Monday 11 March 2013

PERNAH KE....

HADIR RASA INDAH
DAN RASA ITU KEKAL BERSAMA ANDA
WALAUPUN...
DIA DAH TIDAK BERSAMA  ANDA LAGI

Salaam...

Sambil menonton ulangan semanis kurma di tv9 ni...aku terfikir sesuatu. Tengok pada sub title tu..tetiba terlintas dikepala ni. Mengimbas semula hubungan yang pernah la dulu dulu...berkesan ke dihati, kekal rasa sayang, menghargai orang tu walaupun orang tu bukan jodoh kita.

Jawapannya YA, ada. Rasa kasih dan sayang tu ku bawa bersama hingga kini. Hubungan yang sangat tulus. Tiada sentuhan fizikal tapi mengenali dia hanya dengan HATI, pandangan melalui HATI. Bukan dengan pandangan mata kasar. Bagaikan dua orang buta bercinta. Haha...unik!

Mengenali dia dan disayanginya, mendapat ruang istimewa dihatinya adalah sesuatu yang paling indah pernah terjadi dalam hidup aku. Hingga waktu ni aku terasa disayangi olehnya. Terima kasih Allah, meminjamkan dia wzlaupun sekejap tapi meninggalkan kesan yang amat mendalam....

Andai dia tahu keadaan aku sekarang yang sakit...rasa2nya apa yang dia buat? Apa pulak permintaan aku? Adaaaa....tapi biar aku simpan sendiri k. Dia tau apa yang aku selalu mintak dari dia tapi dia cakap "Allah belum izinkan lagi, sayang..." kita doa, ok?

Pengajaran yang aku dapat dari hubungan kami: kita kena lah percaya sepenuhnya baru Allah akan bagi pd kita, bila timbul rasa ragu2...tu yang L.O.A. terkandassss. Dia dah ajar benda ni pada aku sebelum dunia heboh pasal L.O.A. ni lagi. So advanced  kan...

Dia pernah cakap..." ej, ditakdirkan Allah bagi satu peluang untuk u jadi my wife walapun sesaat. I bersyukur." Dan lagi dia kata...mana tau dihujung usia nanti Allah temukan jodoh kita, kan?

*we r so far apart and yet so close*

True love ke?

Selepas dia ada laa jugak kawan2 dengan orang biasa2 ni...sayang la jugak...tapi tak sekukuh sayang aku pada dia...bila perang, nangis la jugakk...peliknya lepas 2, 3 hari dah tak rasa apa!

Masa aku terpisah dari dia, tiap hari aku nangis...
aahh...i missed those old days, really do.

Aku selalu bayangkan ni....katalah ....Allah jumpakan kami dimana2...apa aku nak buat?

No comments:

Post a Comment