Monday 24 September 2012

NOVEL ~ DARI KERANA MATA

Hai..assalamua'laikum..

Sambil relaks menonton tv, mata ni terpandangkan novel yang dah masuk 2 kali J baca..DARI KERANA MATA tulisan NORHAYATI BERAHIM. Siapa yang tak kenal penulis yang satu ni...cer angkat tangan! Haaa...datang dari dunia mana kamu?

Ni la bukunya..


Nampak tak tagline tu? ~ cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti. Cerita tentang cinta dua orang kanak-kanak di usia 8 tahun, Jaliha & Atan. 

Sinopsis dibelakang buku ni; Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa?

Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari.

Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Sebenarnya J terjumpa buku ni waktu tu memang boring tahap gaban dah...habis semua koleksi novel-novel yang ada dalam simpanan diulang baca...sampai dah takde apa lagi nak dibaca. Start kereta, zuppp...ke pekan tu. Dalam melilau-lilau mata ni...terpandanglah banner tergantung tulis KEDAI BUKU. Whoaaaa...must check! Tak banyak sangat buku tapi boleh laaaa...mana nak dapat MPH kat small town niii...agak-agak ler J oiii.....

Yang best buku ni, memang mengimbas zaman kita seusia Jaliha & Atan...so sweet kan? You all mesti pernah rasa pengalaman yang sama...sukakan seseorang, classmate or schoolmate? Yup! Exactly! tu laaa....baca lah sendiri.........hokay?

No comments:

Post a Comment