Tuesday 14 August 2012

Dah dekat raya weiii....

ni rempah ratus `sun bathing' ~ persediaan untuk masak rendang raya nanti
Bila tengok bonda jemur rempah ratus ni..maknanya memang sah lah dah dekat nak raya. Bonda memang tak mau guna rempah ready made, tak sedap katanya. Tak kan sama dengan rempah ditumbuk sendiri. Hurmm..orang lama memang pentingkan kualiti kan? `Jaman' (zaman) sekarang ni semua nak cepat, kalau boleh semua dah tersedia, apa nama brand yang jual `secukup rasa' tu? haaa...cepat aje, main campak dalam kuali, kacau-kacau...siappp! Tak de seni langsung kan? hahaha..

Tu la dulu dan sekarang. Hilangnya seni sebab kita nak cepat, pantas. Hasilnya ala-ala jer la...kan? Kalau nak tau bezanya; kena lah buat. Baunya...ya ampunnnnn...harummm tak usah cerita lah! Rasanya...makkkk aiiii...meh datang rumah beraya!

p/s: $$$ raya tak dapat tukar la..dah terlewat, all bank here finished the change. Camne ek?

No comments:

Post a Comment