Friday 10 February 2012

KENALI SAHABAT RASULULLAH s.a.w.

foto google
Dari Imran bin Hussain r.a. ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda : Sebaik-baik umatku adalah generasiku, kemudian yang setelahnya, kemudian yang setelahnya- Imran berkata. "aku tidak tahu apakah Nabi s.a.w. meneyebutkan dua atau tiga generasi setelah generasi baginda" - kemudian setelah kamu akan datang suatu kaum yang bersaksi padahal tidak diminta untuk bersaksi, berkhianat dan tidak mempunyai amanat, bernazar namun tidak memenuhinya, dan kegemukan terlihat pada mereka."
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi s.a.w. : "Bintang-bintang adalah penjaga bagi langit, jika bintang lenyap maka akan datang kepada langit apa yang dijanjikan. Aku adalah penjaga bagi para sahabatku. Jika aku pergi (wafat) maka akan datang kepada para sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka. Sahabat-sahabatku adalah penjaga bagi umatku. Jika sahabat-sahabatku telah pergi (wafat) maka akan datang kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka."
(riwayat Muslim dan Ahmad)

Para sahabat adalah pembawa Islam dan penjaganya selepas Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t. memilih dan menunjuk mereka untuk menyertai Nabi s.a.w. dan menyebarkan risalah Islam sepeninggalan Baginda. Mereka menyaksikan turunnya wahyu dan mengamalkan isinya dengan penuh ketaatan.

Mereka mendapat tempat disisi Allah sehinggakan sifat dan keperibadian mereka disebut secara langsung di dalam banyak ayat Al-Qur'an. Antaranya, menerusi surah Al-Ahzab 33:23, An-Nur 24:37, At-Taubah 9:100, Al-Fath 48:29, Al-Hasyr 59:8-9, dan Al-'Imran 3:172-174.

No comments:

Post a Comment