Semalam, Jumaat petang..keadaan traffic sesak..keluar ofis, aku berkira-kira sendiri..sempat ke aku sampai sebelum waktu maghrib ni, cuak gak hati. Tapi pantas berfikir..ikut AKLEH laa..turun ke jalan jelatik, boleh tahan la sesaknya..tapi terus jugak drive..sampai depan Kg Warisan tu, radio ikim.fm dah dengar mengaji quran, maknanya jap lagi masuk lah waktu solat. Cepat2 aku belok ke Setiawangsa..ke Masjid Mu'adz Al Jabal.Aku teringat kisah yg Ustazah Norhafizah kongsi kat radio ikim siang tu sebenarnya. Aku akan ingat sampai bila-bila kata-kata dia `kita jaga Allah, Allah jaga kita' maknanya bila sampai waktu solat, segerakanlah bersolat, tinggalkan kerja yg sedang kita buat; jgn tangguh-tangguhkan kewajipan kita tu.
Sampai ke kawasan masjid, terpandang tape disekeliling ruang letak kereta yang biasa..ada tertulis `sila kosongkan ruang ini sebelum pukul 3pm. 17/2' ermm..apa kes? mana nak park ni? terus pandu ke depan lagi..banyak gak keta. Ok fine, tak la ingat apa2.
Masuk aje ke dalam masjid, wahh..ramai gak ni lelaki..di ruang solat perempuan ok laa..ada lah dalam 10 orang ku kira. Selesai solat sunat tahyatul masjid. Aku duduk tunggu jemaah betulkan saf..rapat...rapat...hehehe.
Usai solat maghrib, semua orang bukak buku..eh! acara apa plak ni? Kakak sebelah aku bagitau..kita ada maulid hari ni..aaaa...terkebil-kebil mata aku. Bermarhaban la...sambil berselawat, sebak hati ni sebenarnya bila sebut nama Muhammad s.a.w. tak tau nape. Pastu ada tazkirah pendek. Suara ustaz tu macam pernah dengar aje...kat radio ikim.fm. riki2 kakak sebelah aku, `a'ah..ustaz habib ali zainal abidin..dia memang tiap jumaat kat masjid ni, lepas isyak nanti ada tafsir al-qur'an. wahh..bestnya...rasa macam dengar radio la weiii..hahaha
ku selak tirai, skodeng ni hehe |
ditengah waktu, diedarkan minuman utk jemaah kopi halia..harum baunya |
anak-anak kecil ni tugasnya kutip cawan yg diedarkan tadi, sgt tertib! |
So pada sesiapa yang nak dengar kuliah habib, datang lah ke Masjid Mu'adz Al Jabal, Setiawangsa.
Timba ilmu..ilimu kena cari, kan?
Just found out some infos about this habib..
so interesting ;-)
http://www.darulmurtadza.com/p/biografi-guru.html
Just found out some infos about this habib..
so interesting ;-)
http://www.darulmurtadza.com/p/biografi-guru.html
Best!
ReplyDelete=) tq1 lapangkan masa dengar habib di masjid setiawangsa; friday 2/3 maulid rasul bulanan.
ReplyDeleteWah ada Maulid?
ReplyDeleteKak, saya rasa nasab kat atas tu cam nasab Habib Ali yang lain tu..
sbb rasanya nama Habib = Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid..
iyea...maulid. meriah tau...datang la..macam raya!
ReplyDeletemaafkan kesilapan sy..pd yg dah baca entri ni, lebih jelas klik kt link tu..
ReplyDeletet.kasih remi =))