Sunday 4 August 2013

DARI LUBUK HATI INI

SEKALI KITA BERHIJAH
ALLAH PASTI HANTAR...MANUSIA BAIK-BAIK
UNTUK MENDAMPINGI KITA

Salam Ramadhan Al-Mubarak, dah berada dihujung-hujung bulan yang penuh barakah ni barulah saya mampu untuk menulis. Bagaimana dengan puasa korang? Alhamdulillah, saya belum lagi off ~ tiada aral yang melintang gamaknya ni.

Sebenarnya saya nak berkongsi sedikit...reunion tak rasmi saya dengan seorang sahabat dizaman sekolah. Berpuluhan tahun berpisah, malam tadi kami berjanji untuk berjumpa selepas solat terawih. Alhamdulillah, dipermudahkanNYA.

Mula dia sampai, hingga ke akhir pertemuan...perbualan kami bagai tiada akhirnya. Berkongsi ilmu, cerita lama-lama...rasanya kalau tak kerana malam semakin larut ~ confirm2 sampai subuh kami masih lagi bercerita. Subhanallah, banya cerita yang kami kongsikan...apa yang saya nak bagitau, BUKAN SEMUA SUKA APA YANG KITA NAK SAMPAIKAN. Keterbatasan ilmu dipihak kedua mengundang perselisihan pendapat secara tidak sengaja. Maafkanlah mereka. Mungkin ilmu yang kita ada tidak sama dengan ilmu yang mereka dapat.

Terima kasih sahabat, saya berdoa semoga ada lagi pertemuan buat kita lagi..cadangnya reunion yang rasmi bersama sahabat2 yang lain dihari raya ke 3, ada surprise dari sahabat ni buat yang lain2...tungguuuu

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
BUAT SEMUA YANG RAJIN MEMBACA ENTRI SAYA.
MAAF JIKA PERNAH TERKASAR BAHASA, TAK BERKENAN DIHATI...
SAYA CUMA MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA.

No comments:

Post a Comment