Selawat dan salam buat nabi junjungan kita, nabi Muhammad s.a.w. seluruh keluarga baginda, dan sahabat-sahabat baginda yang dikasihi. Setiap hari mendengar kisah-kisahnya di radio ikim, hati ini terasa begitu dekat dengan nya...
Mengimbas semula dizaman kanak-kanak, sebenarnya dah lama aku didedahkan dengan kisah-kisah baginda..setiap kali lepas kelas mengaji Qur'an. Mesti terlewat balik..leka mendengar..kisahnya dan juga nabi-nabi yagn lain.
Buku pertama yang dihadiahkan pada aku pun, tajuk KISAH NABI MUHAMMAD s.a.w.
ingat lagi..cover buku tu kaler biru, kertas tak la kualiti baik macam sekarang ni..yang kaler ke coklat2 tu..tapi masih ada tersimpan rapi. Sayang buku tu..dari situlah bermulanya minat membaca dalam diri aku ni.
Tiap kali jatuhnya sambutan maulidur rasul, arwah abah mesti cuti..dia ikut sama raikan, tengok perarakan di Padang Pahlawan, Melaka. Meriah giler...Aku ikut...memang arwah suka bawak aku ni. Tak banyak kerenah, barangkali. (<<< perkataan `barangkali' ni trademark arwah..dia suka sebut, walaupun ada perkataan lain yang se makna dengannya )
Dibandingkan zaman ni, sambutan dulu-dulu..meriah ya amat..meriah yang berbeza dari sekarang, macam mana nak explain eh? Waktu tu gambar hitam putih, okay...hahaahaa..so klasik! Gambar ber kaler ni ada...tapi, rare..sebab mahal ke gaknya..tak dapat lah dipastikan tu, nak kena interview orang-orang yang lebih berusia dariku..huhu.. ye la..time tu aku kecik lagi, apa lah yang aku faham pasal benda-benda cenggitu :-p
Usaha radio ikim.fm menjemput ustaz-ustaz yang dipilih, bercerita tentang sirah baginda, hampir setiap hari...memang bagus sangat..yang paling aku suka slot hari ahad, malam pukul 9:30 disampaikan oleh ustazah Maznah Daud..so touching...beliau ceritakan perjalanan baginda dan para sahabat...cabaran yang ditempuhi, aku rasa macam satu movie yang panjang...bersambung-sambung...(tak boleh miss ni sebab nanti hilang scene..tak paham dah)
jadi aku kena pastikan aku dengar slot tu tiap minggu...
Tibalah ahad berikut ni 5hb Feb, 2012 hari ulangtahun kelahiran baginda..kamu rindu tak rasulullah? ....aku menahan airmata mengakhiri entri ni..
sesungguhnya cintaku pada baginda meliputi seluruh langit dan bumi dan isi dunia...
Allahumasolli'ala muhammad, wa'ala alihi saidina muhammad
LAW KANA BAINANA..
sesungguhnya cintaku pada baginda meliputi seluruh langit dan bumi dan isi dunia...
Allahumasolli'ala muhammad, wa'ala alihi saidina muhammad
LAW KANA BAINANA..
No comments:
Post a Comment