foto google |
Hadis Al-Qudsi
Takrif Hadis Al-Qudsi
Hadis Al-Qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam daripada Allah Azza wa Jalla kadangkala dengan perantaraan Jibril 'alaihi salam, kadangkala dengan perantaraan wahyu atau ilham atau mimpi. Lafaz hadis ini terpulang kepada Rasulullah saw untuk mengucapkannya.
Tiada perbezaan mahupun percanggahan antara hadis Al-Qudsi dengan hadis An-Nabawi melainkan pada isnadnya terus kepada Allah Subhana wa Ta'ala.
Peranan Hadis Qudsi
Biasanya hadis Al-Qudsi lebih tertumpu ke arah pembinaan dan pembentukan jiwa insani yang lurus, iaitu menyeru kepada kebaikan, kelebihan dan akhlak-akhlak mulia, memandu nafsu agar mencintai Allah yang Maha Agung dan berusaha memperoleh keredhaan-Nya.
Semua hadis ini diambil dari kitab Mustika Hadis-Hadis Al-Qudsi Sahih karangan ‘Isomuddin bin Sayyid Abdul Robbuni Al-Soobaathi. Hadis di dalam kitab ini tidak diubah sedikit pun, kecuali bahagian penjelasan dan pengajaran, telah diringkaskan dan ditambah sedikit dari segi perkataan dan contoh-contoh tanpa menyalahi maksud sebenar dari kitab. Wallahu’alam.
Membelanjakan Harta di Jalan Allah
17. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman : Belanjalah wahai anak Adam, Aku akan berbelanja atasmu.” [079] (Sahih. Riwayat Bukhari, Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran :
Membelanjakan harta di jalan Allah bermaksud : Belanja yang membawa erti menafkahkan harta kepada ibu bapa yang miskin, isteri, anak-anak dalam tanggungan dan tiada sumber pendapatan, kaum kerabat terdekat yang miskin, kaum fakir miskin, orang-orang yang dalam kesusahan dan segala kebaikan yang lainnya kerana Allah Ta’ala.
Mengutamakan yang Lebih Utama
18. Dari Abu Umamah r.a : Rasulullah saw bersabda, “(Allah Azza wa Jalla berfirman) : Wahai anak Adam, sekiranya engkau membelanjakan kelebihan yang ada pada kamu maka itu adalah baik untuk kamu dan jika kamu menahannya maka ia adalah buruk bagi mu.
Dan kamu tidak akan ditempelak (dicela atau dicerca) di atas kadar keperluan yang ada pada kamu. Dan mulakannya (pemberian) itu dengan orang yang bergantung pada mu. Dan tangan di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah.” [082] (Sahih. Riwayat Muslim, Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi)
Penjelasan dan Pengajaran :
[a]. Pengorbanan dan sedekah harta yang lebih dari keperluan sendiri dan orang-orang dalam tanggungannya dikira sebagai kebaikan. Keengganan bersedekah kerana kebakhilan hanya membawa keburukan pada diri sendiri.
[b]. ‘Dan kamu tidak akan ditempelak (dicela atau dicerca) di atas kadar keperluan yang ada pada kamu’ bermaksud : tidak dikira berdosa berbelanja pada diri sendiri dan tanggungan seperti membeli rumah yang besar, kereta dan sebagainya.
[c]. Mengutamakan pemberian kepada orang yang menjadi tanggungan.
[d]. Islam menyuruh kepada membantu sesama Islam bukan mencaci, menghina dan kemungkaran lainnya seperti yang terjadi waktu ini.
[e]. Menggalakkan berusaha kepada peningkatan taraf hidup dan bukan hanya berpeluk tubuh mengharap bulan jatuh ke riba.
Selain itu hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa sifat manusia begitu mudah ditewaskan dengan sifat tamak dan digunakan harta itu untuk memuaskan hawa nafsunya dan seringkali tidak merasa cukup pada apa yang ada pada dirinya atau kurang bersyukur.
Pemusnah bagi sifat tamak yang bermaharajalela ini adalah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu mati. Apabila mati, tiada harta, makanan atau minuman yang memenuhi perut kita kecuali tanah. Wallahu’alam
Kelebihan Berpuasa
20. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, (Allah Subhana wa Ta’ala berfirman), “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa, maka ia adalah untuk-Ku dan Aku yang mengganjarinya.
Dan demi Dia (Allah) yang memegang jiwaku (Nabi Muhammad saw) di dalam Tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Dan puasa itu adalah perisai (yang melindungi dari api neraka).
Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Rabb Azza wa Jalla di mana dia bergembira dengan puasanya.” [104] Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Berkata Imam Ibnu Hajar, maksud ganjaran puasa dari Allah adalah ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Amalan lain dikira; satu kebaikan digandakan dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, tetapi puasa hanya Allah yang memberi ganjarannya dan ganjarannya adalah besar.
2. Maksud ‘tangan’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;
(a). Tahrif (tidak mengubah lafaz atau mengubah maknanya),
(b). Ta’til (tidak menafikan atau menolaknya),
(c). Takyif (tidak bertanya bagaimana) dan
(d). Tamsil (tidak menyerupai Allah dalam zat mahupun perbuatan seperti menyamakan dengan makhluk, sifat makhluk dan menyerupakan sesuatu yang tidak ada, tidak sempurna dan lain-lain).
Semua makna hakiki mengenai sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran mahupun hadis, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
3. ‘Puasa itu adalah perisai’. Tambahan oleh ‘Koleksi Hadis (penulis blog)’ pada perkataan selepas itu ‘yang melindungi dari api neraka’ berdasarkan sebuah hadis Hasan dari Imam Ahmad dalam kitab sama, hadis bernombor 105.
Allah Tertawa Kepada Dua Orang
Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : (Bersabda Rasulullah saw), “Dua orang lelaki yang mana Allah tertawa (dalam riwayat Abu Darda’ r.a dengan darjat Hasan juga dari Thabrani, ditulis ‘ketawa dan bergembira’) melihat kedua-dua mereka;
(a). Seorang lelaki yang berada di atas kudanya yang menyerupai kuda-kuda para sahabatnya. Musuhpun berhadapan dengan mereka lalu tumpas. Manakala lelaki itu tetap teguh atas kudanya (berjihad). Sekiranya beliau terbunuh, maka beliau telahpun menemui kesyahidan. Maka itulah lelaki yang mana Allah tertawa melihatnya.
(b). Dan seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, tidak ada seorang pun mengetahuinya lalu beliau menyempurnakan wudhuk dan berselawat ke atas Muhammad solallahu ‘alaihi wasallam dan memuji Allah serta memulakan bacaan Al-Quran (dalam riwayat lain status Sahih dari Imam Ahmad dan Ibnu Hibban ditulis ‘bersolat’).
Maka Allah tertawa melihatnya dan berfirman kepada malaikat-Nya; “Lihatlah kepada hamba-Ku. Tidaklah seorang pun melihatnya kecuali Aku.” [142] Hasan Li Ghoyrihi. Riwayat Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Maksud ‘ketawa’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;

2. Antara jalan menuju kepada mecintai Allah Subhana wa Ta’ala adalah dengan berjihad dan beramal soleh.
3. Manusia dimuliakan di hadapan malaikat kerana amalannya yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.
4. Besarnya pahala mengikuti sunnah Rasulullah saw (bangun beribadah pada waktu malam ketika orang lain sedang lena) hingga Allah gembira melihatnya dan memujinya di hadapan malaikat.

19. Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya :
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman :
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan
solat dan mengeluarkan zakat.
Jika
seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka
sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya
beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi
yang ketiga.
Tidaklah
yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta
dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat
siapa yang bertaubat kepada-Nya.” [086] Sahih. Riwayat Ahmad
Penjelasan dan Pengajaran :
Hadis
ini menjelaskan peranan harta di muka bumi ini iaitu, ia digunakan
untuk membuat amal kebajikan dan beribadah kepada Allah Subhana wa
Ta’ala. Di dalam firman-Nya;
Surah Al-Qasos [28] : 77
Terjemahan : 77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi
dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat
baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.
Perkataan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi bukanlah
bermaksud mencari dunia separuh dan akhirat separuh (dunia 50% -
akhirat 50%) ataupun keseimbangan dalam mencari harta di dunia dan
akhirat.
Tetapi
apa yang dimaksudkan menerusi ayat itu dalam tafsir Ibnu Katsir adalah,
segala harta yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada kita adalah
untuk tujuan berbuat kebajikan dan ibadah kepada Allah Ta’ala.
Tidak salah jika kita berusaha mencari berbillion harta di
muka bumi ini, tetapi ia bukan untuk tujuan berbangga diri, berbuat
maksiat atau kemungkaran lainnya. Ia digunakan untuk kebaikan manusia,
Islam khususnya seperti membayar zakat, membina masjid, berjihad atau
apa sahaja kebajikan dan ibadah kepada Allah Ta’ala semata-mata.Selain itu hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa sifat manusia begitu mudah ditewaskan dengan sifat tamak dan digunakan harta itu untuk memuaskan hawa nafsunya dan seringkali tidak merasa cukup pada apa yang ada pada dirinya atau kurang bersyukur.
Pemusnah bagi sifat tamak yang bermaharajalela ini adalah mengingat pemutus kenikmatan, iaitu mati. Apabila mati, tiada harta, makanan atau minuman yang memenuhi perut kita kecuali tanah. Wallahu’alam
Kelebihan Berpuasa
20. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, (Allah Subhana wa Ta’ala berfirman), “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa, maka ia adalah untuk-Ku dan Aku yang mengganjarinya.
Dan demi Dia (Allah) yang memegang jiwaku (Nabi Muhammad saw) di dalam Tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Dan puasa itu adalah perisai (yang melindungi dari api neraka).
Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Rabb Azza wa Jalla di mana dia bergembira dengan puasanya.” [104] Sahih. Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Khuzaimah
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Berkata Imam Ibnu Hajar, maksud ganjaran puasa dari Allah adalah ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya. Amalan lain dikira; satu kebaikan digandakan dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, tetapi puasa hanya Allah yang memberi ganjarannya dan ganjarannya adalah besar.
2. Maksud ‘tangan’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;
(a). Tahrif (tidak mengubah lafaz atau mengubah maknanya),
(b). Ta’til (tidak menafikan atau menolaknya),
(c). Takyif (tidak bertanya bagaimana) dan
(d). Tamsil (tidak menyerupai Allah dalam zat mahupun perbuatan seperti menyamakan dengan makhluk, sifat makhluk dan menyerupakan sesuatu yang tidak ada, tidak sempurna dan lain-lain).
Semua makna hakiki mengenai sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran mahupun hadis, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
3. ‘Puasa itu adalah perisai’. Tambahan oleh ‘Koleksi Hadis (penulis blog)’ pada perkataan selepas itu ‘yang melindungi dari api neraka’ berdasarkan sebuah hadis Hasan dari Imam Ahmad dalam kitab sama, hadis bernombor 105.
Allah Tertawa Kepada Dua Orang
Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : (Bersabda Rasulullah saw), “Dua orang lelaki yang mana Allah tertawa (dalam riwayat Abu Darda’ r.a dengan darjat Hasan juga dari Thabrani, ditulis ‘ketawa dan bergembira’) melihat kedua-dua mereka;
(a). Seorang lelaki yang berada di atas kudanya yang menyerupai kuda-kuda para sahabatnya. Musuhpun berhadapan dengan mereka lalu tumpas. Manakala lelaki itu tetap teguh atas kudanya (berjihad). Sekiranya beliau terbunuh, maka beliau telahpun menemui kesyahidan. Maka itulah lelaki yang mana Allah tertawa melihatnya.
(b). Dan seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, tidak ada seorang pun mengetahuinya lalu beliau menyempurnakan wudhuk dan berselawat ke atas Muhammad solallahu ‘alaihi wasallam dan memuji Allah serta memulakan bacaan Al-Quran (dalam riwayat lain status Sahih dari Imam Ahmad dan Ibnu Hibban ditulis ‘bersolat’).
Maka Allah tertawa melihatnya dan berfirman kepada malaikat-Nya; “Lihatlah kepada hamba-Ku. Tidaklah seorang pun melihatnya kecuali Aku.” [142] Hasan Li Ghoyrihi. Riwayat Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir
Penjelasan dan Pengajaran :
1. Maksud ‘ketawa’ di sini seperti umum yang kita ketahui iaitu, tanpa;
(a). Tahrif (tidak mengubah lafaz atau mengubah maknanya),
(b). Ta’til (tidak menafikan atau menolaknya),
(c). Takyif (tidak bertanya bagaimana) dan
(d). Tamsil (tidak menyerupai Allah dalam zat mahupun perbuatan seperti menyamakan dengan makhluk, sifat makhluk dan menyerupakan sesuatu yang tidak ada, tidak sempurna dan lain-lain).
2. Antara jalan menuju kepada mecintai Allah Subhana wa Ta’ala adalah dengan berjihad dan beramal soleh.
3. Manusia dimuliakan di hadapan malaikat kerana amalannya yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.
4. Besarnya pahala mengikuti sunnah Rasulullah saw (bangun beribadah pada waktu malam ketika orang lain sedang lena) hingga Allah gembira melihatnya dan memujinya di hadapan malaikat.
No comments:
Post a Comment