Thursday 2 February 2012

CERITA DONGENG

Cerita ni aku dengar awal pagi tadi, tentang seekor tikus. Janganlah geli pulak, Ironinya memang tikus ni suka tempat yang kotor..erkk don't imagine anything, ya.

gambar ihsan google..=)

Cer tengok tikus tu, cute kan? ngeeee....
Okay berbalik pada cerita tadi, gini...kesahnya bermula bila seekor tikus yang hidupnya sentiasa diselubungi rasa takut. TAKUT pada seekor kucing. Sentiasa stres. So ada pelakun lain ler ni ek? KUCING. 
So tikus ni pergilah berjumpa dengan tukang sihir. Dia mintak ditukarkan kepada seekor kucing sebab tak nak dimakan oleh sang meow. Nanti boleh lah dia bersama-sama kucing. Maka tukang sihir tu pun menukarkan lah si tikus kepada seekor kucing. `Tikus' tadi pun balik lah dengan heppinya.

pun cuma hiasan ihsan frm google..

Tapi dia masih tertekan, takut sebab kena ganggu anjing pulak. Keesokkannya `kucing' tu datang lagi kepada tukang sihir, dia mintak ditukarkan kepada seekor anjing pulak. Tukang sihir tu pun memenuhi lah permintaan `kucing' tu. Maka berubah ler dia jadi seekor anjing. Bila dia balik kerumah, dia masih diselubungi perasaan takut.

Sehari selepas itu, eh..anjing tu pergi lagi berjumpa tukang sihir..kali ni dia mintak ditukarkan kepada seekor singa pulak. Bila tukar sihir tanya, kenapa. Dia kata..takut dimakan oleh sang singa! Pulakkkk...
Tak nak menghampakan anjing tu, ditukarkanlah anjing tadi kepada seekor singa.
Balik lah singa palsu tu dengan perasaan gembira sebab impian dia dah tercapai. Walaupun dah berubah rupa, masih lagi dia rasa takut. Takut diburu oleh pemburu pulak! adoiiii....

Pergilah singa tu berjumpa si tukang sihir. Kali ni dia mintak ditukarkan kepada seorang PEMBURU. waaahh...ini sudah lebeyyyyy! Bila ditanya kenapa pulak dia nak jadi pemburu? Dia jawab, takut ditembak oleh pemburu. Permintaanya kali ni tak dipenuhi oleh tukang sihir. Gagallllllllll...(hahaha) tukang sihir tu cakap..selagi kamu mempunyai HATI seekor TIKUS, walau apa pun pakaian yang kamu sarung..selama-lamanya lah kamu tetap seekor TIKUS!

Moral of the story here is..eceh..cehh..speaks London plak aku ni dehh...
Walaupun kita mengubah penampilan kita; aspek luaran tapi tidak dalaman kita (sikap, minda dan tingkah)
Kita tetap orang yang sama; yang sentiasa dikelilingi oleh perasaan takut. Rasa takut ni sebenarnya membunuh impian. So jangan jadi TIKUS! :-p

p/s: ni cerita dongeng jerk...tapi ada pengajaran kan?

2 comments: