseorang kamu masuk masjid dan imam sedang berkhutbah, atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu dua rakaat (sebelum duduk).” [0615]

28. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw berpesan kepadaku supaya aku melakukan solat dhuha dua rakaat. [0616]

29. Dari ‘Aisyah r.ha : Tidak ada solat Nawafil (sunat) yang lebih diutamakan oleh Nabi saw dari solat sunat lainnya selain daripada dua rakaat sunat fajar. [0617]

30. Dari ‘Aisyah r.ha : Rasulullah saw melakukan dua rakaat solat sunat sebelum subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku tertanya-tanya dalam hatiku adakah Nabi saw membaca Al-Fatihah (atau tidak). [0618]

ILMU

foto hiasan
 Ilmu
7. Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’

Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya.

Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?”

Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!”

Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).”

Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?”

Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)[Hadis 0049]

Pengajaran Hadis:
(a). Menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang bukan ahlinya bermaksud menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang yang tidak mengerti, tidak cekap, tidak jujur lalu akibatnya adalah kehancuran atau kebinasaan.

(b). Mengajarkan kita tatatertib bertanya dalam majlis, iaitu jika bertanya janganlah memotong pembicaraan orang yang sedang berbicara, kerana ia dapat mengganggu pembicara dan pendengar. Tunggulah saat yang bersesuaian untuk bertanya.

8. Dari Humaid bin Abdurrahman r.a : Beliau mendengar Muawiyah berkhutbah, katanya Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa dikehendaki Allah akan beroleh kebaikan, diberi-Nya pengertian dalam hal agama. Saya (Nabi saw) hanya membagi-bagikan, sedang yang memberi ialah Allah(1).

Selama (umat Islam) berdiri teguh di atas agama Allah, tidak satu pun penentang-penentang mereka yang sanggup membinasakan mereka sampai kiamat datang.” [Hadis 0058]

NOTAKAKI : (1)Maksud Nabi saw membagi-bagikan adalah menyiarkan, menyampaikan ilmu; sedang yang memasukkan ilmu itu ke dalam hati manusia ialah Allah SWT.

9. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:

(a). Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan

(b). Orang yang diberi oleh Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.” [Hadis 0059]

10. Dari Ibnu Abbas r.a : Rasulullah saw merangkul saya (Ibnu Abbas) dan mendoakan, “Ya Allah, ajarkanlah kepadanya al-kitab (kitab Al-Quran).” [Hadis 0061]

12. Dari Abu Hurairah r.a : Ada orang bertanya kepada Nabi saw, ‘Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaat (pertolongan) Anda (Nabi saw) di hari kiamat?’

Jawab Nabi saw, “Saya kira, hai Abu Hurairah, belum ada orang bertanya perkara ini kepadaku sebelum ini. Mungkin barangkali kerana saya lihat engkau sangat rakus (ingin mendapat sesuatu dengan banyak) mendapatkan hadis.

Orang yang paling beruntung mendapat pertolonganku hari kiamat, ialah orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, benar-benar ikhlas dari hati sanubari dan seluruh jiwanya.” [Hadis 0075]

Penjelasan Hadis : Mengucapkan kalimah ‘Laa ilaaha illallaah’ dengan ikhlas akan membuahkan keperibadian yang baik. Dari keperibadian yang baik timbul amal yang baik. Oleh sebab itu mereka akan memperoleh syafaat Nabi saw di hari kiamat. Ikhlas beerti juga bebas syirik.

13. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Nabi saw bersabda, “Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama).

Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap), maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka sesat dan menyesatkan. [Hadis 0076]

Penjelasan Hadis : Kemajuan sesuatu umat bergantung kepada jumlah ulama dan orang terpelajarnya, kerana merekalah yang memimpin dan membimbing umat itu. Pemimpin yang bodoh akan memimpin umatnya (masyarakat) menuju kebinasaan.

14. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Namailah dirimu dengan namaku (Muhammad) dan jangan memakai gelaranku.

Siapa yang bermimpi melihat aku dalam tidurnya, sebenarnya ia melihatku kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku.

Dan siapa yang sengaja berdusta (membuat hadis palsu) atas namaku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka.” [Hadis 0080]

PERIHAL SOLAT

foto hiasan from google
 Bangun Di Waktu Malam
12. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir Al-Juhni r.a : Nabi saw bersabda, “Dua orang lelaki dari kalangan umat ku; salah seorang dari mereka bangun di waktu malam seraya melawan keinginannya untuk terus tidur dan malas beribadat, lalu berwudhuk. Diikat pada tubuhnya (orang yang tidur) beberapa ikatan (oleh syaitan).

Maka apabila beliau berwudhuk dan mewudhukkan kedua-dua tangannya, terlepaslah satu ikatan. Dan apabila dia mewudhukkan wajahnya terlepaslah pula satu ikatan. Apabila mengusap wajahnya, terlepaslah pula satu ikatan. Apabila mengusap kepalanya terlepas lagi satu ikatan dan apabila beliau mewudhukkan kakinya terlepas pula ikatan yang lain.

Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada mereka yang berada di sebalik hijab (para malaikat) : ‘Kamu lihatlah kepada hamba-Ku ini. Beliau melawan keinginan (untuk terus tidur dan beribadat) nafsunya, lalu meminta (berdoa selepas solat) dari-Ku. Oleh itu, apa sahaja yang dipinta oleh hamba-Ku maka itulah miliknya (doanya dimakbulkan oleh Allah yang Maha Tinggi).

Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Sesungguhnya seseorang Muslim apabila hendak melakukan kebaikan atau beribadah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan kekuatan menentang penguasaan syaitan ke atas dirinya.

[b]. Di antara senjata untuk melawan penguasaan syaitan ke atas diri adalah dengan berwudhuk.

[c]. Allah yang Maha Agung mencintai seseorang mukmin yang berjuang melawan penguasaan syaitan ke atas dirinya dengan merawatinya melalui berbuat ketaatan. Hasilnya Allah yang Maha Agung menerima doa yang dipanjatkannya.

Malaikat Pencatat Amalan
13. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Malaikat-malaikat pencatat amalan yang dilakukan di waktu malam dan siang silih berganti mencatat amalan-amalan kamu. Mereka berkumpul di waktu solat Asar dan solat Subuh.

Kemudian malaikat yang bermalam di kalangan mereka naik. Allah bertanya kepada mereka (sedangkan Allah Maha Mengetahui) : ‘Dalam keadaan bagaimanakah kamu meninggalkan hamba-hambaKu?’ Mereka menjawab : ‘Kami meninggalkan mereka dalam keadaan mereka bersolat dan kami telah datang kepada mereka dalam keadaan mereka juga bersolat.” [062] (Sahih. Dikeluarkan oleh Imam Malik. Al-Bukhari dan Muslim, Imam Ahmad, Abu ‘Awanah dan Al-Baghowi)

Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Para malaikat pencatat amalan itu terbahagi kepada dua golongan;
[1]. Golongan yang bertugas dari fajar hingga ke solat Asar
[2]. Golongan yang bertugas dari solat Asar hingga kef ajar berikutnya.

[b]. Manusia seharusnya sedar; segala perbuatannya, siang dan malam dicatat oleh malaikat sebagai bukti dan saksi apa yang telah kita lakukan ketika hidup di dunia ini pada hari pembalasan nanti.

Solat Adalah Amalan yang Pertama Dihisab
14. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya amalan pertama akan dihisab pada seseorang hamba ialah solatnya. Jika solatnya baik maka sesungguhnya beliau telah berjaya dan selamat dan sekiranya solatnya rosak maka sesungguhnya rugi dan binasalah ia.

Sekiranya berlaku sesuatu kekurangan pada solat fardhunya, maka Tuhan Pemelihara Azza wa Jalla akan berfirman (kepada para malaikat-Nya) : Lihatlah oleh kamu adakah hamba-Ku mempunyai ibadat tathowwu’?

Lalu solat fardhunya itu disempurnakan dengan solat tathowwu’-nya itu. Kemudian seluruh amalan dihisab sedemikian juga.” [065] (Sahih. Dikeluarkan oleh At-Tirmidzi dan An-Nasa’i. Juga dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim dll dengan lafaz sedikit berbeza)

Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Ibadat tathowwu’ adalah salah satu dari cabang amalan-amalan mandub (sunat). Antara contoh ibadat tathowwu’ seperti sedekah, puasa Isnin dan Khamis, solat sunat dan sunat muakkad. Dipanggil juga sunat tambahan atau nafilah. (Sila rujuk ilmu usul fiqh).

[b]. Mengenai kekurangan solat fardhu, ulama mempunyai pelbagai pendapat. Antaranya, kekurangan kerana kurang khusyuk dalam solat, kekurangan bilangan solat fardhu, kekurangan kesempurnaan solat dan lain-lain.

Namun ulama memilih kekurangan pada bilangan solat fardhu yang ditinggalkan lebih sesuai dalam mentakrif hadis tersebut.

[c]. Jangan sesekali kita memandang remeh ibadah sunat. ‘Ibadah sunat adalah perkara yang apabila dikerjakan, mendapat pahala yang boleh menyelamat dari azab dan apabila ditinggalkan, akan mengalami kerugian yang besar’.

Tertolak Solat yang Tidak Dibacakan Al-Fatihah
16. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang mengerjakan satu solat tanpa Ummul Quran (Al-Fatihah) maka beliau seorang penipu (diulang tiga kali), (iaitu) tidak sempurna.”

Lalu ditanya (oleh orang) kepada Abu Hurairah : “Sesungguhnya (jika) kami bersolat di belakang imam?”

Kata Abu Hurairah r.a : “Bacalah untuk diri mu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda” : “Allah Ta’ala berfirman : Aku membahagikan solat itu antara-Ku dengan hamba-Ku kepada dua bahagian dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya (permintaannya dikabulkan).

Apabila si hamba membaca : Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam,
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku.

Apabila si hamba membaca : Yang Maha Pemurah dan Pengasih,
Allah Ta’ala berfirman : Hamba-Ku memuja-Ku.

Apabila si hamba membaca : Penguasa hari pembalasan,
Allah berfirman : Hamba-Ku mengagungkan Daku, hamba-Ku menyerahkan (urusannya kepada-Ku).

Apabila si hamba membaca : Kepada-Mu kami menyembah dan kepada-Mu kami memohon pertolongan,
Allah Ta’ala berfirman : Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.

Apabila si hamba membaca : Tunjukilah kami ke jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat dan bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai dan orang-orang yang sesat,
Allah berfirman : Ini adalah untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa yang dipintanya.”
[074] (Sahih. Dikeluarkan oleh Muslim, Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi dll)

Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Penipuan dalam solat adalah orang yang tidak tidak mengerjakan solat dengan sempurna (tidak sempurna rukunnya). Puncanya kerana membiarkan diri dalam keadaan jahil dan tidak ambil peduli untuk mempelajari cara bersolat.

[b]. Membahagikan solat itu kepada dua bahagian bermaksud, solat tidak sah tanpa membaca surah Al-Fatihah ini (catatan tepi Sahih Muslim).

AMALAN

foto hiasan from google
Hanya Amalan yang Ikhlas Diterima Oleh Allah SWT – (Golongan Manusia yang Pertama Dihisab di Hari Penghisaban)

5. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Manusia yang awal-awal akan diadili pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang telah mati syahid. Lalu lelaki itu dibawa ke muka (pengadilan-pent).

Allah SWT telah memperingatkan kepadanya segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepadanya, lantaran itu, lelaki itupun mengakui akan segala nikmat kurniaan Allah SWT tersebut.

(i). Allah SWT bertanya kepadanya (sedangkan Dia Maha Mengetahui): ‘Maka apakah yang telah dikau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Lelaki itupun menjawab: ‘Aku berperang kerana-Mu sehinggalah aku mati mati syahid.’Allah SWT berfirman: ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu berperang supaya kamu dipanggil seorang yang berani. Oleh yang demikian, sesungguhnya kamu telah telahpun dipanggil sedemikian.’

Kemudian Allah SWt memerintahkan agar lelaki itu dicampakkan ke dalam api neraka, lalu beliaupun ditarik dengan mukanya ke bawah hinggalah dicampakkan ke dalam api neraka.

(ii). Dan seorang lelaki yang mempelajari ilmu (agama) dan mengajarkannya. Beliau juga membaca Al-Quran (ataupun seorang yang mahir dalam pembacaan Al-Quran). Lelaki itupun dibawa menghadap Allah SWT.

Allah SWT memperingatkan segala nikmat yang diberikan kepadanya. Lelaki itu mengakui akan penerimaan semua nikmat tersebut. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Oleh itu, apakah yang telah kamu lakukan dengannya?’ Lelaki itupun menjawab : ‘Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya (kepada orang lain). Aku telah membaca Al-Quran semata-mata kerana-Mu.’

Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu telah mempelajari ilmu supaya kamu dipanggil sebagai seorang ‘alim dan kamu telah membaca Al-Quran supaya dipanggil seorang qari. Sesungguhnya kamu telahpun dipanggil sedemikian.

Kemudian Allah SWT telah memerintahkan kepada malaikat agar lelaki itu dibawa pergi dan diheret dengan mukanya ke bawah hinggalah beliau dicampakkan ke dalam api neraka.

(iii). Begitu juga seorang lelaki yang telah diperluaskan oleh Allah SWT untuknya segala jenis harta kesemuanya. Lelaki itu pun dihadapkan ke muka. Allah SWt memperingatkan segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada lelaki tersebut lalu lelaki itu mengakuinya.

Allah berfirman kepada lelaki itu : ‘Maka apakah yang telah kamu lakukan dengan kesemua harta itu?’ Lelaki itu menjawab : ‘Tidaklah aku tinggalkan walaupun satu jalan yang disukai agar dibelanjakan harta untuknya melainkan aku telah membelanjakan hartaku semata-mata kerana-Mu.’
Allah berfirman : ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu telah melakukan semua itu agar kamu dipanggil seorang dermawan. Sesungguhnya kamu telahpun dipanggil sedemikian.

Kemudian diperintahkan agar lelaki itu dibawa pergi lalu beliau ditarik dengan mukanya ke bawah dan kemudian dicampakkan ke dalam api neraka.” [011] (Sahih, Muslim, Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Hakim)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Diperjelaskan kepada kita mengenai balasan orang-orang yang tidak ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Mereka berbuat kebaikan demi kepentingan dunia dan diri mereka semata-mata.

b. Hendaklah melaksanakan ibadah dengan niat kerana Allah SWT dan untuk memperoleh keredhaan-Nya. (Sila rujuk Sahih Bukhari dalam hadis pendahuluan)

c. Hadis ini perlu dijadikan pengajaran bagi setiap lapisan masyarakat kerana segala nikmat Allah SWT akan ditanya untuk apa kita gunakan di dunia ini, terutama para ilmuwan, hartawan dan mereka yang mendakwa berjihad di jalan Allah SWT. Adakah kita benar-benar mengikut jalan yang ditunjuk oleh Rasulullah saw dan para sahabat?

SYIRIK II

foto hiasan
Syirik - Perkara yang Paling Ditakuti Rasulullah SAW Atas Umatnya
6. Dari Mahmud bin Labid r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti atas kamu adalah syirik asghar (syirik kecil).” Para sahabat bartanya, ‘Ya Rasulullah, apa kah syirik asghar itu?’

Baginda Saw menjawab, “Riya’. Sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Ta’ala berfirman pada hari semua amalan-amalan diganjari, ‘Pergilah kamu kepada orang-orang yang telah kamu perlihatkan amalan-amalan kamu kepada mereka dan lihatlah samada ada balasan di sisi mereka itu (untuk kamu).” [014] (Sahih, dikeluarkan oleh Ahmad, Al-Baghawi dalam Syarhul As-Sunnah. Kanzul Ummal dan At-Targhib wa Tarhib lil Al-Hafidz Al-Mundziri)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Amaran terhadap perbuatan riya’ iaitu, orang yang menunjuk-nunjuk amalannya kepada orang lain bagi memperoleh maksud tertentu, seperti bangga diri - ingin dikenali sebagai orang berilmu kerana amalan yang dilakukan dan lain-lain seumpamanya.

b. Perkataan ‘syirik kecil’ bukanlah bermakna meringan-ringankan perkara syirik, tetapi cukuplah dengan dosa yang bakal diperoleh oleh si pelaku. Perlu diingat, ini adalah perkara yang paling ditakuti Rasulullah saw ke atas umatnya.

c. Hari di mana segala rahsia terbongkar dan para pelaku riya’ berasa amat sengsara dan menyesal sekali kerana disuruh meminta pengurniaan pahala daripada orang yang mereka perlihatkan amalan itu.

7. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah Azza Jalla berfirman, ‘Hamba-Ku akan berterusan bertanya tentang Daku’ : Allah ini telah menciptakan aku, maka siapakah pula yang menciptakan Allah?” [016] (Sahih Bukhari dan Muslim)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw benar-benar telah terjadi seperti sebuah hadis di dalam Musnad Imam Ahmad; seorang lelaki dari Iraq telah bertanya pada Abu Hurairah r.a, siapakah yang menciptakan Allah, lalu Abu Hurairah r.a menutup telinganya dan berteriak, “Benarlah Allah dan Rasul-Nya!” kemudian membaca Surah Al-ikhlas.

b. Tambahan Blog : Telah muncul zaman kita ini, tentang fahaman ‘Scientology’ yang kini menular di Malaysia. Golongan ini mengingkari takdir dan mengatakan setiap yang berlaku ada penjelasan sains tentangnya. Manusia semua bebas tanpa terikat dengan peraturan alam. Moga kita dilindungi oleh Allah yang Maha Penyayang dari tergolong di kalangan mereka ini.

Pagi Seorang Mukmin, Petang Menjadi Kafir
8. Dari Zaid bin Kholid Al-Juhni r.a : Beliau telah berkata, Rasulullah saw telah bersolat subuh dengan kami di Hudaibiyyah di penghujung malam. Apabila selesai bersolat, baginda berpaling menghadap ke arah orang ramai (para sahabatnya) seraya bersabda, “Adakah kamu sekalian mengetahui apakah yang difirmankan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’

Rasulullah saw pun bersabda, “Allah berfirman, ‘Berpagi-pagi hamba-hamba-Ku beriman dengan-Ku. Maka adapun orang-orang yang berkata, ‘Kami diberi hujan justeru dengan kurniaan Allah SWT dan rahmat-Nya’, orang yang berkata sedemikian itu adalah orang yang beriman dengan-Ku dan kufur dengan bintang-bintang.

Dan adapun orang yang berkata, ‘Kami diberi hujan disebabkan bintang yang condong ke arah barat ini dan itu’, maka orang yang berkata sedemikian adalah orang yang kufur dengan-Ku dan beriman dengan bintang (syirik-pent).” [017] (Sahih. Dikeluarkan oleh Imam Malik, Imam Syafi’e dalam musnadnya, Imam Al-Bukhari dan Muslim, Abi ‘Awanah dan Al-Baihaqi)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Mereka yang beriktikad bahawa hujan turun adalah kerana, ketika bintang itu condong ke barat, maka hujan akan turun ketika itu (menolak kekuasaan Allah SWT). Padahal Allah SWT yang menurunkan hujan (rujuk Surah An-Naba’ [78] : 14-16).

b. Tambahan Blog : Perlu berhati-hati ketika mengeluarkan perkataan atau percakapan seperti orang zaman ini berkata, ’Hujan turun kerana bulan Disember’, atau ‘manusia boleh membuat hujan melalui pembenihan awan’ dan lain-lain percakapan yang menidakkan kekuasaan Allah SWT. Semoga Allah yang Maha Penyayang melindungi kita dari kekufuran.

Mencerca Masa
9. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman : Anak Adam menyakiti Aku dengan mengutuk zaman (masa) dan Aku adalah zaman. Aku membolak-balikkan malam dan siang. Maka jika Aku menghendaki, Aku akan menggenggam kedua-duanya (malam dan siang).” [025] (Sahih. Dikeluarkan oleh Al-Hakim, Al-Baihaqi)

Al-Hakim telah memulakan hadis di atas dengan kata-kata perawinya, Sufyan bin ‘Uyainah : Orang-orang jahiliyah telah berkata, ‘Sesungguhnya zaman (masa) itulah yang membinasakan kita semua. Dialah (perjalanan masa) yang mematikan dan menghidupkan kita.’ (Maksudnya, kaum jahiliyah menolak kekuasaan Allah yang Maha Agung).

Penciptaan Makhluk Di Dalam Rahim Ibunya
10. Dari Abdullah bin Mas’ud : Rasulullah saw bersabda, “Penciptaan salah seorang kamu disempurnakan dalam rahim ibunya sepanjang tempoh beberapa kali (dalam) empat puluh hari. Empat puluh hari yang kedua dalam bentuk segumpal darah kemudian dalam empat puluh hari yang ketiga dalam bentuk segumpal daging.

Kemudian Allah mengutuskan malaikat kepadanya lalu diperintahkan agar menulis untuknya empat kalimah dengan firman-Nya : ‘Tulislah baginya amalannya, ajalnya, rezekinya dan samada celaka atau bahagia.’

Maka demi Dia yang memegang jiwa ku di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya (jika) seseorang dari kalangan kamu beramal dengan amalan ahli syurga hinggalah jarak beliau dengan syurga itu hanyalah satu hasta, maka sebagaimana telah dituliskan ketentuannya (sebagai ahli neraka) lalu beramallah beliau dengan amalan ahli neraka, justeru itu beliaupun masuk neraka.

Dan sesungguhnya (jika) seseorang dari kamu beramal dengan amalan ahli neraka hinggalah jarak beliau dengan neraka itu hanyalah sehasta, namun telah ditetapkan ketentuan (takdir) untuknya (sebagai ahli syurga) lalu beliaupun beramal dengan amalan ahli syurga, justeru itu beliaupun masuk syurga.” [040] (Sahih. Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, Imam Ahmad dan hampir seumpama lafaznya juga yang telah dikeluarkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)

Keterangan Hadis : Begitu banyak pengajaran yang terdapat dalam hadis ini, namun kesimpulannya adalah mengagungkan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi. Selain itu kita wajib beriman kepada qada dan qadar ini dan bersangka baik kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Jika kita merasakan bahawa kita adalah ahli syurga, maka berusahalah menuntut ilmu agar kita dapat beramal dengan amalan ahli syurga. Maksudnya, hadis ini memberi dorongan atau motivasi kepada kita untuk berusaha mendapatkan syurga.

Hadis ini juga mengajar kita supaya tidak sombong dan memandang rendah pada orang lain kerana syurga dan neraka itu milik Allah yang Maha Agung dan Dia boleh memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Tambahan Blog : Mengenai penciptaan dalam masa empat puluh hari itu bererti keseluruhannya dalam tempoh masa empat puluh hari, bukan tiga atau empat bulan. Begitulah kajian ulama kini. Sila rujuk kajian Prof. Dr. Sharaf al-Qudhah [Fakulti Syariah, Universiti Jordan] dan diterjemahkan oleh Zulkifli Hj Mohd Yusoff Abdurrahim Yapono [Universiti Malaya] dalam bukunya berjudul ‘Bilakah Waktu Janin Ditiupkan Roh?’.

Pena (Al-Qalam)
11. Dari Ubadah bin As-Somit r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya yang pertama-tama diciptakan oleh Allah adalah ‘Al-Qalam’. Allah berfirman kepadanya : ‘Tulislah.’ Al-Qalam pun berkata : ‘Apakah yang aku akan tulis?’ Allah berfirman : ‘Tulislah akan qadar (takdir) dan apa yang terjadi untuk selama-lamanya.” [041] ( Sahih. Dikeluarkan oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud At-Tayaalisi)

Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Allah yang Maha Agung telah menetapkan semua takdir pada apa sahaja perkara yang berlaku dan akan berlaku selama-lamanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Pencipta segala sesuatu.

[b]. Allah Maha Mengetahui sejak azali bahawa jika seseorang itu melakukan kejahatan atau kebaikan setelah mereka diberi hak untuk membuat pilihan.

[c]. Keimanan seseorang hamba tidak akan sempurna jika tidak mengimani perkara takdir ini dan hendaklah mereka menerima baik atau buruk sesuatu takdir dengan redha.

SYIRIK

foto hiasan from google
Amaran Terhadap Perbuatan Syirik dan Kelebihan Tauhid
1. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, "Allah Ta'ala berfirman kepada orang yang menerima azab yang paling ringan pada hari kiamat; 'Jika kamu mempunyai sesuatu di atas permukaan bumi sebagai tebusan, adakah kamu menebus azab ini dengannya?' Orang itu pun menjawab, 'Ya'.

Allah Ta'ala pun berfirman, 'Aku menghendaki darimu agar melakukan sesuatu yang lebih mudah dari ini sewaktu kamu berada di dalam tulang sulbi Adam (iaitu) agar kamu tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Ku, namun kamu telah ingkar (enggan) melakukannya, melainkan kamu telah mempersekutukan Daku." (Sahih, Al-Bukhari dan seumpamanya oleh Imam Ahmad) [001]

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Sesuatu yang dikehendaki Allah SWT yang lebih mudah iaitu iman. Iman bermaksud melafazkan kalimah tauhid dengan lidah (lisan), meyakini dengan sepenuh hati dan melaksanakannya dengan fizikal atau anggota badan (beramal).

b. Syirik bermaksud mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain seperti menyembah berhala, memuja kubur, menganggap Nabi Isa a.s sebagai anak tuhan dan sebagainya. Syirik juga boleh membawa makna terdapat kuasa lain yang lebih berkuasa dari kekuasaan Allah SWT, seperti percaya pada tangkal dan lain-lain.

c. Syirik boleh juga terjadi melalui perkataan atau percakapan kita sehari-hari seperti “Kejayaan aku hari ini adalah kerana usaha aku!”, sama seperti percakapan Qarun dalam Surah Al-Qasas [28] : 78, contoh dua: “Jika tiada ubat ini, tentulah aku mati,” dan yang seumpama dengannya.

d. Rujuk Surah Al-A’raaf [7] : 172, perihal janji manusia kepada Allah SWT sebelum dilahirkan.

2. Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Seorang kafir akan ditampilkan ke muka (pengadilan) pada hari kiamat, lalu dikatakan kepadanya; ‘Apa pandangan kamu sekiranya kamu mempunyai emas sepenuh bumi, adakah kamu akan menggunakannya sebagai tebusan (untuk menggantikan azab yang kamu rasai)?” Si kafir itupun berkata, ‘Ya.’

Sabda Rasulullah saw, “Maka dikatakan kepada si kafir itu, ‘Sesungguhnya Aku telah meminta dari kamu suatu yang lebih mudah dari sedemikian itu.’ Yang sedemikian itu adalah Firman Allah Azza wa Jalla (maksudnya) : Sesungguhnya orang-orang kafir dan mati sedangkan mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang dari mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas (yang sebanyak) itu.......” (Surah Ali Imran [3] : 91) [003] (Sahih, Imam Ahmad. Hadis di dalam kitab Kanzul Ummal - Al-Hindi)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Iman dan tauhid itu menjadi tempat perlindungan dari azab Allah SWT di alam akhirat. Pemahaman yang benar mengenai tauhid dan iman wajib dipelajari oleh segenap orang yang mengaku beragama Islam.

b. Tiada azab yang paling pedih dan dahsyat melainkan azab ‘Khulud’, iaitu tinggal kekal dalam neraka selama-lamanya.

c. Jika ada orang-orang munafik dan kafir bertanya, “Adilkah Allah SWT menyiksa orang-orang kafir dalam neraka untuk selamanya, walhal mereka hanya hidup selama beberapa tahun di dunia?” Jawablah, sekiranya mereka diberi kehidupan seribu tahunpun mereka tetap tidak berniat untuk beriman kepada Allah SWT kerana hati dan mata mereka buta pada kebenaran. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui. (Rujuk Surah Al-An’aam [6] : 28)

3. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “(Nabi) Ibrahim bertemu dengan bapanya Aazar pada hari kiamat. Pada muka Aazar terdapat tanda-tanda legam bagaikan terkena asap (akibat ketakutan terhadap kedahsyatan hari kiamat tersebut) dan dicemari dengan debu. Lalu Ibrahim berkata kepadanya, ‘Tidakkah aku telah memberitahumu agar jangan mengingkari daku (seruan dakwahku)?’

Bapanya pun menjawab, ‘Maka pada hari ini aku tidak akan mengingkari kamu.’ Ibrahim pun berkata padanya, ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah berjanji denganku agar tidak menghinakan daku pada hari di mana semua manusia dibangkitkan (dari kubur masing-masing), maka apakah kehinaan yang lebih dahsyat dari kehinaan yang menimpa bapaku yang terjauh dari rahmat (syurga)Mu?’
Allah Azza wa Jalla berfirman : ‘Sesungguhnya aku mengharamkan syurga itu ke atas orang-orang kafir.’ Kemudian dikatakan kepada Ibrahim, ‘Wahai Ibrahim, apakah yang berada di bawah kedua kakimu?’

Lalu Ibrahim pun melihat ke bawah kedua-dua kakinya dan beliau mendapati seekor serigala hutan yang diselaputi oleh tanah berlumpur. Kemudian serigala itu ditangkap dengan dipegang kakinya lalu dicampakkan ke dalam api neraka.” [004] (Sahih, Al-Bukhari dan seumpamanya dikeluarkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak dan diringkaskan oleh Al-Bukhari. Dikeluarkan oleh An-Nasa’i di dalam kitab sunannya (As-Sunan Al-Kubra), seperti yang dikatakan oleh Al-Mazzi di dalam kitab Tuhfatul Asyraf)

Penjelasan dan Pengajaran :
a. Hadis menjelaskan secara mendalam mengenai orang yang ingkar kepada Allah SWT pada hari kiamat. Kata-kata Nabi Ibrahim a.s pada bapanya bukanlah cercaan, tetapi seolah-olah menyesali sikap bapanya yang enggan menerima dakwahnya.

b. Keimanan pada hari kiamat adalah tidak bermanfaat kerana tidak beriman ketika hidup di dunia. Marilah kita beriman dengan sebenar-benar iman sebelum terlambat.

c. Bapa tidak dapat memberi manfaat, anak juga tidak dapat memberi manfaat kecuali Allah SWT menghendaki atau diizinkan oleh-Nya.

d. Pertukaran Aazar kepada seekor serigala hutan oleh Allah SWT, sehingga Nabi Ibrahim a.s tidak mengenalinya. Inilah hakikat hari kiamat, hubungan kekeluargaan tidak mempunyai erti apa-apa, yang tinggal hanya keimanan yang diadili pada hari kiamat.