Saturday 6 October 2012

Buah Adam

Dipanggil juga dengan nama Doum @ buah zuriat, berasal dari TAnah Arab. Mengikut sejarah buah ni digelar juga buah Adam Dan Hawa sebab mampu memulihkan dan mengembalikan kestabilan hormon pasangan suami isteri yang mahu menimang cahaya mata.

Sejarah buah zuriat dikatakan berasal dari pokok kokka yang sering digunakan dalam pembuatan barangan hiasan seperti gelang dan juga tasbih.

Antara khasiatnya:
melegakan lenguh2 badan, angin ahmar, mengurangkan risiko serangan jantung, lumpuh dan lemah anggota

dijadikan ramuan spa dan kecantikan

seks dan kebahagiaan rumahtangga

gemuk, perut buncit dan boroi

untuk merawat tulang patah, tulang reput, sakit tulang

merawat penyakit kulit seperti kayap, panau, jeragat, sopak, kulit kasar

dan baaaanyak lagi.


Ni la ghupe buahnya... 


Kulitnya jadi keras yang amat bila dibawa masuk ke Malaysia ni, mungkin sebab faktor cuaca. Wallahu'alam. 

Cara nak guna buah ni...rebusssss, ya rebus macam rebus akar kayu tu. Buh 3 gelas air, biarkan menggelegak hingga air tu jadi segelas. 

Ada orang rebus dengan kulitnya sekali, ada yang belah dua...ambil isinya dan rebus. Mana-manalah...pun ada yang cuma kikis aje kulitnya tu, masukkan dalam air minum. Buah ni takde kat sini..jangan tanya macam mana nak dapatkan, kirim la kat jemaah haji/ umrah...:D

No comments:

Post a Comment