Saturday 21 July 2012

1 Ramadhan / 21 Julai 2012


kurma from google

Salam..
Ramadhan al-Mubarak buat semua yang singgah disini, semoga mendapat keberkatan dalam setiap ibadah; wajib dan sunah.

Seronoknya menyambut kedatangan Ramadhan, kemeriahanya lebih dari sambutan hari raya (pada diriku la..orang lain tak tau pulak) setiap kebaikan yang kita buat pahalanya, masya allah...memberi makan kepada orang berpuasa, pahalanya sama seperti orang yg berpuasa; tak kurang sedikit pun. Pemurahnya Allah s.w.t. kan?

Puasa maknanya menahan diri dari lapar dan dahaga serta dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Menahan nafsu. Luas maknanya ni...menahan nafsu makan berlebih-lebihan, berbelanja hingga tahap berlaku pembaziran walaupun kaya raya tak perlu lah nak menunjuk-nunjuk..megah tu kan dah dapat dosa. Sebaiknya sedekahkan kepada golongan yang memerlukan, jangan pulak panggil wartawan..keluar di media publish story menderma tu...riak! Tujuan menderma memang lah pahala tapi setitik rimbul riak..dah dapat dosa.

Betapa kita lebih memikirkan hal-hal keduniaan lebih dari hari akhirat, kan? Ada yang sambut puasa dengan gembiranya sebab? Seronok nak berbelanja juadah berbuka, macam pesta makan la pulak. Sedangkan makna puasa tu sendiri ertinya menahan nafsu; tak kira lah nafsu apa pun. Makan lah ala kadar..itu lebih baik walaupun duit dalam poket berkepok.

Ada pulak mengambil kesempatan nak mencapai misi untuk kuruskan badan...ermm..harap-harap niat asal untuk mendapat pahala dengan berpuasa tu masih ditangga teratas ya? Sebab jika niat untuk kurus yang paling utama, takut pulak dapat kurus aje, pahala tak singgah.

Sebenarnya bulan Ramadhan ni merupakan bulan bonus buat muslimin dan muslimat. Begitu banyak ganjaran pahala yang Allah sediakan untuk kita rebut, kita raih..jika kita tau caranya. Semoga kita tak terleka dengan kecantikan juadah yang makin membanjiri duniawi dizaman ni.

GANDAKAN AMALAN UNTUK BEKALAN DISANA NANTI.

No comments:

Post a Comment