2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem
imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di
situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau
ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema
yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh
elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat
untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup,
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Lagi fakta yang kalian perlu tahu….
Lagi fakta yang kalian perlu tahu….
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat
yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan
aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam
empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan
tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada
di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya
begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia
mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan
jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah
tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di
Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak
terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup
kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk
menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab
itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai
manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan
digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai
semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya
adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh
tubuh.
No comments:
Post a Comment