Sunday 15 January 2012

SOLUSI



sebenarnya ada benda yang aku nak kongsikan..cuma tahap kerajinan aku agak
menurun sehari dua ni, plus line internet aku pun mcm nak tak nak aje..
hati pun agak bahang ler..ekeke
bukan merungut tapi gitu la...aaishh..

banyak yang aku fikirkan sebenarnya sepanjang aku berhujung minggu kali ni
tentang kawan yang terlantar di icu (dengar kabar dah sedar, alhamdulillah)
tentang seseorang...ya seseorang..
semakin hampir dia aku rasakan..rasa yang semakin mendalam
ya..buat apa nak menipu diri sendiri :-p

takpe kita tinggalkan dulu bab tu ek..
meh kita tengok apa yang aku jumpa........sangat bagus untuk santapan rohani.
nak tau apa?

tadaaaaaaaaaa......


majalah yang sangat islamik..:-))

nampak tak perkataan STRES tu?

whoaa...macam kena aje kan dengan `orang tu' huhaaa...tak habis-habis ngadu kt aku
masalah tu la, masalah ni laa...aku pun ikut semak sama la (huhu....)
so aku nasihatkan, carilah majalah ni..baca..pasti dapat SOLUSI kepada semua kekusutan
yang bersarang kt kepala otak tu.

kt muka depan tu di highlight kan..

STRES BUKAN UNTUK DIHAPUS, TETAPI UNTUK 
DIURUS. DALAM BEBERAPA KEADAAN MANUSIA MEMERLUKAN 
STRES. SEDIKIT STRES DIPERLUKAN UNTUK MENGHASILKAN
KERJA YANG BERKUALITI DAN 
PRODUKTIF.

NAMUN JANGAN BERLEBIHAN, IA AKAN MENYEBABKAN
PELBAGAI MASALAH.


Manfaat stres;
  • Stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  •  
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  •  
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  •  
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  •  
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  •  
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
  •  
  • Stres kerana di diagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.




kesimpulan disini, perkataan STRES itself bila kita sebut aje dah rasa stres kan?
sbb takde lagi orang yang sebut perkataan tu sambil tersenyum riang, kan....kan? ekspresi muka aje dah serabut...rugi lah muka handsome/ menawan tapi...jiwa stres..hahaha
SMILE....SMILE...smile itu mengubati hati yang rawan :-))

so elakkan sebut perkataan itu..sebab bila kita sebut aje, tubuh, emosi semua jadi stres.
so...jom ban perkataan STRES dalam diri kita...!

smile......dun forget that!



No comments:

Post a Comment