Wednesday 14 March 2012

CERITA ORANG BERAKAL



  • Orang yang berakal itu selalu bertelingkah dengan dirinya. Andai mahu melakukan kejahatan ia akan merugikan dan membahayakan diri sendiri. Andai mahu berbuat baik, nescaya kebaikan itu akan menguntungkan dan membahagiakannya.

  • Orang yang berakal tidak akan berduka lantaran cita-cita tidak kesampaian atau diuji dengan pelbagai ujian. Apa yang berlaku diterima dengan tenang dan tabah. Jika rugi dia tidaklah cemas, jika untung dia tidak berbangga. Kerana cemas meringankan hikmah dan bangga menghilangkan timbangan.

  • Orang yang berakal sentiasa berdampingan dengan orang yang berakal kerana berbuat demikian akan melemahkan dirinya. Keengganan untuk bersama akan dapat membandingkan kelemahan dan kelebihan diri. Perasaan benci dapat menutupi mata dari segala kebaikan. Yang kelihatan hanya cacat san buruk sahaja. Sebab itulah perasaan jangan mengalahkan akal.

  • Orang yang berakal merindui tiga perkara : menyediakan untuk pulang, menjadi kelazatan buat jiwa dan menyelidiki erti hidup.

  • Orang yang berakal insaf bahawa diantara akal dan nafsu, atau diantara fikiran dan hawa tidak ada persefahaman. Kehendak nafsu biasanya manis dipangkal dan hambar dihujung, manakala kehendak akal pahit tetapi manis akhirnya.

  • Orang yang berakal tidak akan berduka kerana kedukaan tiada faedahnya. Duka sering kali mengaburi akal. Orang yang berakal tidak akan bersedih kereana kesedihan tidak dapat memperbaiki keterlanjuran. Dan banyak bersedih akan mengurangkan akal.

  • Orang yang berakal menyediakan ubat sebelum sakit, menyediakan payung sebelum hujan. Andainya dia tetap ditimpa hujan atau menghidap penyakit, sedangkan persediaan awal telah dibuat, dia tetap tidak akan menyesali apa yang berlaku. Sebaliknya sabar dan redha serta berusaha untuk mengatasi masalah itu. (Prof. Dr. Hamka)

No comments:

Post a Comment