Sunday, 12 February 2012

UJUB DAN INGIN TONJOLKAN DIRI

foto google (JANGAN TIRU BONGGOL TU...!)
 Sabda Rasululluh s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang memakai syuhrah (kebanggaan atau bertujuan untuk membangga-bangga), Allah akan memakaikan kepadanya pakaian yang serupa itu pada hari kiamat, kemudian dinyalakan api neraka padanya."
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah)

Wanita beriman seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali, diperhatikan, apatah lagi dikagumi oleh sang lelaki apabila keluar dari rumah. Inilah keindahan sifat malu pada wanita Islam. Atas sebab inilah, wanita-wanita beriman pada zaman Rasulullah s.a.w. mengenakan gamis dan purdah apabila keluar dari rumah.

Wanita di tanah Arab juga dikatakan memilih gamis dan purdah hitam kerana mahu kelihatan sama sahaja. Dengan kelihatan seragam, mereka dapat mengelak daripada menjadi perhatian ketika berjalan di luar rumah. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ada dua golongan manusia daripada ahli neraka yang aku tidak sempat melihat mereka:

1. Golongan yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia, dan

2. Golongan perempuan yang berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang (kerana nipis, ketat, singkat dan sebagainya), bergaya dan menggoda, kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang senget. (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment