foto google |
Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.
"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku dariapdanya," ucap wanita itu penuh mengharap.
Tetapi Umar memberi tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara pemakaiannya benar-benar tida ksedap mata memandang.
Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.
Tidak berapa lama kemudian, lelaki itudatang kemballi. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya. Wanita itu terkejut kerana `lelaki asing' itu memegang tangannya lantas berkata: "Wahai hamba Allah, subhanallah! Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini dihadapan Amirul Mukminin?"
Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.
Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.
"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka, " kata Umar mengakhirinya.
No comments:
Post a Comment